Ternampak resepi nasi briyani ni di blog Kak Azie. Kak Azie ni suka sangat letak tajuk² yang buatkan saya terliur nak mencuba. Namun untuk manusia yang tak berapa nak rajin macam saya ni, renyah kemain nak buat nasi briyani ni. Berpeluh sakan nak boleh siap satu dish ni aje... hadoii.. bahannya pon banyak... Boleh surrender gue... hehehe... Ni lah di antara proses membuatnya... Resepinya saya copypaste dari blog Kak Azie aje la ye...
Marinade ayam dulu... |
Kemudian bahan untuk memasak ayam tadi (rencah nasi briyani ni)...
Resepi ni gunakan bawang yang banyak, macam Nasi Afghan juga... |
Sambil masak ayam, saya rebuskan beras Basmathi (jgn sampai masak tau, nanti nasi lembik...) |
Tumis bawang & rempah tumisan |
Beras Basmathi dahpon separuh masak, boleh ditos & diketepikan |
Sedudah bahan tumisan naik bau, masukkan ayam yang dah diperap tadi |
Sambil masak ayam, silalah mendadu tomato.. (adehh.. malas betul bab² mendadu ni kan... heheeh)... |
Gaulkan dengan yoghurt... |
Masukkan dalam ayam tadi & dimasak hingga air hampir kering... |
Lapisan 1 - Nasi yg separa masak tadi (nasi ni sudah ada rasa masin & amat harum baunya)... |
Lapisan 2 - Ayam beserta kentang & telur rebus yang dah dikelar... |
Lapisan 3 - Nasi & kesemua baki ayam serta daun ketumbar & daun pudina... |
Masak macam biasa dalam periuk nasi... |
Okeylah.. resepi penuhnya di bawah ni ye...
Nasi Beriani Pakistan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Penyediaan Beriani:
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan ayam tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam
Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.

4 comments:
Aduh.. rajinnya mak buyong ni.. mana saya nak cari nasi pakistan yg sama ni. Dah berkenan bila tgk kemeriahan bahannya. Guna yogurt ya...
Hahaha.. dah teringin sangat... lagipun tekak saya memang demanding sikit time ngandung... Guna yogurt.. tu yg saya suka... try le.. Memang ambik masa sikitla... tapi hasilnya memang memuaskan...
Salam Kina,
saya tunggu resepi short cut ye :)
terima kasih
Salam... Alamak.. takut tak terbuat je skrg ni... mungkin ambik masa sikit la kot .. nak tunggu mood rajin yg sekali sekala bertandang tu... hehehe...
Post a Comment