TUGU NEGARA & TASIK PERDANA

Tuesday, December 10, 2013
Aktiviti jalan² mingguan sekeluarga.  Kali ni heret anak² ke Tugu Negara.  Bagi ada semangat nasionalisma sikit (walaupun tengok dalam list tu semua mat salleh, singh dll)... Kawasan Tugu ni seberang aje dari Tasik Perdana & dibuka hingga jam 6.00.  Masuk adalah percuma.. jadi redah ajelah!!

Budak ni pantang nampak tangga, mesti nak panjat... tapi untuk keselamatan, baikla pimpin tangan dia

Tiha & Ieqa tengah pelik tengok tugu.  Diorang asyik tanya kenapa ada orang die... Misha je rileks.. berlari tak tentu hala... hehehe.. 

Tiga beradik berpossing.. tgk yg kecik tu cuba melepaskan diri... baby buas la katakan...



Dah jenuh belek & sessi soal jawab dengan budak².. jom kita balik...



Lepas ke Tugu, layan Taman Tasik Perdana pula.  Kali ni kasi can diorang main playground puas².  Baby Misha naik slide yg bergulung² & paling tinggi... sampai terpelanting sana-sini.. kemain suka dia.  Haaiisshh.. Budak ni sorang mmg tak tau takut.  Kontra dengan kakak² yg susah nak try benda² macam ni.  Naik buai takleh hayun laju², jongkang jongket pon takut, slide nak naik yg rendah aje... 

Pendek kata, kalau bawak pegi Theme Park mmg membazir aje.. semua ride diorang takut...  TApi JIMAT DUIT Mama & Baba sbb tiket masuk ke Theme Park kan mahal².. hehehehe.. Kita main kat playground free aje la eekk... 

Tengah asyik layan slide, nampak plak orang DBKL berkuda... Bukan main suka la budak² ni.  Boleh sentuh² kuda lagi.  Kuda tu pun kemain manja... asyik nak sondol²... 

Pak Cik berkuda ni kemain ramah, abis semua orang dilayannya...

Ieqa masih panik dengan kuda yg besar ni.. ehehehhe
Lama jugakla melepak dengan kuda.  Then Mama & Baba ajak merayap plak.  Exercise sikit... 

Anak sapa la terlepas ni... Yg pelik tu dia angsung tak nak jalan dengan Baba,  sanggup lari jauh².  Dia sudi dengan Mama aje... (memangla pelik sbb kakak² semua anak Baba). Tiha & Ieqa masa kecik nak berdukung & tido dengan Baba aje.  Tapi datang si Misha ni terbalik plak... Sanggup turun katil, tido kat bawah sorang² kalau Babanya ajak tido.. hehehehe... 



Tengah syok berjalan, tiba² dia melencong ke batu ni.  Bersusah payah nak panjat... Bimbang jugak dia jatuh tertumus, tapi saya peratikan aje apa plan dia...

Tengah berusaha nak imbang badan tanpa lepaskan goreng pisang di tangan

Elok je berjaya duduk.. terus buat peace!!  Laaa... nak suh Mama ambik gambar rupanya!!  Bertuah punya budak... pandai je ko cari port ye... Kakak²nya pon mula la sibuk nak dok atas batu jugak.  

Sibuk panggil Mama ambik gambar lagi.. Adoiii.. nak kene sekeh jugak budak ni.  Skrg ni kalau tempat tu dia rasa best aje, dia sibuk berenti mintak Mama ambik gambar.
Tengah syok berjalan, jumpa plak kayu balak yg dijadikan ala² titi.  Ajak diorang menyeberang.  SI Laieqa penakut tu bukan main bisingnya.  Tiha dah tak berapa penakut, berjaya la cross sendiri.  Budak tak tau takut plak, Mama mintak Baba dokong kan.  Langsung Mama tak harap!  Kang dia nak buat aksi terjun dari atas pokok tu kang, naya!



Lepas kelelahan berjalan keliling taman.  Semua berpatah balik ke area playground tadi.  Tapi makin ramai orang kat sini.  jadi kami ajak diorang ke playground satu lagi. Si Misha punya la menjerit mintak main slide, dia bukannya faham kalau bgtau sebab apa semua tu.  Yg dia tau nak main!  Lepas sampai ke playground satu lagi, haa... bukan main ceria!  Sambung la korang main sampai Maghrib!  Masjid Negara pun dekat aje, senang nak solat, tu yg best jalan kat sini.


2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: December 10, 2013 at 9:21 AM said...

kina ni klau baba jalan memang hebatla.. saya teruja tgk gambar ni semua.. bolehla juga kami ke sini lain kali..ntempat jauh boleh pula pergi, ni tak jauh tak nak singgah pulak kan.?

{ Kina } at: December 12, 2013 at 9:43 PM said...

Iye la.. budak² suka je tempat lapang macam ni.. tapi agak panas sbb open sangat. Aktiviti pon pusing² aje... Tasik Perdana tu mmg tempat favourite kalau nak beriadah dengan anak²... toiletpun bersih. Nak solat bawak diorg ke Masjid Negara. Kemain suka lagi...

Post a Comment