PERCUTIAN 2014 - 3

Tuesday, April 1, 2014
MAKAN-MAKAN DI TAIPING

Banyak juga tempat makan di Taiping ni yang boleh dicuba... namun kali ni kami cuba di 2 tempat aje.  Sebelah malamnya selepas dinner kami ingat nak try kue teow Doli pula, namun sampai sudah tak jumpa.  GPS pula menambah sesat kami tu, entah mana di bawanya, satu bayang kedai pun takde.  Nak tanya orang pun, hari dah agak lewat, bimbang berbahaya kepada kami, plus keadaan sekitar Taiping yang sudah mulai sunyi.  Jadi kami just bungkus roti canai dari gerai yang kami terjumpa.  

Dah lama sangat saya nak ke Port Weld. Dulu pernah try masuk ke Taiping, tapi jalannya jem yang amat, terus kami cancel plan.  Mungkin kali ni kami berkesempatan sebab kami perhatikan bandar Taiping tidak sesibuk selalu.  Akhirnya sampailah kami ke Restoran Mee Udang Mak Jah yang famous diperkata.

Saya takde la letak high expectation pun sebab banyak juga yang bagi komen negatif tentang makanannya.. apapun kena cuba sendiri, baru tau.  
Mee Udang, satu biasa, satu lagi saiz besar (harga sekitar RM9 - RM13)... saya pun ingat² lupa dah...

Bagi saya mee udang nya okay² saja... saya prefer Mee Udang Juru (dah banyak kali pegi tapi tak pernah ambik gambar... :P)... Mee Udang Mak Jah ni kuahnya ala² bersos gitu...
Since saya not in the mood untuk mee udang, saya order mee goreng udang... harganya RM9 camtu kot..
Rasanya pun okaylah... Ada 6 ekor udang besar dalam ni.  Yang kelihatan hanya 4 ekor selepas saya selak².  
Di seberang kedai ada gerai menjual cucur, siput & kerang.  Sambil menunggu makanan, gatal mulut pegi order siput berduri & cucur udang pulak... heheheh...
Anak² & Baba aje makan siput berduri ni.  Saya tak gemar apa² jenis siput.. jadi tak rasa.  Tiha & Baba sepakat kata siput ni manis sangat.  Satu set ni berharga RM6.00

Saya beli cucur udang sebiji & keledek RM1 sebab Misha & Ieqa langsung tak nak makan mee udang tu.  Malangnya, cucur pun diorang tak nak... Budak berdua ni bila tengah takde mood makan, apa pun diorang tak mau.  Last² Mama layan cucur tu sampai habis.  
 Lepas makan lebih kurang, kami balik ke Sentosa Villa untuk aktiviti mandi-manda (konon²nya)... Walaupun frust tak boleh berkubang sakan, tapi hati terubat tengok keindahan Sentosa Villa yang amat mendamaikan.  Lagipun memang tengah musim kemarau, bukan salah diorang pun kan...

Sebelah malamnya kami cuba pula makan di Medan Makan sebelah Balai Bomba Taiping.  Katanya di sini terkenal dengan Yong Tau Foo dan juga ABC.  Kalau nak order ala carte pon ada...

Seelok sampai, seronok tengok kemeriahan gerai Yong Tau Foo.  Kalau tak salah ada 5 buah gerai yang kelihatan meriah dengan bahan Yong Tau Foo membuatkan sukar memilih.
Antara Gerai Yong Tau Foo di sini...
 ABC / Ais Krim pun banyak sangat.  Menurut peniaga, ada 60 pilihan semuanya.  Pelbagai jenis sampai rambang mata.... (mostly budak² kecik ni le, awal² dah target nak makan ais krim)...
Bahagian atas kelihatan pilihan ABC/ais krim yang ada....

Kami memilih Gerai Taiping Yong Tau Foo sebab rasanya diorang le peniaga asal di sini & paling ramai pelanggan.... 


Yong Tau Foo (RM13) dah sampai... Rasanya sedap, tapi kuahnya agak likat dan manis.  Tapi better dari di pasar mlm.  Apapun saya bukanlah penggemar Yong Tau Foo, jadi saya order nasi goreng daging merah.  Tiha & Baba share makan Yong Tau Foo ni... saya sekadar rasa serba sedikit aje. 

ABC ... harganya sekitar RM3 kot... ooppss sorry.. lupa again.. hehehe...

Ice Cream jelly anak² RM3.00
Bagi saya ABC nya biasa² aje tapi nampak menarik dengan cara presentation & harga yang berpatutan.  Rasanya agak plain tapi untuk anak² memang suka habislah.  Mama & Baba pon happy sebab mana nak dapat harga ais krim RM3 macam ni kat KL?.. hehehe...

Overall.. makanan kat area Taiping agak ok, walaupun semakin glamour & menjadi antara bandar paling dikunjungi, harganya masih berpatutan.  Jadi takde la rasa membazir sangat kalau terbeli makanan tak sedap!!


2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: April 1, 2014 at 8:52 PM said...

Alahai..sedap2 semuanya ni. Dah lama saya ajak suami ke Taiping.. bila la kami nak sampai sana tu. Dah 8 tahun sejak pergi sana kali pertama. Mmg best tempat dan makan di Taiping kan..

{ Kina } at: April 3, 2014 at 7:57 PM said...

Bila ada kesempatan try le datang. Banyak tempat menarik untuk dikunjungi, tempat mkn pon banyak. Tapi kalau weekend + cuti sekolah.. Tersangatlah sesak...

Post a Comment