KIDS ACTIVITIES

Wednesday, December 31, 2014 0 comments
Ingat malam ni nak share topik lain.. tapi saya kepenatan selepas seharian ke sana-sini, so simpan ajelah dulu.. Tunggu bila free sikit.  Sementara tu kita layan ajelah gambar² yang memang dah ada dlm draft. Ini projek nak distract anak² dari melayan tab, tv dan juga mengganggu Mama!  Bermodalkan RM0.50.. maka Mama dapat kedamaian untuk sejam dua... Tiha jadi tukang pantau Adik² dan sapu sebarang habuk yang bakal terkumpul. 

Beli kat MR DIY for RM0.50.. saya mintak diorang pilih gambar lain²..


Upacara gores & menang.. yeayy!!  Jenuh jugaklah nak menggores guna lidi yang dibekalkan tu.. Cara mudah nak bagi diorang 'busy'.. hehehe..


Paling syok bila tengok Minah Kacau pun bukan main kusyuk mengikis gambarnya sampai siap... Elok je siap, terus tertido kelelahan.. hahahaha.. (melompat² tak reti nak penat.. buat aktiviti camni boleh tertido² plak dia)..
Okay.. itu aje nak cite.. bai!



BERMAIN BUIH DI TAMAN

Tuesday, December 30, 2014 0 comments
Taip delete, taip delete.. last² itu je tajuk entry yang mampu otak yang tengah tepu ni fikir.. hahahah..  Dah dua minggu kami suami isteri berkejar sana-sini.  Fulus melayang toksah cakaplah.. dugaan berniaga.. macam².. Tapi sabar & tawakal ajelah.  InsyaAllah.. adalah hikmahnya tu.  Eh.. apa ni, start entry dengan kisah sedih pulak.  Patutnya entry kali ni cerita benda seronok² je lah kan.. sesuai dengan gambar² anak² yang tengah beriang ria main buih sabun.  Meh kita tengok upacara bermain buih....

Apsal gemuk sangat laki aku nih?.. hahaha... "Baba gemuk.. yey..yeay.. Baba Gemukkk..muukk..mukk..!!".. (sessi cari pasal)..


Bestkan?  Minggu lepas bawak anak² makan ke Saba Setiawangsa.  Then Mama ajak Baba bawak diorang membakar kalori dengan taman berdekatan.  Taman Dato Keramat kot namanya.. eh lupa pulak.. Tapi memang dekat sangat dengan Jelatek/Setiawangsa tu.  Taman ni memang bersih & sesuai untuk seisi keluarga walaupun tidaklah sebesar Taman Tasik Perdana tu.

Kat sini ada pula peniaga menyewakan permainan buih sabun ni.  Harganya berpatutan RM2 sekali topup sebekas sabun tu.  Dia akan provide 1 kayu & sebekas sabun.  Kami ambik 2 bekas, tapi dia bagi extra kayu untuk Misha.  
Dengan modal RM4.00, anak² terjerit riang... PRICELESS.. Yupp.. tak perlu spend duit banyak²kan..




Ila pun excited sama, dari elok² beradu, terkial² mencari suara Kakak²... Bila Baba angkat, siaplah terkinja².. Budak ni kalau dah dapat kaki nanti, rasanya dia lah yang paling over!

Tengah memerhati bubble dengan penuh kegeraman.. Ieqa & Misha mula lupa Mama & Baba dah.. makin jauh larinya tu.. Ada jugak yg kena sebat dengan kayu sabun ni kang... heheheh...
Elok je habis main sabun, langit mula gelap.. Haa.. apa lagi.. Jomlah balik!!


DIY - CAT

4 comments
Entry ini untuk menjawab soalan dari Noono Zuki berkaitan topik DIY & MAKEOVER yang lama dulu² nun.  Dia nak tau cat apa yang saya guna untuk mengecat rak dalam entry tu. 

Sebenarnya saya & suami takde la tau sangat bab² bertukang ni.  Jadi bila nak beli barang² kami survey dulu or surfing lebih kurang.   Bila dah sure apa yang kami nak, barulah kami berbelanja.  Macam cat untuk rak ni, peniaga kedai hardware tu suggest kami pakai cat kayu jenis glossy ni.  Entahlah jenama ni kira branded ke apa, harganya RM29.50 seliter.  Saya beli warna putih & oren.  Masih berbaki 1/2 tin.  Tapi memang OK kualitinya, jadi glossy rak tu.  Nampak macam bukan kayu pun ada.  

