ROTI GULUNG BERSOSEJ RANGUP

Friday, July 5, 2013
Mari kita tengok sessi membuat roti gulung bersama Tiha & Ieqa.  Roti gulung ni dah lama Mama tengok staff tempat kerja Mama dulu buat.  Tapi dah lebih 10 tahun, sekarang baru Mama tergerak nak buat.  Senang aje & Mama pasti budak² akan suka.  Since keje senang, Mama bagi dua budak kecik ni aje handle.

Dalam minggu lepas, Mama keluarkan baki sosej dari freezer (6 pcs) then panggil Tiha & Ieqa.  Tugas Ieqa menggelek roti guna pencanai & tugas tiha menggulung roti dengan sosej.  Roti tu dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum & air sebagai gam.  Mama plak sibuk menggulung roti sambal.  Yang sambal takleh bagi they all handle, nanti messy!!

Dah siap, Mama bekukan semuanya.  Takleh lagi nak masak aritu sbb untuk dinner dah ada makanan lain... hehehe... So this week Mama kehabisan idea nak makan untuk dinner.  Mama pun keluarkan Roti gulung sosej & sambal dari freezer.  

Roti yang digulung bersama sosej, bersedia untuk digoreng.  Boleh tahan kemas kerja budak 2 orang ni.  Roti tu Mama suruh diorang gelek dulu supaya tak patah/pecah ketika digulung.  

Bahan² saduran luar, telur & breadcrumbs.  Kalau takde breadcrumbs boleh blend apa² biskut yg ada kat rumah atau guna oats, nestum, roti kering etc... Kalau ada baki roti expired pun boleh.  Toast /bakar sampai kering & kisar.

Pukul sikit telur, celup roti sosej.  Kemudian gelekkan dalam breadcrumbs.  Ieqa tukang celup telur, Tiha pula sadurkan roti.  Roti sambal Mama buat salutan lain (bancuhan telur dan tepung mcm resepi lama)

Dah siap pun tugas Ieqa, Kak Tiha tengah siapkan roti yg terakhir.  Baki telur Mama campur sedikit tepung & air untuk sadur roti sambal pulak

Ok.. sudah siap dinner malam ni.  Sungguh rangup roti sosej tu.  Bukan main suka kanak² ribena ni makan.  Tiha makan dengan blackpepper sauce & Ieqa cicah dengan ketchup.  

Roti sosej ada baki 2, roti sambal pula berbaki 1 yang tak habis dimakan.  Masuk peti, esoknya Mama grill untuk rangupkan semula & dijadikan bekal Tiha ke sekolah.  Roti sambal Mama buat breakfast,  tapi baby jerit² nak, terpaksa beralah.  Dengan selamba badak Misha makan roti sambal.... kadang² tersedak sbb pedas.. hahaha... tapi makan tetap makan.  Adoi laa...

Lepas ni kalau nak buat maybe Mama nak adjust sikit, nak tambah sikit pepper dalam bancuhan telur & picit mayonis dalam gulungan roti sosej tu... :)





2 comments:

{ Kina } at: July 5, 2013 at 1:51 PM said...

Iye Aisy.. bila tengah rajin or ada free time kita buat. Jadi tengah malas or nak cepat baru korek freezer. Paling penting kalau tetamu nak dtg last minute.. takde la kelam kabut... hehehe...

{ Kina } at: July 5, 2013 at 2:01 PM said...

Alamak.. sorry Aisy.. terdelete plak komen tadi... :(

Post a Comment