Semalam kami berbuka di rumah Mertua. Khamis sebelum tu dah menempel kat sana, then dapat tau Adik Ipar dari Miri nak turun KL so Friday tu cancel balik kampung trip ke Jengka. Sekali lagi kami bertandang ke rumah Mertua. Biasanya tiapkali bertandang saya akan bawak kuih (tapi kalau tengah malas, bawak badan aje, nanti kat sana baru le tolong masak).. hehehe...
Asalnya nak bawak puding jagung & kuih kasturi. Inti kacang hijau memang dah lama sangat dibekukan. Suami saya kurang suka kuih ni, tu yg agak keberatan nak buat. Tapi lepas buat puding jagung, rasa macam tak jadi plak nak buat kuih kasturi tu. Bimbang aje tak termakan nanti.
|
Puding jagung yang pernah menjadi favourite ku... nak resepi ada kat entry ni ye.. |
Puding ni saya memang tak buat kalau kat rumah ni, sbb saya dah muak & anak² saya memang makan sikit aje kuih² macam ni. Biasanya menjadi buah tangan aje sbb senang sangat dibuat... hehehe.. tak sampai 1/2 jam pun siap! Then hasilnya memang best.. :).
Inti kacang hijau tu awal² lagi saya dah keluarkan dari freezer. Ni gara² masa simpan dulu saya sumbat terus semuanya sebekas, jadi kalau nak guna kena cairkan sepenuhnya dulu. Alang² inti tu dah lembut elok, saya bentukkan supaya senang kalau nak guna lepas ni. Terus boleh celup tepung & goreng aje.
|
Inti kacang hijau yang dah dibentukkan akan saya bekukan sekejap sebelum simpan dalam bekas. |
|
Malam lepas balik dari rumah Mertua baru teringat inti yg tengah dibekukan. Saya keluarkan & susun dalam bekas sebelum disimpan beku semula.... |
Saya suka sangat buat projek² membeku macam ni sbb saya tau, kalau tengah letih or takde idea nak masak, dah ada backup dalam peti. Kalau ada tetamu datang, soheh dah kena layan kuih kasturi ni... hehehehehe... Untuk resepinya boleh rujuk kat
sini eekk..
0 comments:
Post a Comment