Inilah rupa cat tu.. sorry agak gelap gambarnya.. shooting tengah malam menumpang lampu bilik air.. hehehe...
Harap² entry ini membantu Cik Adik kita ni ye..






KID ACTIVITIES

Monday, December 29, 2014 0 comments
Lagi aktiviti dengan anak-anak sementara husband bz dengan projek TUDM nya hari tu.  Yang ni projek mewarna aje.. Tapi saya beli sbb tengok cute gambarnya, siap diberi magic color lagi. Then gambar tu bukan atas kertas, material ala-ala plastik yang timbul² gitu.  Silapnya takde gambar end product sebab tak lama lepas meneman diorang mewarna, si Ila dah sibuk buat kacau.  Mama ajak dia masuk bilik & tido kan dia terus!  Habis cite! 
Lupa pula berapa harganya... tapi semua barang² yang saya beli dalam range 50sen -RM2.90 sahaja perset.  Murah sangat, emmang berbaloi².. Haa.. nampak tak kaki si kenit yg sibuk nak tunjal² barang² tu. 

Since si Ila tak reti nak dok diam, Mama minta Tiha pegangkan kejap... Baby Ila ni energetic sikit, kalau dipegang asyik terkinja².. dahla gemuk.. Memang tak larat nak pegang lama²...

Cuba tengok si Ieqa... Korang tau dia tengah buat apa tu?  Haaaa... sepanjang masa dok berangan kalau dapat pergi tempat snow apa yang dia akan lakukan.  Ini gara² Mama terlepas cakap Tyrone nak datang Malaysia.  Mula la dia merepek nak pergi rumah Tyrone pulak sebab nak main snow.  Sepanjang minggu tu, hangin satu badan Mama melayan soalan Ieqa.. "Bila Tyrone nak sampai ni Mama?"!!!... Sampaikan tak nak tido malam sebabnya.. "Nanti Tyrone datang macam mana..??"... Hadoiiii... Dengan budak ni Mama memang tak berani terlepas cakap.. once dia excited, dia akan ulang tanya berpuluh kali sehari sampai le benda² tu betul² terjadi.  Kalau nak tau, tiapkali vacation, saya TAK PERNAH announce kat anak² awal².. Biasanya saya just ajak diorg naik kereta & diorang tak boleh tanya nak pergi mana!!  Sebab walaupun dah dalam perjalanan... dia akan tanya pula.. "Bila nak sampai ni???"... Diulang² selagi tak sampai ke destinasi tu!!.. Anak korang ada peel macam ni tak?

Gambar terakhir sebelum Mama masuk bilik dengan Ila.  End product diorang ni agak cantik.. Saya pun tak pasti masih tersimpan rapi or dah kena campak sana sini.. hehehe.. Sebenarnya nak ajak diorang tampal kat dinding, tapi terlupa pula.  Mama really..really.. bz lately ni.. tu yang banyak plan tergendala.
Itu aje la kisah kali ni.  Boringlah kisah budak² ni je kebelakangan ni kan?  Sebenarnya saya ada satu resepi yang amat mudah tapi nampak mcm profesional bila dihidang nak share kat sini.. Yang tu nanti² lah ye.  Niteee..


KIDS ACTIVITIES - WIND CHIMES

Sunday, December 28, 2014 0 comments
Ya Allah...  Sebak sungguh bila terlihat gambar 6 beradik yang kehilangan ibu dan bapa akibat bot terbalik haritu.  Masa mula² dengar berita tu, saya berharap pasangan ini tidak mempunyai anak.  Bila ternampak gambar 6 beradik yang hampir baya-baya anak saya tu, memang terus gugur air mata, sungguh.. tak dapat tahan sebaknya.  Saya berdoa agar waris² yang menjaga anak² ini jagalah mereka sebaiknya.  Besar pahalanya kalau kita menjaga anak yatim ni & janganlah sekali² mengambil hak anak-anak ini.  Mereka terlalu kecil untuk faham tentang kehidupan.. Ya Allah, Kau lindungilah mereka.

Sejak bajir besar melanda negara, especially di kawasan pantai timur, hanya simpati yang mampu dizahirkan.  Kalau kita ada rezeki lebih, inilah masa yang terbaik untuk bersedekah/berzakat.  Walaupun sedikit, pastinya ia dapat membantu beban mereka.  

