TEMAN BARU

Tuesday, July 30, 2013 1 comments
Awal Ramadhan baru² ni bertambah ahli baru di ruang dapur kecik ku itu.  Termos elektrik Panasonic ni dibeli sbb senang sikit bila bangun sahur.  Mostly kalo terbabas tido... heheeh... xde la kelam kabut nak tunggu air panas.  Dah lama pun ada terfikir nak beli, tapi dulu rasa still ok without it.

Ramadhan kali ni beli le jugak, kebetulan tengah offer & redeem point, jadi tak bayar pun.. :)... Saya suka redeem point credit card kat Senheng sbb value lagi tinggi kalau redeem dari katalog or cash dari bank.  Dah lama saya membeli barang letrik without paying cash.. hehehehe... (tapi bil letriknya tetap kena bayar cash kan & surely keep increasing !... (sigghh)...


CREME CARAMEL

Thursday, July 25, 2013 0 comments
Dah ready dihidang untuk berbuka... makan seketul pun dah cukup.  Saya buat dapat 9... hari ni sah kami akan ulang makan....
Ini percubaan kali kedua,  yang pertama tu memang menjadi tapi takde gambar so takde la resepinya kat sini.  Semalam masa buat, nasib baikle sempat ambik gambar lebih kurang.  Creme Caramel ni dessert orang Perancis.. alaa.. lebih kurang aje macam puding karamel kita tu.  Tapi saya lagi suka style macam ni coz resepinya tidak menggunakan banyak telur & combination dengan essen vanila tu menghasilkan bau yg harum & menaikkan selera.

Resepi ni diambil dari Martha Stewart.com (tukang masaknya & resepinya dari Sarah Carey).  Nak tengok video pembuatannya, boleh klik sini  

INGREDIENTS

1 1/2 cups sugar, divided
3 cups whole milk
2 large eggs plus 3 large egg yolks
1/8 teaspoon fine salt
2 teaspoons pure vanilla extract

DIRECTIONS

STEP 1
Preheat oven to 325 degrees. Place eight 4-ounce ramekins in a large roasting pan. Add 4 tablespoons water to a small pot. Add 1 cup sugar and stir to dissolve. Cook over medium-high, swirling occasionally, until caramel begins to turn amber, 6 to 8 minutes. Working quickly, divide caramel between ramekins, swirling ramekins to coat bottoms evenly, set aside.

STEP 2
In a medium pot, heat milk over medium until hot, but not boiling. In a medium bowl whisk together whole eggs and yolks, salt, and remaining 1/2 cup sugar. While whisking, ladle some milk into the egg mixture. Whisk in remaining milk, one ladle at a time. Strain through a fine sieve into a large liquid measuring cup, and stir in vanilla. Divide custard evenly among ramekins.

STEP 3
Transfer roasting pan to oven. Add enough boiling water to come halfway up the sides of the ramekins. Bake until custards are just set, about 35 minutes.

STEP 4
With tongs, remove ramekins from hot water and let cool slightly. Cover and refrigerate until cold, at least 3 hours (or up to 3 days). To unmold, run a sharp knife around inside of each ramekins and invert onto a serving plate, gently shaking to release.
Caramel dah siap masuk dalam ramekin, buat bahagian custard pulak... Senang aje, combine 1/2cup sugar, garam, telur & gaul rata (jangan pukul kuat², setakat gaul rata aje).

Masa tengah menggaul tu, panaskan susu.  Susu kalau dipanaskan jangan sampai mendidih terus, nanti meruap.  Perhatikan tepi susu tu, kalau keluar bubble² halus, kira dah okle tu.  Combine dengan telur tadi sedikit demi sedikit sambil kacau rata.. (jangan humban terus ye, kang masak plak telur tu... )

Tapis masuk dalam ramekin & transfer dalam loyang untuk dibakar
Tapi malang tak diduga, custard tu tak jugak set walaupun dah 20 minit saya tambah masa (masa first time buat dulu camtu jugak).  Saya syak waterbath method saya tak menjadi kot (dah banyak kali saya guna teknik ni & fail)....

