Dalam rumah ni, ada sorang suka berniaga... Segala macam barang dalam rumah nak didagangkan. Hebat kan? Baru² semasa ke MR DIY, bila Baba & Mama tunjuk set stall & trolley... terjerit² xcited. Perasan ingat Mama & Baba nak belikan lah tu... Ehh.. We all teasing je la... Lepas tu tiap² hari dia mengemas rumah & tanya bila Mama & Baba nak belikan set berniaganya tu. Budak ni memang 'kuat politik' sikit or 'kaki kipas'.. Takde lah Mama & Baba ni mudah terpedaya dengan segala skill 'mengipas'nya tu... hehehe... (Memang kami plan nak belikan set tu sempena Birthday dia nanti.. moga² tak sold out!)...
Meh kita tengok salah satu aksinya berniaga.. Biasa dia jadi peniaga
jalanan je, usung dalam kain, kotak or beg. Bisnes Ieqa kini dah
berkembang kot... Dah bukak cafe pun sekarang ni...
Mama nampak dia tengah sibuk menyusun cafe, so Mama curi² snap gambar... Budak ni kalau menyusun or mengemas memang boleh tahan telitinya... Tengoklah cafenya tu siap ada kaunter lagi.. hahahaha... |
Bila dah siap susun, dia merungut.. "kenapa takde orang datang cafe Ieqa ni.."... "Ehh.. nak berniaga mana boleh merungut.. tryla panggil customer ke apa ke.."...Sound Mama.. |
Tengah melaung cari customer.... |
Haa.. tengok, meja kecik ni pun jadi tapak berniaga dia juga... |
Kat bawah ni pula menu kami semasa ketiadaan Baba Jumaat lepas. Inilah stok terakhir sayur yang ada kat rumah ni. Sekarang ni tak boleh order brg basah dari pasar, jadi banyaklah stok barang yang kehabisan kat rumah ni...
Last saya bancuh cucur nasi udang, cusur susu & rendam daging. Saya ingat nak mtk dia belikan kue toew, telur & sayur. Kang dia sampai, saya goreng.. kejap aje since bahan lain semua saya dah prepare. Saya pesan jugak, kalau teringin nak makan roti sarang lebah, tolong beli yogurt sekali... hehehe... Kesian pulak tetamu kena belikan macam² kat tuan rumah. Sekali bila dia sampai... Hambik ko.. dibelinya yogurt bekas besar, sayur pon banyak & siap bawak beras lagi 5kg!
Adeehh.. serious segan... dia ingat kami anak beranak takde makanan kot. Padahal semuanya ada, tapi portionnya tak cukup untuk tetamu. Saya memang jenis perabiskan semua stok lama dulu sebelum topup yang baru. Tapi kali ni sebab Baba memang manjang je tak available, jadi weekend je baru saya ajak dia restock barang² sikit. Stok pun malas nak buat banyak² sebab Baba bukannya ada kat rumah. Takat masak utk budak² ni, asyik² telur.. telur..telur.. mana tak habis satu tray telur.
Pasni kena buat baliklah stok makanan beku kot... Tak mo la jadi macam ni lagi dah!
0 comments:
Post a Comment