GUNUNG KINABALU

Friday, April 18, 2014
Kisah lama yang ingin diungkap kembali... :P... Ekspedisi ke Gunung Kinabalu yang banyak menggamit memori saya.  Sebenarnya bukannya memori ekspedisi tu yg paling saya ingati.. tetapi memori lain disebalik ekspidisi ni.

Semasa zaman berekspedisi, saya hanya ada satu hasrat... saya ingin sampai ke Gunung Kinabalu, jika impian saya berjaya, saya dengan rela hati berhenti berekspedisi.  Pada saya, sudah cukup zaman muda saya dipenuhi dengan aktiviti dari berpidato, bersajak, berteater, berenang, aerobik (saya ada sijil bertauliah sebagai jurulatih aerobik tau, jangan tak caya... hehehehe)... dan berekspedisi.  Jadi tak de apa dah saya nak kejar, kalau ditakdirkan saya bertemu jodoh, inilah masa terbaik.  Saya boleh berperam as housewife sepanjang masa sebab rasanya saya dah jenuh buat² keje gila masa muda² dulu.. hehehehe...

Kuasa Allah siapa yang duga.  My best friend yang saya langsung tak jangka, telah melamar saya sebaik sahaja saya tiba dari Sabah!  Memang sebelum terbang ke sana, saya perasan perubahan pada kawan saya sorang ni.  Lately ni dia nampak terlebih concern daripada selalu.  Pernah sekali saya demam, dia datang bersama dua kawannya menghantar barang... dia nampak risau sangat & dok tanya soalan bertubi² - "Ko ok ke tak?".....  Dalam hati.. "Oiii.. aku demam je la.. bukannya nak mati pon!!!".  Ye la... bukan saya je perasan, dua kawannya pun nampak pandang memandang each other... Mesti diorg terfikir  "Apsal mamat ni?  Tebiat ke?".  Bukan setahun dua dia kenal saya, dah 8 tahun, jadi bila react lain macam sikit memangle semua org perasan.

So sepanjang persediaan ke Kinabalu, memanjang je ada alasan untuk teman saya cari barang.  Pastinya dia volunteer untuk hantar saya ke KL Sentral seawal jam 5.00 pagi.  Lagipun saya tinggal di Vista, dia di Pantai Hillpark, memang dekat..  Time hantar dia tak cakap banyak macam selalu... Just wish Good Luck & CU.  Elok aje duduk dalam train, saya dapat sms... "I have something important to tell u... Tunggu sampai ko balik nanti...."... Berderau darahku... Aiikk.. lain macam je ni? Saya biarkan sms tu, walaupun dalam hati, tuhan je tau... Adeehh.. seksanya nak tunggu 1 week plus... Kenapa la Mamat ni suka sangat buat aku suspense..
Ada beberapa peserta XPDC dalam train ni.. saya mintak tlg diorg ambikkan gambar... (tengah ctrl nervous sebab baru lepas baca sms dari 'someone' ni... :P)
Oh ye.. jangan terkejut kalau saya katakan saya langsung tak kenal sorang pun peserta XPDC ni.  Yang mana 9 orang daripadanya ialah lelaki & sayalah the only 'bunga' dalam group.  Kami pergi atas tajaan Celcom.  Saya dapat invitation atas recommendation Abang Nas (peneraju Arus) dalam salah satu XPDC sebelum tu.  Belum pon habis dia story pasal Kinabalu, laju je saya jerit "Nak ikut!!!".  Haaa... nak ikut sangat... ambik ko... pandai² la bawak diri kat sana nanti ye.
Dah sampai di Sabah yang cantik.... Tengah menunggu van sewa ke Gunung Kinabalu

Perjalanan dari KK ke Tamparuli .... 


Jambatan Tamparuli yang terkenal tu.. kami singgah lunch & berjalan² di pekan Tamparuli... most of the time saya jalan sorang², bila nak snap gambar baru la saya panggil sapa² yang terdekat... 
Perjalanan diteruskan ke Gunung Kinabalu... memang cantik & hijau aje sepanjang jalan ke sana... Indahnya bumi Sabah!
Selepas check in resort... hantar barang etc.. kami ke Kundasang pula.  Kalau nak tau Kundasang ni terkenal dengan sayuran tanah tinggi nya.  Macam Cameron juga, tapi sayurnya lebih murah & segar.  Gemuk² kemain.. geram aje nak beli.  Beras bukit (padi huma) pun ada dijual.. tapi saya tak beli apa² pun sebab takut rosak & memberatkan beg aje.