Jadi saya panaskan kukusan, kukus selama 20 minit macam tu.  Memang cantik sangat hasilnya.  Last time pun saya terpaksa kukus sbb waterbath method saya tak menjadi jugak...  Puas dah saya refer sana-sini so far masih tak tau apa yg tak kena.  Phobia jugakle sbb asyik tak menjadi.  Nak kata resepi tak betul, bila dikukus elok aje kuih tu beku... hmmpphh...

Dah siap dikukus... cantikkan hasilnya?  Lagi cantik & stabil dari puding karamel.  Rasanya pun lagi ummpphh... (ikut citarasa saya lee..)

Okla.. nak bersiap ke Bagus plak... Tata....


KUE TEOW AJE

1 comments
Sorry eekk... malas sangat (tak sempat pun ye jugak) nak ambik gambar menu berbuka.  Maklumle saya ni suka memasak last minute,  by the time makanan siap, terus bkejar² nak hidang plak.  Memang dah tabiat cenggitu (saya suka makan masakan yg baru dimasak / panas², itula pasalnya)...

So saya tayang aje mana² makanan yg berjaya masuk dalam hp ku ini... :)

Kue teow kali ni simple tapi sedap sangat.  Thanks to Kak Jee coz share cara masak kue teow yang sedap macam ni.  Caranya mudah aje, tumis bawang putih, masukkan bebola, daging or udang then kacau² skjp.  Pecahkan telur, masak sampai garing kemudian terus masukkan kue teow.  Time ni renjiskan kicap manis & sos ikan, tambah sedikit sambal bilis.  Gaul rata, siap!

Cara masak macam ni definitely akan jadi teknik terkini saya untuk buat kue teow.  Kalau buat rencah siap² kadang² terlembik le, terlebih rasa le... (org masak hentam keromo, paham² aje la)...

Esok nak keluar shopping sikit setelah berhibernate dalam rumah sepanjang Ramadhan... lama² tak keluar menyopping boleh jadi lupa diri ni... heheheh...

JUSCO SETIAWANGSA

Sunday, July 21, 2013 0 comments
Dekat² nak puasa aritu sibuk mencari barang² untuk gerai bazar Ramadhan.  Ada a few barang aje pun yang nak tak lengkap, jadi malaslah nak ke Chow Kit.  Mula² kami layan dulu Jusco Setiawangsa sebab nak ke MR DIY.. kalau semua barang boleh jumpa kat sini... beli aje... 

Sebelum tu, pegi foodcourt dulu makan².  Tak ambik pun gambar, ala makanan biasa kami order kat sini Set Nasi Lala & Sotong untuk suami, Sizzling Yee Mee untuk Tiha & saya pula try Kue Teow Ladna.  Makanan kat sini acceptable la jugak tapi harganya of course le lebih mahal dari kat luar nun.  

Masa nak ke Mr DIY tu lalu la kat tengah² Jusco,  Si Tiha sibuk suruh ambikkan gambar.  Hhmm.. layan je la... Haa.. ini gambarnya... (ambik syarat je pun time snap tu... hehehe)...
Lepas pusing² sekitar Mr DIY ada la a few barang saya rembat.  Then beli Donut Big Apple.  Saya pun dah lupa nama² donutnya tapi macam biasa pilihan Ieqa menjurus ke coklat, Tiha pula suka yg sugar /icing & saya pula beralmond, Suami plak layan yg nutty or coffee flavour.. Misha pula, Hmmm.. semua dia telan!!
Snap gambar kotak je sbb donutnya dah licin.. mukakaka... 
Dah halau kanak² ribena masuk tido, Mamanya bawak keluar barang² yg diangkut kat MR DIY tadi.
Pink container untuk freezer, span basuh pinggan, cekak rambut for te girls, getah kain,  sepit & tali (untuk saddle bag motor suamiku)... 
Nak cerita pasal sepit yg kiut sangat ni... Mula² saya pesan suami suruh tengokkan sepit yg kecik, tapi dia kata takde (dia ingat saya nak clothpeg yg kecik).  Then saya ajak dia cari kat bahagian hair accessories.. still takde yg sesuai.  Masa saya masih membelek sana-sini, suami datang bawak sepit yg amat kiut ni.  Sukanyaaaa.. exactly macam yg saya nak.

Rupanya dia jumpa dekat bahagian stationery.  Banyak sangat sepit²/klip cantik ada kat sini.  Rambang mata sangat.  Tapi saya paling berkenan dengan design ni.. :)
Sepit yang dicari².... untuk..... jeng..jeng..jeng....

