Alhamdulillah... suasana di KL sudah kembali pulih. No more haze! Paling disyukuri, sudah tiga hari bumi Melawati di timpa hujan... cuaca mendung aje, sejuk... Boleh tutup aircond! Dah terlalu lama menumpang sejuk dalam aircond, baru sekarang rasa nyamannya udara segar di luar sana... Semoga berterusan... :)
Friday lepas, merajinkan diri buat trifle. Senang sangat nak buat & sedap sekali! Buktinya... semua sudah habis licin dimakan. Kerja mudah sangat, boleh bagi anak² buatkan pon.. heheheh.. (but I don't dare lah.. takut tak larat nak kemas balik!)
Ni lapisan kedua trifle yang dah disejuk dalam peti... my bad, tak terfikir nak snap layer pertama (biskut marie & butter) |
Last sekali, lapisan jelly... |
LAPISAN PERTAMA - hancurkan biskut marie (setengah paket) bersama 1/2 butter. Tekan² di dalam loyang sampai padat
LAPISAN KEDUA - 1 ketul cream cheese (250gm) digaul rata bersama 3/4 tin susu pekat (saya kurangkan kepada 1/2 tin aje). Tuang di atas lapisan pertama tadi dan sejukkan di dalam peti supaya cream cheese kembali beku
LAPISAN KETIGA - Masak jeli segera (di dalam kotak) di atas api & tuang di lapisan cream cheese tadi & sejukkan.
Beres! Sedap dimakan sejuk. Jadi sejukkan dalam peti lama² sikit ye. Rasanya ala² cheese cake pon ada. Senang kan? Budak² pun boleh buat!... hehehe...
P/s : Saya gunakan FP untuk gaulkan butter & biskut marie then gaulkan pula cream cheese dengan susu. Nak guna senduk pun boleh, tapi penat sikitlah nak menenyeh... Kalau guna senduk, tunggu cream cheese tu lembut sikit supaya muscle anda tak keluar semasa menggaul dengan susu... hehehe (gunakan mixer pun senang juga)...
2 comments:
sedap sedap sedap...nak try buat lepas ni..tapi guna bekas kecik2 :)
Kalau buat bekas kecik lagi senang nak makan... saya buat bekas besar sebab tak berapa nak rajin... heheheh..
Post a Comment