Dah lama saya geram tengok egg tofu yang dibeli terperam dalam peti. Saya beli 3 packs & 2 packs dah selesai dimasak. Tapi baki yang satu ni saya buntu plak tak tau nak buat apa. Nak masak dengan sayur & sos tiram, rasa muak la plak...
Tiba² teringat yang saya pernah buat donut tofu (gunakan soft tofu) suatu ketika dulu... Jenuh search dalam blog, takde la plak resepinya. Ohh.. agaknya saya tak share resepi tu sbb dohnya kurang menjadi (doh terlebih lembik sbb masa tuang tofu, bukan main banyak airnya).
Teringat tentang kejadian tu, saya lebih berhati² kali ni. Masih gunakan resepi yang sama, tapi saya pastikan tofu tu dikeluarkan dari bekas dulu supaya boleh diasingkan air yang berlebihan. Lepas diuli (guna BM), penyakit loyaku mula menyerang... terus takde mood nak continue... Saya masukkan doh dalam container, wrap & simpan dalam peti sejuk.
Esoknya pagi² saya keluarkan... walaupun still rasa kemalasan.. saya gagahkan juga siapkan donut ni. Saya gunakan acuan yang lebih besar dari selalu. Tiha tak pandai plak nak guna acuan ni, jadi saya kenalah continue sorang²... Masa ni janji siap je.. lantakla donut tu senget ke, sumbing ke...
Hasil terapan pertama... boleh tahan senget benget.. Janji siap! Nasib baikla dohnya tak banyak sangat... kejap je dah siap |
Resepinya seperti berikut...
Donut Tofu Lembut
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
Saya ambik gambar ni dari blog Ros - Ros guna 1/2 paket tofu ni, saya plak gantikan dengan tofu telur sebungkus |
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Dari segi rasanya, saya nampak tekstur donutnya lebih halus. Rasanya plak takde la perbezaan yang ketara. Anak² saya ni makan aje, langsung tak kisah donut tu letak apa. Bagi saya pula, donut kentang tetap my favourite sbb ada rasa lemak (maybe juga sebab saya ni penggemar kentang!).
Apapun terima kasih kepada Ros atas resepi ni.. :). Mohon share ye...
0 comments:
Post a Comment