Saya nak sepit semua koleksi stokin yang kiut miut kat rumah ni.  Maklumle.. saiz stokin yg tecik tu memang susah nak cari pasangannya... Tiapkali nak pakai, manjang je jumpa sebelah.  Tambah² si Misha suka sangat tabur socks keliling rumah... bila nak basuh, sebelah aje ada.  
So sekarang semua stokin yg kecil saya sepitkan & susun dekat almari.  Kalau ada a few yg takde geng, saya sepitkan je dulu, bila jumpa geng baru saya arrange semula.  Fuhh... selesai masalah nak arrange stokin budak² ni.  Kalau stokin yang besar, saya gulungkan sepasang sekaligus, jadi confirmlah tak terasing tapi stokin yg kecik² ni yang susah.  Haa.. pasni saya nak korek kotak² baju baby sbb nak sepit stok booties & mitten yg ada dalam tu.  

Saya tambah lagi 3 set bekas ni sbb nak seragamkan susunan peti.. tapi...
Pink container tu saya suka sangat sbb betul² fit in bahagian pintu freezer saya.  Jadi langsung tak bazirkan ruang.  Malangnya lepas ditambah 3 bekas baru tu, freezer saya mula berpeluh.  Lepas jenuh saya membelek, memang nyata, container tu lah puncanya.  Rupa²nya tombol tempat buat ais sedikit terkeluar.  Jadi pintu freezer tak boleh tertutup rapat  coz tombol pemusing ais dengan bekas ni berlaga.  So.. terpaksalah saya keluarkan balik 2 bekas tu.  Frustnyaa...

Arini takde gambar makanan sbb semalam takde snap pun masakan.  Saya buat pasta Aglio Olio (utk kanak²), nasi goreng dengan ikan cencaru sambal aje (untuk Mama Baba).  Pemanis mulut saya layan puding jagung yg masih berbaki sedikit lagi.  Simple aje kan menu berbuka kami?


PUDING JAGUNG & KUIH KASTURI

Saturday, July 20, 2013 0 comments
Semalam kami berbuka di rumah Mertua.  Khamis sebelum tu dah menempel kat sana, then dapat tau Adik Ipar dari Miri nak turun KL so Friday tu cancel balik kampung trip ke Jengka.  Sekali lagi kami bertandang ke rumah Mertua.  Biasanya tiapkali bertandang saya akan bawak kuih (tapi kalau tengah malas, bawak badan aje, nanti kat sana baru le tolong masak).. hehehe... 

Asalnya nak bawak puding jagung & kuih kasturi.  Inti kacang hijau memang dah lama sangat dibekukan.  Suami saya kurang suka kuih ni, tu yg agak keberatan nak buat.  Tapi lepas buat puding jagung, rasa macam tak jadi plak nak buat kuih kasturi tu.  Bimbang aje tak termakan nanti.


Puding jagung yang pernah menjadi favourite ku... nak resepi ada kat entry ni ye.. 
Puding ni saya memang tak buat kalau kat rumah ni, sbb saya dah muak & anak² saya memang makan sikit aje kuih² macam ni.  Biasanya menjadi buah tangan aje sbb senang sangat dibuat... hehehe.. tak sampai 1/2 jam pun siap!  Then hasilnya memang best.. :).  

Inti kacang hijau tu awal² lagi saya dah keluarkan dari freezer.  Ni gara² masa simpan dulu saya sumbat terus semuanya sebekas, jadi kalau nak guna kena cairkan sepenuhnya dulu.  Alang² inti tu dah lembut elok, saya bentukkan supaya senang kalau nak guna lepas ni.  Terus boleh celup tepung & goreng aje.

Inti kacang hijau yang dah dibentukkan akan saya bekukan sekejap sebelum simpan dalam bekas.

Malam lepas balik dari rumah Mertua baru teringat inti yg tengah dibekukan.  Saya keluarkan & susun dalam bekas sebelum disimpan beku semula....
Saya suka sangat buat projek² membeku macam ni sbb saya tau, kalau tengah letih or takde idea nak masak, dah ada backup dalam peti.  Kalau ada tetamu datang, soheh dah kena layan kuih kasturi ni... hehehehehe... Untuk resepinya boleh rujuk kat sini eekk..