Selepas beberapa hari saya tak bersiaran.  Malam ni saya ada freetime sikit coz my other half keluar berjumpa dengan kawan rapatnya masa zaman kolej dulu. Biasanya ke mana-mana pun dia mintak saya teman, tapi kali ni saja la kasi can dia melepak dengan kawan jauhnya. Almost every year diorang ni akan berjumpa melepas rindu dendam, tu pun bila rakannya tu ke Malaysia.  Harapkan kami ke Australia sana, mmm.. alamatnya... Maybe next week turn satu family pula berjumpa dengan wife & anak²nya.  Kita tengok macam mana anak ayam dgn itik bila berjumpa nanti... hehehe... Semua tak sabar nak jumpa baby Cassidy yang cute tu.. bolehlah lawan wrestling dengan Ila gemoks nanti ni... hehehe...

 Ni saja nak share aktiviti dengan anak² baru² ni.  Saya borong pelbagai barang² yang rasanya menarik untuk diorang buat sendiri.  Harganya pun murah.. tapi keriangan yang terhasil tu yang PRICELESS!

Dalam banyak² barang yang Mama beli.. anak² request buat wind chime ni
 
Antara bahan yang diberi.. Tapi kalau dah namanya murah.. Tiha dapat 2 biji mata & potongan burungnya pun pelik sikit, Ieqa pula tak dapat tali & Misha pula ada extra polkadot!  Jadi kalau nak membeli tu, belek²lah sikit kandungannya.. Yang lain tu tak penting sgt, talinya yang penting. Double sided tapenya tu pun tak boleh diguna, jadi kena ready dengan tape sendiri lah.

Haaa.. dah siap!  Senang aje nak buat.. Mama banyak buatkan untuk Misha.. yag lain ikut jelah apa yang Mama buat.  Cuma talinya Mama fail sikit. Last² Tiha yang ajar Mama cara nak ikat!.. heheheh...

Muka budak yang bangga dapat buat wind chimes sendiri.. Sebelum tu dok sedih sebab setnya tak de tali.  Mujurla si Misha buat tak kisah aje bila Ieqa guna talinya.  Tu yang Ieqa happy sangat..
Sementara ni kita update pasal benda² yang tak berkaitan dengan makanan lah ye.. Memang not in the mood nak bukak cerita fsl makanan bila terbayangkan nasib mangsa banjir.  Hanya doa ku titip supaya semua dipermudahkan Nya..





SERVICE TERAKHIR

Tuesday, December 23, 2014 0 comments
Last 2 weeks kami ke Bentong.  Biasalah.. periodic service for our car.  Kete cabuk tapi hantar ke service center tu wehhh.  Walaupun cabuk & tua usianya, memang jadi kesayangan sebab kereta ni tersangat selesa. So kami memang dah plan, kalau nak tkar kereta pun, Toyota jugaklah menjadi pilihan.  Kamipun dah biasa dengan pusat servis Toyota kat Bentong ni.
Nak pergi servis kereta bawak stok makanan?  Ini bukan makanan kami, tapi kulit² roti dari freezer yang kami simpan & akan disedekahkan kepada monyet² liar di kawasan perkampungan Orang Asli Gombak sana...  Nampak tu... Muffin bantat haritu bakal jadi sajian monyet juga!
 Selain dari servis kereta buat kali terakhir (kami dalam proses mencari pembeli, dah iklankan kat Mudah pun), kami juga ada tujuan lain ke sini. 

Punya lah lama melepak baru perasan kereta ada kat belakang sana...

Big boss tengah terbaring dengan muka samseng!

Tak larat lah nak dukung si gemuk ni... Mama combine dua kerusi & jadi baby cot untu Ila.. hehehe...(dulu Misha yang biasa tidur macam ni).


Sedih pula bila tengok kereta kami diservis kali terakhir ni... Nak simpan pun, membazir pula.  Saya memang tak suka driving, lagipun kami ada lagi sebiji kereta pasar yang hanya bergerak seminggu sekali.  Nak pakai pun, terlebih muatan pula... Siapalah bakal memiliki kereta kami ni ye..

Kembar tak seiras ni..

 On the way balik, kami melencong ke Janda Baik... ternampak sebuah dewan yang amat cantik ni...


 Sorry tak banyak gambar sebab saya malas nak keluar kereta.. Misha pula tak berseluar sebab terkencing masa tunggu turn nak masuk tandas... hehehe..

Maii..maii.. murah².. RM10,000 aje!! Any takers?

