PERIUK HANGUS?

Wednesday, April 16, 2014
Ini petua saya dapat dari mak cik Martha Stewart... lama dah tau pasal ni, baru sekarang ter share.  Certain periuk (macam yang saya punya ni - maklumle murah..) senang sangat hangus.  Dah berkali² hangus time memasak walaupun tangan tak berhenti mengacau.  

Yang geram tu langsung tak sedar bila hangit sebab tangan memang dok jaga (mengacau),  tup² bau hangit aje.  Especially bila buat custard or anything bergula.  Saya memang dah serik guna periuk ni untuk buat benda² bergula, tapi kadang² terlupa... terguna lagi & pastinya terhangus lagi!  

Okay.. bila dah perasan ada kesan hangus/kerak kat periuk yang degil dan tak boleh ditenyeh.. jangan panik... ada method yang amat mudah dan berkesan!  

Letakkan baking powder & sedikit air rebuskan sekejap di atas api...

Boleh nampakkan kesan hangus dalam periuk tu?  Dah menggelegak... bolehlah diangkat or tunggu suam sebelum di scrub dengan penggosok periuk.  Alhamdulillah... kerak hangus tu dengan mudah aje tanggal... 
Oooppss.. lupa nak share gambar periuk yang dah berkilat semula.  So far mujarab!  Saya pernah buang 2 biji periuk sebab terhangus teruk tau... sayangnya masa tu tak tau cara ni kan?


4 comments:

{ Aisy Nasiha } at: April 16, 2014 at 9:39 AM said...

Ooo.. saya nak cuba buat cam ni juga nanti. Selalunya kalau periuk sy hangus, maka berminggu2 la periuk tu bertapa kat dalam singki. Sental sikit2.. jenuh

{ Shamsiah Abdul Rahman } at: April 16, 2014 at 3:04 PM said...

T.kasih.
Kut la nnt terpaksa buat mcm ni jugak.
Good tips.

{ Kina } at: April 18, 2014 at 3:01 PM said...

Aisy.. boleh cuba.. kalau kerak tebal sangat, garu² dengan senduk masa direbus tu sampai lekang... lepas tu InsyaAllah.. mudah je nak bersihkan sisa² nya...

{ Kina } at: April 18, 2014 at 3:03 PM said...

Kak Sham... try la menjadi ke tak.. so far saya memang takde masalah dah nak bersihkan periuk hangus...

Post a Comment