BUBUR NASI

Monday, December 9, 2013
Menu simple.. bubur nasi berlauk.  Kali ni takde ayam goreng kunyit garing sbb nak perabis stok telur masin.  
Lauk yg dipadankan dengan bubur nasi - telur asin, ikan masin (nipis) digoreng garingdimasak bersama cendawan & sos tiram,  Kailan masak ikan bilis & cili padi serta cili kicap.  

Saya suka hidang dalam bekas kaca bertutup sbb tak suka guna tudung saji.  If ada balance tutup aje & boleh panaskan terus bila nak makan.  Lepas dinner ada baki, terus masuk peti... 
Ni cara saya menghidang makanan yg ada possibility untuk berbaki or berjumlah banyak.  Jadi tak perlu nak tutup dengan tudung saji (lagipun mana muat tudung saji tu ).  Yg paling penting, saya kurang suka tutup makanan dengan tudung saji sbb still rasa makanan 'terdedah'.  Certain foods macam roti pula akan kering jika bertutup tudng saji.  Makanan yg rangup macam bilis pun akan hilang rangupnya.

Saya hidang dalam pinggan macam biasa kalau rasa makanan tu terus habis sekali hadap.  In case tak habis juga, saya akan transfer dalam bekas plastik letakkan atas meja & anak² boleh makan bila² masa.  Sebelah malam, yg mana berbaki saya terus masukkan ke peti.

Jadi teknik ni memang selamat & mudah.  Rumah pun bebas bau... :).  Uols hidang makanan macam ni tak kat rumah?



2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: December 9, 2013 at 9:24 PM said...

Tak terfikir pu macam ni cara hidangnya.. betul juga kata kina.. lain kali kalau ada ramai kat rumah nj nak hidang makanan dlm bekas bertutup jugalah..

{ Kina } at: December 9, 2013 at 11:40 PM said...

Ye la Aisy.. saya dah lama praktik macam ni.. kalau bekas tu boleh ditindih.. saya stack kan aje jadi tak penuh atas meja... Anak² pon dah terbiasa kalau lapar korek makanan sendiri atas meja.. hehehe

Post a Comment