THE WORST RESORT - MERANG SURIA RESORT TERENGGANU

Wednesday, December 4, 2013
Dah terlalu lama saya simpan gambar ni.  In fact dah ingat nak kuburkan saja entry yg tak best ni.  Time ni vacation kami tahun lepas, hujung tahun macam ni lah... Malam sebelum tu kami menginap di Tok Aman Bali Resort yg amat superb tu... since dah syok sangat layan beach, kami nak stay one more night lagi... Malangnya Tok Aman Bali dah fully booked..

Dengan berat hati kami melangkah keluar mencari resort lain.  Sepanjang jalan kami tak jumpa mana² resort yg menarik perhatian (kami brgerak dari Kuala Besut ke Kuala Terengganu).  Until kami sangat tertarik dengan pantai Penarik.  Malangnya takde penginapan yg selesa di situ.  

Dalam keadaan letih & ingat nak membaringkan badan, kami masuk ke Merang Suria Resort.  Bila ternampak diorang ni ada banyak branch termasuk LONDON, tanpa fikir panjang terus saya check in.

Masa mula² masuk dah mula ada bad sign!  Pintu bukan main susah nak dibuka!  Dahla tengah penat, nak kena patah balik ke receptionist mintak bukakan pintu.  Rupanya pintu bilik dah terlalu UZUR memang kena bersabar kalau nak bukak (dalam hati, memang semakin hangin!!).

Masuk dalam bilik... Aduhhhh.... sungguh sedih keadaan dalam bilik ni!!  Saya terlalu marah & geram, langsung tak terfikir nak snap cadar yg lusuh & berlubang tu!!!  Sliding Door tidak boleh dibuka & langsung tak nampak laut (jangankan nampak, bunyinya pon takde) as we expected!!

Bila bukak langsir... inilah pemandangan INDAH yang terhampar!!  Kalau tak sebab letih, mau aje saya mintak diorang refund duit & cari hotel lain.  Tapi dalam keadaan cuti sekolah & hari pun dah nak malam, bimbang semua resort lain full.

Cantik kan pemandangan dari biliknya??? 

Kalau perasan ada tompok² (discolored - banyak tau) pada selimut yg diorang bagi.  Cadarnya terlalu lusuh sampai berlubang... Frankly, kami geli nak tido atas cadar tu.. tapi terpaksa lah buat² x nampak....

Bilik airnya biasa² aje.. basic, no bathtub.  Tapi masa gunakan khidmat toilet ni, my b***t dah kena gigit dengan lapik toilet tu!  Rupanya lapik tu pecah (terbelah), jadi bila bergerak, akan terkepitlah isi kita kat situ.  Adduuhhhh... sabar je laaaa


Lepas Maghrib kami ajak anak² ke Kuala Terengganu untuk dinner.  On the way keluar kami drop kunci & mintak diorang tukarkan lapik tandas tu.  Saya bimbang anak² pun akan tersepit macam saya (2x saya kena tau.. saakkiitt..)... 

Bila balik dari Kuala Terengganu (after midnight.....)


Inilah rupa pelapik toilet baru kami!!  Saya cuba basuh.. langsung tak tanggal... Saya dah malas nak pegi receiptionist lagi dah.. MALASSS!!  PENATTT!!!  We all terpaksa gunakan tandas dengan angkat pelapik ni.

Pada saya cukuplah pengalaman kena dengan resort yg teruk macam ni.  Masa nak keluar saya just bgtau pasal keadaan pelapik tu.. budak² receptionist sengih² aje.. tu je??  Langsung tak tanya detail or pegi check... 

Frankly,  biasanya saya akan complaint & ambik tindakan.  Tapi that day I'm not really in the mood.. plus tak nak rosakkan vacation we all dengan benda² macam ni.

Malam ni tiba² rasa responsible untuk inform others... Tu yg tiba² saya korek balik gambar lama ni.  Tapi kalau uoalls rasa ok dengan condition Resort ni... boleh je datang.. saya tak halang pun...  :) ..

(To us.. No more Merang Suria for the rest of our life!!)

Agak² saya complaint dengan HQ apa tindakan diorang??  We'll find out... I'm gonna give my URL to them & see what is their respond ... :)

P/s :  Dalam web kemain cantik... last time I pegi poolnya teramat kecik (tak pernah lagi saya jumpa pool sekecik ni) plus teramat kotor!!  Saya tak bagi langsung anak² jejak kaki dalam tu walaupun ada budak² main... Terkulat² diorang nak main air.. Sorry ye anak²... It's not safe for you..

Ini berdasarkan pengalaman saya setahun lepas ketika menginap di sini... Saya tak tau lah condition they all better or worst nowadays...



4 comments:

{ Aisy Nasiha } at: December 4, 2013 at 11:49 AM said...

Wah..memang patut kena komplen ni. Tempat macam ni sepatutnya jadi tempat menarik, selesa dan bersih utk para tetamu.. lagipun kita bayar utk servis yang bagus.. harapnya dah ada perubahan..

{ Kina } at: December 4, 2013 at 12:32 PM said...

Itula Aisy.. mana saya tak geram... saya buka balik kes ni pun untuk share dengan orang lain supaya survey dulu tempat ni sebelum plan untuk menginap. Area receptionist nya nampak ok je, tu saya laju je confirm bilik... Tu yg rasa bimbang nak walk in ke mana² resort before survey online dulu...

Anonymous at: August 3, 2015 at 8:37 AM said...

kenapa tak stay kat Sutra Beach Resort sebelah tu je, lagi cantik, Pool dia luas & panjang, puas berenang.

{ Kina } at: August 3, 2015 at 7:10 PM said...

Inilah gara-gara keletihan & tak survey sampai habis. Mungkin juga sudah suratan sebegitu... Lepas dah menginap kat sini, barulah kami tahu tentang Sutra. Tapi saya rasa Sutra full hari tu sebab Merang ni pun saya dapat sebab ada yang tak muncul selepas booked bilik...

Post a Comment