Ya Allah... Sebak sungguh bila terlihat gambar 6 beradik yang kehilangan ibu dan bapa akibat bot terbalik haritu. Masa mula² dengar berita tu, saya berharap pasangan ini tidak mempunyai anak. Bila ternampak gambar 6 beradik yang hampir baya-baya anak saya tu, memang terus gugur air mata, sungguh.. tak dapat tahan sebaknya. Saya berdoa agar waris² yang menjaga anak² ini jagalah mereka sebaiknya. Besar pahalanya kalau kita menjaga anak yatim ni & janganlah sekali² mengambil hak anak-anak ini. Mereka terlalu kecil untuk faham tentang kehidupan.. Ya Allah, Kau lindungilah mereka.
Sejak bajir besar melanda negara, especially di kawasan pantai timur, hanya simpati yang mampu dizahirkan. Kalau kita ada rezeki lebih, inilah masa yang terbaik untuk bersedekah/berzakat. Walaupun sedikit, pastinya ia dapat membantu beban mereka.
Selepas beberapa hari saya tak bersiaran. Malam ni saya ada freetime sikit coz my other half keluar berjumpa dengan kawan rapatnya masa zaman kolej dulu. Biasanya ke mana-mana pun dia mintak saya teman, tapi kali ni saja la kasi can dia melepak dengan kawan jauhnya. Almost every year diorang ni akan berjumpa melepas rindu dendam, tu pun bila rakannya tu ke Malaysia. Harapkan kami ke Australia sana, mmm.. alamatnya... Maybe next week turn satu family pula berjumpa dengan wife & anak²nya. Kita tengok macam mana anak ayam dgn itik bila berjumpa nanti... hehehe... Semua tak sabar nak jumpa baby Cassidy yang cute tu.. bolehlah lawan wrestling dengan Ila gemoks nanti ni... hehehe...
Ni saja nak share aktiviti dengan anak² baru² ni. Saya borong pelbagai barang² yang rasanya menarik untuk diorang buat sendiri. Harganya pun murah.. tapi keriangan yang terhasil tu yang PRICELESS!
Dalam banyak² barang yang Mama beli.. anak² request buat wind chime ni |
Haaa.. dah siap! Senang aje nak buat.. Mama banyak buatkan untuk Misha.. yag lain ikut jelah apa yang Mama buat. Cuma talinya Mama fail sikit. Last² Tiha yang ajar Mama cara nak ikat!.. heheheh... |
Muka budak yang bangga dapat buat wind chimes sendiri.. Sebelum tu dok sedih sebab setnya tak de tali. Mujurla si Misha buat tak kisah aje bila Ieqa guna talinya. Tu yang Ieqa happy sangat.. |
0 comments:
Post a Comment