Kundasang.. hanya ada deretan gerai aje, port untuk membeli sayuran... 
Masa nak balik ke resort, berhenti ambik gambar kejap.... Haa.. inilah antara peserta XPDC ni.  Saya pernah jumpa diorang sekali semasa meeting XPDC sebelum fly ke Sabah.  Diorang panggil saya nak discuss tentang stamina training etc... tapi saya convince kan diorang saya akan training sendiri.  InsyaAllah saya takkan gagalkan missi XPDC diorang nanti.  Lagipun kami dibayar oleh Celcom, jadi takkanla saya nak malukan company orang pula kan...
Saya hanya ingat beberapa nama aje (dah lama sangat...) .  Sepanjang di sana saya takde la rapat dengan sesapa, sapa yang dekat.. dengan org tu la saya tegur.  Kalau jalan saya prefer sorang². Diorang ni semuanya staf Celcom... 

Gambar dalam resort... nampak tak puncak Kinabalu tu?  Cantik kan?  Masa ni saya masih terasa seolah² bermimpi yang saya kena mendaki puncaknya keesokan pagi.  Mampukah saya?  Tiba² naik seram pula bila nampak gunung yang kemain tinggi tu... (Biar betul aku ni.... larat ke??)...
Cuaca di kaki gunung ni tak menentu.. sekejap kabus, sekejap hujan, sekejap panas.  Jadi baju hujan adalah wajib!  Saya beli yang pakai buang di farmasi Guardian aje.  Sebab nak pakai sepanjang XPDC je pon kan.  Takkan nak daki gunung dengan berpayung pulak kan?.. hehehehe....


Eehh.. gambar bergegar sakan la plak... 



Sebelah malamnya kami memasak aje... dapur semua provided by resort.  Stok makanan geng² Celcom yang bawak.  Jadi saya volunteer masak kan....

Since saya sorang aje pompuan, saya ambik katil atas.  Saya tidur lengkap bertudung, selubung dengan sleeping bag & zip!.  Lagipun suhunya sejuk yang amat.  Jadi rasa selamat je walaupun saya sorang je gegirl... 
Esoknya seawal 8.00 pagi kami bergerak naik dari Timpohon ke Laban Rata.  Target by noon kami lunch di Laban Rata.  Jalan naik amat mudah, tapi memenatkan.  Memang dah ada laluan khas, jadi takkan tersesat.  So kami takle berjalan in group sangat (i prefer that way)... Dah hampir separuh perjalanan saya berselisih dengan Laskar (salah seorang peserta) & kami beriring naik.  Menurut Laskar saya ialah orang pertama dia jumpa.  Maybe ahli kumpulan lain masih jauh di bawah.
Semakin tinggi mendaki, semakin pelik rupa bentuk pokok²nya.. semakin kagum & ucapan Subhanallah tak berhenti² keluar dari mulut.  










Semua gambar ni diambil oleh Laskar... dia ni jenis pendiam, tak banyak cakap.. tu saya okey je mendaki sama dengan dia.  Ye la.. kami pun baru kenal... tu pun untuk mendaki.. jadi saya prefer we all just bercakap hal yang perlu aje.
Masa ni ada group mat/minah saleh ajak ambik gambar... kami layan aje lah...


Hujan renyai² sekali sekala membasahi.. perkara normal di sini... Hentian macam ni banyak.. rasanya setiap 500 meter kot... Tandas pun ada.  jadi very convenience... 
Saya tiba di Laban Rata sekitar jam 2.00 petang.  Masa ni ternampak Jumaizi dah habis makan & beristirehat.  Dia sampai awal, jam 12.30.  Saya & Laskar yang ke 2 & 3.  Ahli kumpulan lain sampai ketika saya dah siap mengemas & lepak di katil... jam 4.30.  Laban Rata ni adalah resort sebagai persinggahan sementara untuk pendaki beristirehat sebelum meneruskan pendakian.  Di belakang resort kami, laluan ke puncak!  Sepanjang laluan ke puncak, tali disediakan.  Eloklah pakai glove kalau tak nak tangan terkoyak.  Elok juga pakai penutup muka (ski mask) sebab cuaca terlalu sejuk sampaikan pedih hidung ku.

