KID ACTIVITIES

Monday, December 29, 2014
Lagi aktiviti dengan anak-anak sementara husband bz dengan projek TUDM nya hari tu.  Yang ni projek mewarna aje.. Tapi saya beli sbb tengok cute gambarnya, siap diberi magic color lagi. Then gambar tu bukan atas kertas, material ala-ala plastik yang timbul² gitu.  Silapnya takde gambar end product sebab tak lama lepas meneman diorang mewarna, si Ila dah sibuk buat kacau.  Mama ajak dia masuk bilik & tido kan dia terus!  Habis cite! 
Lupa pula berapa harganya... tapi semua barang² yang saya beli dalam range 50sen -RM2.90 sahaja perset.  Murah sangat, emmang berbaloi².. Haa.. nampak tak kaki si kenit yg sibuk nak tunjal² barang² tu. 

Since si Ila tak reti nak dok diam, Mama minta Tiha pegangkan kejap... Baby Ila ni energetic sikit, kalau dipegang asyik terkinja².. dahla gemuk.. Memang tak larat nak pegang lama²...

Cuba tengok si Ieqa... Korang tau dia tengah buat apa tu?  Haaaa... sepanjang masa dok berangan kalau dapat pergi tempat snow apa yang dia akan lakukan.  Ini gara² Mama terlepas cakap Tyrone nak datang Malaysia.  Mula la dia merepek nak pergi rumah Tyrone pulak sebab nak main snow.  Sepanjang minggu tu, hangin satu badan Mama melayan soalan Ieqa.. "Bila Tyrone nak sampai ni Mama?"!!!... Sampaikan tak nak tido malam sebabnya.. "Nanti Tyrone datang macam mana..??"... Hadoiiii... Dengan budak ni Mama memang tak berani terlepas cakap.. once dia excited, dia akan ulang tanya berpuluh kali sehari sampai le benda² tu betul² terjadi.  Kalau nak tau, tiapkali vacation, saya TAK PERNAH announce kat anak² awal².. Biasanya saya just ajak diorg naik kereta & diorang tak boleh tanya nak pergi mana!!  Sebab walaupun dah dalam perjalanan... dia akan tanya pula.. "Bila nak sampai ni???"... Diulang² selagi tak sampai ke destinasi tu!!.. Anak korang ada peel macam ni tak?

Gambar terakhir sebelum Mama masuk bilik dengan Ila.  End product diorang ni agak cantik.. Saya pun tak pasti masih tersimpan rapi or dah kena campak sana sini.. hehehe.. Sebenarnya nak ajak diorang tampal kat dinding, tapi terlupa pula.  Mama really..really.. bz lately ni.. tu yang banyak plan tergendala.
Itu aje la kisah kali ni.  Boringlah kisah budak² ni je kebelakangan ni kan?  Sebenarnya saya ada satu resepi yang amat mudah tapi nampak mcm profesional bila dihidang nak share kat sini.. Yang tu nanti² lah ye.  Niteee..


0 comments:

Post a Comment