DAUN PISANG

Friday, July 19, 2013 2 comments
Masa awal² buat pulut udang, bab yang paling malas is melayur daun pisang... aayyooo.. banyaknya nak kena layur.  Piece by piece... boleh pengsan!  Dahle kejap² tangan kena sambar api... hehehe.. maklumle, nak ekspres.....

Pastu saya cakap kat suami,  apa kata kita try guna microwave... ye la melayur tu untuk layukan daun supaya senang dibentuk.  Why not kita sumbat aje dlm microwave kan... hehehehe... 

Saya ambik seikat, sumbat dalam microwave then set for 3 minutes... 
Uiisshh... jimat banyak masa sbb menjadi jugak teknik ni.  Walaupun tak secun rupa layur atas dapur, still praktikal coz daun jadi lembut & tak patah bila digulung.  Tapi lepas² tu saya tukar taktik, saya gunting dulu then baru masuk microwave.  Kiranya mana² pun boleh, tapi saya lagi suka cara no. 2 tu kot.

So.. kalau sapa² nak buat kuih² membungkus dalam kuantiti yg banyak bolehla try.  Tapi try la set 1-2 minit dulu sbb kalau terlebih set, daun tu jadi berkedut² plak.  Pandai² le adjust eekk...



LAUNDRY BALL

2 comments
Pernah pegi Mr DIY tak?  Ini le antara penyebab saya ke Jusco Setiawangsa... sronok membelek barang kat sana.  Harganya pun lagi murah dari tempat² lain.  Dah banyak barang saya rembat kat sini.  Haaa.. kat bawah ni salah satu darinya.  Memang useful utk orang yg malas handwash macam saya.  

Ball ni dibeli sbb tak nak rosakkan bra² besi ku.  Selain dari tudng² yg ada awning... hehehe... Jadi saya boleh campurkan bra/tudung yg dah masuk dalam ball ni dalam cucian mesin biasa... tadaaaa.... 

Takde la special sangat.. tapi memudahkan kerja saya... :)


Kat dalam ball ni ada lagi satu ball kecik, tapi saya jarang guna ball kecik ni sbb saya sumbat bra up to 3 helai tiapkali basuh.. :)

Oh ye.. harganya RM7.50.  Mula² tu terfikir² jugak nak rembat ke tak.  Bimbang tak praktikal mana.. tapi lepas beli memang puas ati... okaylah.. berbaloi saya tabur RM7.50 kat Mr DIY tu... ;) ..






CHICKEN WINGS

Thursday, July 18, 2013 0 comments
Stok chicken wings dalam freezer akan berakhir juga di Ramadhan ni.  Dah lama beli tapi tak terbuat.  Baru² ni beli Potato (saya suka yg US tu , Idaho or Russet), jadi memang sesuai le masak western plak.

Saya gunting bahagian hujung kepak & simpan untuk kegunaan lain (direbus jadikan stok ayam).  Bersihkan bahagian kepak tu, cabut segala bulu yg ada & keringkan.  Kalau tak betul² kering nanti bahan perapan berair je...

Bahan perapan chicken wings ni senang sangat.. saya combine semua sos yg ada dalam rumah.. hehehe... Kali ni saya letak sos tomato, sos cili, kicap ABC, sos tiram, sos blackpepper, L&P (Worcestershire), mustard serta HONEY.  Oh ye, saya tumbuk sedikit garlic & halia juga (halia tu jgn byk sangat,  1 sudu kecil pun cukup).  Yang penting bahan perapan tu mesti ada kombinasi, masin, manis & masam.  Boleh renjiskan sedikit garam jika suka. HONEY tu pulak bagi kesan kilatan & rasa manis² ala BBQ tu.  Kalau takde honey boleh ganti dengan gula...

Lepas diperap (at least sejam), pindahkan ke dalam loyang untuk dibakar... Saya siramkan lebihkan perapan atas kepak ayam ni

Dah siap.. saya preheat oven pada 200c & bakar hampir sejam untuk 10pcs kepak ni.  Bakar sampai nampak kesan terbakar atas kepak tu baru best.  Airnya dikeluarkan dari loyang ketika kepak hampir masak, jadi takle kepak tu rasa 'kembang' sbb terendam dalam air... 

