BURMESE POOL & COPTHORNE HOTEL
Sebelum sampai ke Sentosa Villa, akan ada satu simpang ke Burmese Pool. Out of curiosity, sebelum meneruskan journey kami, jom kita jengah sekejap di sini...
Ohh... Burmese Pool tu sebenarnya air terjun / sungai... Saya tak snap pun kedai² yang menjual peralatan mandi kanak² di tepi parking lot, just ambik gambar airnya. Tu pun dari atas jambatan yang ada berdekatan parking lot. Kami tak bercadang pun untuk mandi or main air kerana perlu ke Cameron Highland untuk ke hotel seterusnya...
Burmese Pool, Taiping... Kalau bukan musim kemarau, pasti lebih banyak airnya... |
Nampaknya agak banyak kenderaan ke arah Cameron Highland, namun syukurlah takde jam. Lagipun Copthorne hotel ni sebelum Bandar Brinchang. Sorry le kalau gambar lintang pukang sikit, semalam cuba buat entry guna handphone, tapi amatlah menyusahkan! Jadi pagi ni sambung...
Gambar biliknya lebih kurang macam ni le.. kami ambil Superior without breakfast RM173.00 di Agoda. First time kami ambil bilik tanpa breakfast. Lepas tax semua, dalam RM200+ ...
Over all okay lah kan... as usual, kena ada ruang untuk anak². Jadi bilik yang besar jadi keutamaan kami. Masa honeymoon dulu kami pernah stay di Strawberry Park, memang besar biliknya (seolah² sebiji apartment) tapi hot showernya tak cukup panas. Menggigil tiapkali mandi. Jadi kami try pula Copthorne (katanya dulu ialah Equatorial Hotel).
Ini pula ruang lobby nya.. amat besar.. hotelnya pun ada banyak tingkat... saya rasa ini antara hotel paling banyak bilik di sini kot. Malangnya saya tak boleh nak snap ruang lobby ni sangat sebab pencahayaannya yang malap, cantik tapi bila dalam gambar, gelap gelita...
Bagi saya hotel ni agak selesa cuma proses check in nya agak lama. Hotel ni berdekatan tempat beli sayur Cameron Highland tu (saya tak tau nama), jalan kaki pun boleh. Dekat juga ke simpang ke Boh. Saya perhatikan mat saleh suka stay di sini kerana diorang boleh jalan kaki je ke Boh or ke Gunung Brinchang. Tapi bagi kami, tempat macam ni bukanlah pilihan... lokasinya yang berdekatan dengan kawasan yang sesak membuatkan kita akan tersangkut di dalam jam setiapkali ingin keluar atau pulang ke hotel. Jadi it's a no no untuk kami... :(
0 comments:
Post a Comment