For details

TELUR IKAN

Monday, December 22, 2014 0 comments
Saya jarang sangat share lauk² yang biasa dimasak kat rumah kan?  Biasanya saya hanya share resepi² baru supaya senang jadi rujukan masa depan. Resepi² tu pula saya ambil dari blog² lain.  Tapi untuk memasak seharian, saya biasa masak benda² simple aje.  Memang tak beresepi sebab memasak ala campak² je.  Kali ni saya masak telur ikan, lauk favourite Baba & Tiha.  As usual, saya tukang perati aje, kalau makan pun kuahnya aje.  Tekak saya dengan ikan memang kurang serasi.. slowly tengah memaksa diri menerima ikan.  Rugi sangat rasanya kalau saya tak makan ikan... Setakat ni hanya 3 jenis ikan yang saya makan kembung, cencaru & pelaling aje..
Telur ikan.. kalau beli di pasar selayang, kena borong terus 3kg... Jadi saya sedekah separuh kat MIL. Telur ni kalau nak dimasak mestilah dicucuk² atau dipotong supaya tidak 'explode' dalam masakan tu nanti.  Kalau dah meletus, alamak habislah kuahnya menjadi jeli... Ini pengalaman saya semasa mula² try masak kari untuk hubby dulu.. hehehe...  
 Kali ni saya buat masak lemak cili padi aje.  Biasanya kari lah yang menjadi pilihan.  Boring la plak asyik buat kari telur ikan je kan...
Masak lemak cili padi telur ikan.  Saya hanya letak cili padi, kunyit, serai, daun kunyit dan semestinya santan memang wajib le kan.  

Sayur Bok Choy@Pak Choy jadi pilihan untuk hari ni (first time saya masak kat rumah ni).  Saya gu kan dengan sedikit udang.  Mula² nak buat Bok Choy dengan oyster sauce ala chinese style.. Last minute saya tukar fikiran..

Saya potong Bok Choy kecil² dan goreng kan macam biasa.  Rencahnya sama seperti kuah Bok Choy bersos tiram tu.  Saya just tumiskan garlic, masukkan udang, sos tiram, sedikit kicap cair & lada sulah.

Alhamdullah.. sedap rupanya Bok Choy digoreng macam ni.. Memang tak cukup kami makan.  Walhal bukan main banyak portionnya untuk kami makan berdua tu..
 Itu ajelah menu lunch kami.  Saya goreng juga ayam sebagai lauk ganti kepada diri snediri yang tak makan telur ikan.  Biasanya lauk untuk makan tengahari kami sekadar 2 atau 3 jenis aje. 

Sebelah malamnya....
Cek mek molek untuk dinner... Very unhealthy choice... :P
 Baki bancuhan keledek tu saya serahkan kepada Tiha & Ieqa uruskan.  Bila dah siap.. inilah hasilnya... Tugas Mama hanya bekukan & boleh digoreng dikala memerlukan...
Apsal kurang comel hasil tangan Tiha kali ni?  Dah lama tak gentel keria kot, tu yang dah hilang skil nya. 
Itu ajelah menu lunch & dinner kami untuk hari tu.  Memang teramat simple untu keluarga kecil macam kami ni.  :)


BIG BAD WOLF 2014

Friday, December 19, 2014 0 comments
Ingatkan tahun ni tak merasa lah saya ke Jualan buku Big Bad Wolf yang dah lama saya idam²kan tu.  Dalam rasa kecewa tu, tiba² suami WhatsApp...
Ye ke??? Bestnya.. bestnya!!!
 Malam tu juga saya ajak Suami ke sana! (which is malam semalam).  Kami keluar dari rumah jam 10.00 then berdinner di Sayed.  Then trus shoot ke Mines, Sungai Besi... On the way ke sana, Misha & Ila dah dibuai mimpi.  So bila sampai, Misha dok dalam stroller & Ila diletak dalam carrier..

Asst Mama malam ni.. Si Ieqa budak panik!  Hahaha.. Macam² gelaran dah budak ni dapat. 

Ieqa terkaget tengok limpahan buku.. Masa ni Tiha & Baba ke toilet..

Oh my... Buku Jamie Oliver ni RM3 aje??  Errkk.. murah benar! 
 Bila start membelek, Aduhhh.... banyaknya buku.. Murah! Tersangat murah!  Taste Mama & Baba sama je.. both dah tau apa buku yg kami akan enjoy.  Memang dok lawan sengih kat each other tengok buku² ni.
Mama beriringan dengan Baba membelek novel.. Tapi kesian pula Tiha dengan Ieqa keboringan tengok buku adult aje.. So saya bagi keizinan diorang pergi pilih buku kat bahagian kanak².
 Mula² saya pantau dari jauh aje.. tapi sekali angkat kepala, kena stare sana sini cari diorang.. 2,3 kali macam tu.. rasa bimbang pula.  Walaupun tak ramai orang, bimbang juga anak² hilang bila saya terleka nanti.  So.. tukar plan.. saya serahkan Baba cari buku bacaan untuk kami & saya follow anak² cari bacaan diorang.
Bestkan???