Everytime nak ke toilet, tersiksanya rasa.  Sakit ooiii bila basuh kencing... air tu sejuuuukkkk sangat!!  Kami istirehat & dinner di Laban Rata sebelum mula mendaki jam 2.00 pagi. Oh ye.. kalau cuaca elok!  Macam saya kata, cuaca di sini tidak menentu, jika hujan lebat, kabus tebal atau angin kencang, maka pendakian tidak dibenarkan sama sekali.

Menjelang malam... hujan turun dengan lebatnya... Dalam hati, bimbangnya kalau kami tidak dibenarkan mendaki malam ni.  Hanya separuh je lagi perjalanan kami.  Syukurlah selepas lewat malam, hujan mulai berhenti.  Kami pun mulakan pendakian dalam keadaan yang amat gelap & sejuk tu.

Kesejukannya tak terkata, sehinggakan saya langsung tak dapat rasa tangan sendiri.  Kebas habis!  Dari Laban Rata, ada satu check point sebagai hentian terakhir pendaki.  Di sini kami akan disemak untuk tujuan pemberian sijil nanti (nak make sure memang mendaki)... Di sini juga adalah peluang terakhir untuk mana² pendaki ingin menarik diri.  Jadi lebih selamat jika mereka menunggu di sini.  Kami juga diberi amaran, starting dari check point ini, udara semakin menipis (oksigen kurang) & mereka yang terkena mountain sickness mungkin tak boleh bertahan.

Dua peserta XPDC kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan.  Seeloknya jika rasa kurang yakin, baiklah tarik diri sebelum perkara buruk terjadi...

Pendakian seterusnya semakin mencabar... memang bergantung kepada tali & curam.  Cuaca sejuk mencengkam dan udara menipis... tangan, kaki, hidung semuanya rasa beku... Oh ye, memang takde gambar.. pukul 2.00 pagi.. gelap gelita wehh...!!

Haa.. kalau mendaki cepat².. sempatlah tengok matahari terbit dari puncak!  Ada timing untuk stay kat atas ni.  Elok aje saya habis snap gambar & menikmati keindahan puncak (angin teramat kencang, nak berdiri tegak pun takut), guide dah bagai arahan untuk turun.  Mana² yang baru je nak naik bergambar pun kena patah balik... Menurut guide, jika angin kencang memang merbahaya.. kadang² kabus tebal pun turun.  Kemungkinan pendaki sesat, memanglah tinggi....

Sunrise @ Mount Kinabalu Summit (Low Peak)... Malang menimpa saya... kamera terjatuh dalam lopak air & terpadam sebaik saja saya possing kat sini.. hukk..hukk... Saya ada minta salah seorang peserta XPDC ambikkan gambar guna kamera dia tapi sampai sekarang dah tak jumpa dia... hehehe... Takpelah.. sijil mendaki tu cukuplah sebagai kenangan kan??
Kat bawah ni gambar sepanjang perjalanan turun dari puncak... yg ni salah seorang peserta XPDC hantar kat saya since saya nak sangat simpan gambar dari puncak ni... (rupa² kamera saya tak rosak pon, lepas² tu boleh je guna macam biasa.... adeehh.. saje je kan??)...












Cantik kan?  Banyak kemain gambar yang saya share kat sini.. semua cantik.. tak tau nak pilih yang mana... :)

Mendaki turun... tak sesukar mana.  Cuma lutut ku sakit sangat... agaknya sebab banyak bagi pressure kot.  Tapi bertahan lah sikit kan.  Masa turun saya terserempak dengan Jumaizi... jadi kami peserta pertama sampai di Timpohon.. Balik resort, kemas barang.  Petang tu kami ke Poring Spring.  Mandi air panas di sini memang jadi satu tradisi pada pendaki.  Katanya untuk refresh & perbaiki urat saraf yg kelelahan tu.  Saya takde gambar kat Poring ni... kamera semua simpan dalam beg.

Mandi air panas di Poring ni bukanlah open tau.. ada 'lubang²' yang banyak.. setiap lubang (ala perigi cetek) boleh dimasuki 4 orang.  Since saya sorang aje pompuan, jadi takyah share dengan sesapa!.. Yeayy!!!

