SEMENTARA ITU

Monday, December 8, 2014
Haa... sambung cerita aktiviti semalam.  Sementara menunggu plaster cupcakes tu siap, saya mintak Tiha keluarkan set water color nya.  Saja.. nakbagi diorang menconteng.  Bosan juga nak menunggu sejam.. Bertambah bosan kalau Mama ni dah jadi macam petugas kaunter pertanyaan.  Soalannya satu aje.. "Mama.. bila nak siap??".. Diulang²nya setiap beberapa minit.  

Sebelum mood ceria Mama bertukar angin, baik Mama distract korang dengan aktiviti lain pulak.  Untuk makluman, water color Tiha ni dah habis keras semuanya.  Masa beli tu, Mama & Baba terlebih xcited (anak sulong nak masuk darjah 1 la katakan), belikan Buncho yang besar tu.  Warnanya baru luak sedikit, yang lain habis keras.  Jadi saya tuangkan air dalam setiap bekas & biarkan kejap sblm dikacau²..  Cair sikitlah warnanya.  Okaylah tu.. kalau bagi warna terang pun, takat tu jugak hasil lukisan korang tu... hehehe.. Takdenya nak jadi macam Picasso or Da Vinci ke (memang pembunuh semangat betul la Mama ni kan).

Misha dengan penuh kusyuk mewarna.  Ni first time kot saya benarkan dia pegang berus lukisan & mewarna. Sebelum ni, berus tu dia guna untuk menenyeh lantai!  So.. of course la Mama bimbang nak bagi dia mewarna kan... (Tak baik tau Mama ni, selalu buruk sangka dengan anak sendiri.. hehehe...) Tapi malam tu dia memang behave je.. Apa yang Mama suruh, elok aje dia ikut. 

Tiha.. tengah draw kiosk Ice Cream kot.. Kemain susah dia nak tulis perkataan ice cream sbb berus tu besar.. hehehe...

Ieqa.. Bunga resaksa kot???

Haa.. Dah siap.. Tiha lukis park kot sbb ada orang berniaga ice cream.  Ehh.. lupa pulak saya nak tanya apa benda yang warna biru kat tepi kiosk tu... Hhmmm...

Ieqa dengan bunga² yang ceria...

Abstrak ni.. Lukisan ni paling mahal sebab paling lambat siap!.. Jenuh Mama tunggu... Kakak²nya dah lama siap, bila Mama tanya Misha.. "Belum..".. Tu je jawabnya sambil melukis dengan tekun...  
Apapon mission accomplished!


0 comments:

Post a Comment