Kalo korang rasa seram tak nampak patung ni??  Kalau stare dekat² mmg creepy wehh... (Ieqa lari jauh² bila Mama suruh dia bergambar sekali.. hehehe)..
 Haa.. tu aje gambar kat sana.  Kusyuk sangat membelek buku sampai tak sempat nak bergambar sakan.  Cuma satu je nak inform.. buku² kat sini memang untuk bacaan ringan aje.  Takdelah buku rujukan or latihan sekolah semua tu.  Saya ingatkan semua jenis buku ada tu yang siap plan nak beli buku latihan Tiha.. hehehe.  Buku BM pun very limited... Frust juga la sbb saya ingat nak borong buku bacaan BM untuk Tiha. 

Dalam pada tu, punya syok layan buku.. sedar tak sedar dah pukul 4.00 pagi!  Tiha dgn Ieqa pun sama ralit tu yang langsung tak mengantuk.  IKutkan hati, memang tak habis lagi membelek... tapi kesian juga kat budak² ni.. Kang ada yang tetido atas timbunan buku plak. 

Dah keluar tu, Baba ajak makan... Tiha pun laju je cakap lapar.  Budak bela hantu raya la kataan..

Haa.. si kenit ni pon excited tengok buku.. dia tak tido pon tau.. Mama naik stress tengok dia terkinja² dalam carrier.  Time bergerak balik ni si Misha dah terjaga.. so segar bugarla dia sebab dah tido lama.  Si Tiha & Ieqa dah mula rasa mengantuk, tapi tetap berjaya makan dengan banyaknya.  Sampai rumah segar semula!  Dah pukul 5.00a.m pun!  
Esoknya...
Hasil borongan semalam... Beratttt!!  Memang tersiksa Baba heret buku² ni sambil carry baby.  Saya memang langsung tak larat nak angkat sebab bukunya berkulit tebal...
 Meh saya share antara buku² yang kami beli... Jangan terkejut tengok harganya tu...
Ingatkan nak penuhkan koleksi Harry Potter saya (dulu saya print dari internet aje sebab nak jimat).. Tapi dah sold out.  Saya tau buku ni gereti akan jadi favourite Tiha jugak suatu hari nanti ni.  Jadi biar Mama carikan siap²...hehehe.. Tapi yang ini aje ada.. RM8 harganya.  Murahkan???

Impian nak kumpul buku Sir Arthur Conan Doyle pun tak tercapai coz yang ni je yang ada!  Dalam koleksi saya banyak yang BM, entah kenapa dulu² saya takde jumpa versi Bahasa Inggeris.  Saya peminat tegar penulisan Sir Arthur ni... Berkali² ulang pun tak jemu.
 Buku budak berkulit tebal macam ni RM3.00 aje!  Mana tak sawan menengoknya..

Buku baby Ila..
Sebahagian dari buku² Mama.. Sejak meningkat usia ni saya suka baca buku pasal medical/health... Novel² dah kurang.  Tapi saya memang dah tak membeli buku sejak boleh bergoogle ni.. baca online aje, sambil breastfeed or dalam gelap pun boleh membaca.  Tapi sebab murah.. cannot help it lah!  Dahla buku² ni nampak menarik sangat... 


Nak cari Sidney Sheldon.. Juga takde!  Uwwaaa.. pergi last² day mcm ni lah kan.. Jadi try ajelah buku Micheal Dobbs ni.  Hubby yang pilih, dia ckp gaya penulisan ala² Sidney Sheldon..
 Buku bawah ni nampak best sangat!!!  For RM3 memang sangat² berbaloi
 
 Haa... ni semua hasil borongan semalam...
Buku anak².. yang tebal² tu Harry Potter, Tom Sawyer & Huckleberry Fin...

Ni buku Mama & Baba.. Buku fasal health/medical tu untuk Mama aje sbb bukan keminatan Baba. 

Saya belikan juga untuk Adik di Kuantan...
Belum pun masuk tahun baru, kami dah berangan nak pergi lagi BBW sales ni untuk tahun² akan datang.. Kali nii kami nak bawak trolley!!! Mujur juga kali ni budget tak banyak (in fact memang takde dalam budget pun).. Tu yang banyak kami cancel.. Buku² Tiha & Ieqa pun kami dah tapis sakan.  Kalau diborong semua, memang Baba pun tak larat nak angkut nanti.. heheheh... Semoga panjang umur murah rezeki tahun depan, bolehlah beli untuk sepupu² lain pula.. Amin...