KUIH LAPIS

Tuesday, December 2, 2014
Lepas projek sugar cookies, kami melapis pula.  Saya jarang buat kuih² macam ni sbb bila ditanya anak² semua kata tak nak.  Padahal diorang tak pernah pun rasa lagi kuih tradisi air tangan Mama.  Dari kecik saya memang dah terbiasa dengan kuih² macam ni sebab Mak saya memang jenis suka mencuba memasak pelbagai jenis kuih.  Dan kuih² Mak saya memang teramat sedap berbanding yang pernah saya makan di mana².  Tak hairanlah Mak biasa jadi Johan tiapkali ada pertandingan memasak sempena Hari Peneroka. 

Tu yang jarang sekali saya suka membeli kuih di luar kalau rupabentuknya dah tak mencapai piawaian saya.. hehehe..  Lagipun seriklah sering terbeli kuih yang tak sedap.  Dulu kuih-muih yang Mak saya jual memang laris.  Padahal jual depan rumah je pun.  Bayangkan Mak saya buat Kuih karipap, keria, kuih lapis, kuih ketayap, kek minyak, kaswi, nasi lemak dan mee goreng seorang diri setiap hari.  Tugas saya cuma kopek & potong keledek serta membentuk karipap menggunakan acuan.  Perbelanjaan kami sekeluarga masa tu dah cukup dengan kedai runcit Ayah & hasil ladang getah (kan peneroka felda).  In fact Ayah tak bagi pun Mak susah² buat kuih, kami semua pun Mak tak bagi tolong sangat sebab berniaga tu hanya hobinya. 

Okaylah.. berbalik dengan projek masakan saya dengan anak².  Saya just cakap nak buat kuih lapis.  Nampak diorang tak excited mana agaknya nama kuih tu pun diorang tak familiar & macam tak best je kot.  Tapi bila saya bagi diorang involved dalam proses memasak, saya pasti mereka akan makan kuih ni.. :)

Since saya takde sukatan kuih ni walaupun tahu proses memasaknya.  Jadi saya ambik resepi orang sajalah.  Kalau call Mak sure dia akan guide cara 'agak²' untuk masak kuih ni.  Lagipun dah lebih berpuluh tahun Mak tak buat kuih,  kalau nak buat memang kena try & error lah.  So.. saya pun try resepi Kak Yatie yang memang terkenal dengan kuih² kukusnya.  Nanti saya paste resepinya ye...

Hhhmm.. bersepah dapur Mama hasil kerja dua Cik Kak kita ni.  Pilihan color semuanya saya serahkan kat diorang selain dari tugasan mengemas, menyapu & mengelap dapur!  Hahahah.. padan muka.. sapa suruh menyepah!
 Nak masak kuih lapis kejap aje.. Kalau layer pertama tu, tak sampai 5 minit pun dah masak.  Makin tebal layer nya, makin lama masa memasaknya.  Kali ni saya buat 1/2 sukatan aje.  Lapisan pun jadi nipis sebab budak² ni nak banyak warna.  Ikutkan diorang request warna rainbow, tapi stok warna tak cukup.  Jadi 5 warna pun dah okay sebab bancuhannya pun sikit aje. 

Dah siap masak ni.  Saya guna loyang kek, tu yang tinggi semacam.  Kuih ni pon tak tebal sangat sebab adunannya sedikit aje berbanding saiz loyang terkecil yang saya ada ni. 

Esok paginya saya potong. Warna ni diorang yang letak - Hijau, merah, egg yellow, purple & pink
Paling tak sangka, habis seloyang dimakan oleh anak²!  Ehh.. kata tak suka??  Mama ingat nak bagi kat Wawan (MIL) sikit.  Nampaknya tak merasalah Wawan kuih kali ni.

Resepi seperti di bawah ni ye (resepi ni berlainan sikit dari kuih lapis yang biasa Mak saya buat dulu² coz ada tambahan tepung ubi & Mak saya lebihkan tepung beras berbanding tepung gandum tapi rasanya not bad).

Bahan-bahan-loyang 7x7x3inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • pewarna merah, hijau,oren (boleh guna apa2 warna kegemaran)
  • perisa yg di gemari, merah-ros, oren-jagung, hijau-pandan
Cara Penyediaan
  1. Satukan ketiga2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian dan Boleh tambah perisa.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
  5. Masukkan 1 cwn adunan hijau dan kukus selama 5 minit/ sehingga adunan keras sikit.
  6. Lapiskan pula 1 cwn adunan merah dan kukus lagi selama 5 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
  7. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. Lapisan terakhir saya kukus selama 20minit.
  8. Setelah masak, angkat dan biarkan kuih sejuk. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik supaya cantik. 
**setiap hendak melapis, pastikan takde air di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan air di permukaan, barulah tuang adunan seterusnya. Ini bagi mengelakkan warna lapisan  kuih tidak bercampur.

Selamat mencuba!

2 comments:

{ Unknown } at: December 2, 2014 at 2:50 PM said...

Seronok la assistants main kaler2 tu.. meriah..

{ Kina } at: December 8, 2014 at 12:18 AM said...

Itula Kak Sham.. sebab main kaler² tu la buat diorang excited nak makan...

Post a Comment