PERCUTIAN 2014 - 6

Tuesday, April 8, 2014
Fuhh.. akhirnya sampai jugak ke entry terakhir tentang vacation kali ni.  Boleh naik muak menengok tajuknya kan... hehehe... Oklah... jom kita belek tempat perkelahan yang saya rasa paling sesuai untuk mereka yang beranak kecil... kalau ada satu team bola pon takpe.. rasa cam selamat je untuk kanak-kanak!

Kawasan Hutan Lipur ni dijumpai secara tak sengaja semasa kami menuruni Cameron Highland ke Tapah.  Kira-kira 10km sebelum simpang keluar ke Tapah, saya ternampak signboard Hutan Lipur Kuala Woh.

Tanpa berfikir panjang, terus saya mintak 'driver kami ' membelok ke sana... Saya ingat nak cuba² masuk aje, kalau terlalu ke dalam atau kena lalu jalan sempit, maybe kami patah balik je kot.  Nasib baik... kejap je kami masuk ke simpang tu, dah nampak signboard bawah ni....

Eehhh.. dekat aje dengan jalan besar, tak macam air terjun atau tempat rekreasi biasa.  I Like!
Elok aje kami masuk, terus tertarik tengok aliran sungai nya yang amat mendamaikan!  Tanpa berlengah kami terus gerakkan kanak² ribena yang tengah membuta turun main air!  Sure diorang excited sebab di Taiping aritu diorang agak frust sebab tak puas main air.

Dalam tengah mamun/mamai, laju je tukar baju untuk mandi... bertuah betul budak² ni kan?... hehehehe... Yang lagi best, kereta boleh parking tepi sungai aje! Jadi takde la susah nak ulang-alik ke kereta...

Kawasan airnya sangat luas, berpasir & cetek!  Amat selamat untuk kanak-kanak kecil.  Saya tak bimbang biarkan diorang mandi sendiri... Mama & Baba pun happy dapat main air... Jernih & bersih...

Ieqa yang kuat membebel sebab tak suka pasir pon terjerit² cakap dia suka sangat main air kat sini.  Selalunya kalau bawak ke air terjun, banyak betul komplennya... 


Tengah syok mandi, tiba² hujan la plak... tapi okaylah.. good excuse untuk ajak diorang stop main air.. eheheh... Lagipun hari dah menjelang lewat petang ni...  
 Bagi saya tempat ni amat sesuai untuk berkelah sekeluarga kerana kawasan airnya yang luas & langsung tak berbahaya.  Kereta pun tak perlu parking jauh, jadi senangle nak mengusung barang...

Cuma satu pesanan saya... kalau berminat ke tempat macam ni, please jaga kebersihan ye.. Kalau tak jumpa tong sampah, angkut aje sampah² tu & buang kan di tempat sepatutnya.  Amat sukar nak cari kawasan perkelahan yang bebas sampah.  So please... sama² lah kita jaga kebersihan sungai kita.  Cantik macam mana pun kawasan tu, kalau dicemari sampah, memang hilang mood habis.... betul tak?



0 comments:

Post a Comment