Malamnya kami menumpang tidur di KK (rumah Kakak salah seorang peserta).  Memang besar rumahnya, jadi takde masalah la walaupun kami ramai.  Kakaknya amat peramah & siap buat BBQ lagi untuk kami.  Esoknya kami ke Manukan Island & ke pantai (saya lupa pantainya)... 

Bot ke Manukan Island... Island terdekat dengan KK
Excited nak snorkeling kat sini.... padahal jalan pun still capik sebab urat saraf semua tengah sakit lagi.. (kesan biasa lepas mendaki)...

Kat bawah ni semua gambar di Manukan Island... Malas nak story banyak²... letih dah menaip ni...






Tapi saya takde lah enjoy snorkeling kat sini coz walaupun airnya jernih, coral nya tidak secantik di Perhentian Island.  Coralnya nampak dull & berwarna coklat aje.  Ikan²nya pun tak colorful... jadi kejap je saya snorkeling, pastu mandi manda aje lah....

Kalau di KK, tak sah kalau tak ke Pasar Filipina... pasar menjual segala mak nenek barangan Sabah.  Saya beli a few barang aje... Souvenir pada kawan² & family aje.




Kat bawah ni gambar terakhir kami sebelum ke Airport.


Breakfast sambil menunggu train 'klasik' ...

Keretapi zaman dulu² ni masih digunapakai di sini tau. menjadi tumpuan pelancong.... 
Itu je le lebih kurang kisahnya.  Personally.. Gunung Kinabalu adalah tempat tercantik yang pernah saya jejak seumur hidup ini.  Bersyukur kepadaNya kerana memberi kesempatan untuk saya sampai ke sini.

Oh ye... cerita pasal my best friend yang tebiat sebelum saya ke Kinabalu tak habis lagi kan?  Haaa... elok je saya sampai.. dia jemput & bawak saya ke tempat privacy sikit.  As expected, dia memang terus terang nak serious dengan saya.  Saya minta tempoh untuk berfikir sebab memang tengah blank.. Ada sebab juga kenapa saya blank.  Tengokle saya nak story ke tak pasal ni... hahaha.. (kisah peribadi ni oiitt)...

Alhamdulillah.. Jodoh memang ketentuannya... Setahun selepas itu, kami sah menjadi suami isteri.  Memang saya letak rules, no couple²... if serious datang hantar rombongan.  Jadi December merisik, March Bertunang, 21 Ogos 2005... kahwin... Senang je kan?.. hahahah... Tah pehapa je... (I tak reti nak romantis² ni, straight to the point je.. take it or leave it..) Ganaz tak??.. hahahah....





6 comments:

{ Aisy Nasiha } at: April 18, 2014 at 11:29 AM said...

Wah.. entry menimbau nostalgia perhubungan dengan suami dan juga aktiviti masa bujang. Tak sangka berani Kina gi mendaki ya.. geng lelaki pula tu. Mrmang bersemangat. Tapi masa yang menggembirakan tu. Saya rasa seronok baca semua pengalaman ni.

Macam seorang kawan saya. Dia kenal dgn suami masa mendaki dan sama2 minat aktiviti mendaki ni.. jodoh kina ya. ALLAH mudahkan proses kawin..

{ Kina } at: April 18, 2014 at 3:00 PM said...

Hehehe... asal nak story pasal xpdc je, tapi mula melalut pulak... Soal jodoh memang di luar pengetahuan kita... :)

{ Unknown } at: April 18, 2014 at 5:45 PM said...

Assalamualaikum dik,
Cerita yg best.. suka bila ada happy ending. Skima jiwa romantis la pulak.
Btw, sharing yg bagus. Kami ni ada hajat nk pi sana cuti ni.
Kut la sempat slot-in. Cuti raya terhad kan.

You take care dik..

Ilal liqa'

{ Kina } at: April 18, 2014 at 6:14 PM said...

Wsalam Kak Sham... Best tu Kak dapat ke sana. Banyak tempat kat Sabah saya teringin explore... Tapi bala tentera ramai, tabungan tak cukup.. hehehe... Enjoy kat sana nanti !

{ rostina76 } at: April 20, 2014 at 12:02 AM said...

salam kenal Kina…..hehe syok kdg2 bila mengimbau kenangan lalu.

{ Kina } at: April 20, 2014 at 1:35 PM said...

Salam kenal... Hehe.. sekali-sekala... :)

Post a Comment