Dihidangkan dengan whipped potato & honey mustard salad.  Gravy untuk whipped potato saya gunakan air lebihan perapan dari loyang (saya tuangkan dalam periuk ketika air tengah banyak & sambung bakar).  Masak atas api sambil topup apa yg perlu (garam, blackpepper, stok ayam, tepung jagung dll).  
Frankly rasanya sedap sangat.. macam BBQ chicken & honey tu really menaikkan rasa kepak ni...


HONEY MUSTARD SALAD DRESSING

Wednesday, July 17, 2013 2 comments
Lepas lebih seminggu puasa baru semalam saya buat western.  Lagipun dah lama chicken wings terperam dalam freezer.  Teringat Tiha suka sangat chicken wings, menu berbuka kena ambil kira selera dia sbb dia dah mula puasa.  So biar dia excited sikit tiap kali berbuka ada makanan favourite dia.  

Selain nak perabis stok kepak,  lettuce dalam peti pun dah lama sangat tersimpan dalam peti.  Cara paling mudah nak perabis sayur ni, kenalah buat salad.  Tapi thousand island plak takde,  kalau biasa saya campurkan mayonis dgn sos aje (cara mudah buat thousand island) tapi kali ni saya nak try dressing cara lain sikit.

Resepi ni saya jumpa di Allrecipes,  Honey Mustard ni memang favourite saya kalau ke Subway.  Kalau resepi ni menjadi, bolehlah saya jadikan sos dalam sandwich plak.  Cara nak buat senang aje...

Bahan - 1/4 cawan mayonis, 1 sudu besar (sb) mustard, 1 sb madu & 1/2 sb perahan lemon.  Gaulkan semuanya & simpan dalam peti.  Macam biasa saya tak sukat pun, main agak² aje.... 

Time nak makan baru saya keluarkan bahan salad - lettuce, tomato ceri & carrot (ini aje sayur yg ada).

Kemudian gaul la dengan prepared dressing (honey mustard) tadi.  Memang Yummy lah!!  Hoorayy.. suka sangat dapat belajar buat dressing yang sedap & senang
Ada banyak sebab saya suka sangat dengan resepi ni antaranya - dalam peti ada almost 1 kg stok mayonis yg nak kena perabis!,  Mustard pun ada & amat jarang diguna kecuali bila makan hotdog or certain sandwiches & Lemon pon selalu aje terperam lama... jadi resepi ni amatlah praktikal untuk saya!

Jadi tak perlulah saya beli thousand island lagi lepas ni... :)


MAC & CHEESE SHORTCUT (FOR THE KIDS)...

Tuesday, July 16, 2013 2 comments
Jelousnya tengok blogger² lain rancak update blog masing² dengan menu berbuka & biskut raya.  Bulan puasa kali ni memang saya kepenatan sikit sbb melayan pulut udang untuk bazar Ramadhan.  Walaupun tiap² hari masak & tidak membeli pun juadah luar, tapi kemalasan nak snap gambar.  Lagipun menu simple aje.  Tiapkali Ramadhan saya hanya sediakan 1 menu ringan (kuih) & 1 menu berat (nasi, pasta, mee dll).  

Sejak kawen boleh kira dengan jari je berapa kali kami keluar membeli makanan walaupun waktu saya bekerja dulu.  Biarlah simple pun, janji puas hati & tak perlu berebut² di bazaar nun... hehehee.. 

Tapi bila ada anak² kecik, kena sediakan makanan jugak untuk diorang macam biasa.  Aiyaakk... makin banyak kerjanya.  Dahla kanak² rumah ni jenis memilih sikit,  jadi takleh la bagi diorang makan leftover hari sebelumnya.  

Tengahari tadi, saya kebuntuan nak bagi makan apa.  Hari ni saya ingat nak berbuka dengan kuih bronok / sagu semalam yg still banyak dalam peti & menu berat saya nak sediakan chicken wings, salad & whipped potato aje.  Jadi kemungkinan la kanak² ni tak nak makan nanti.  Chicken wing ni favourite Kak Tiha aje.. Jadi Mama sediakan menu ringkas ni untu Ieqa & Misha (pastinya Kak Tiha sibuk nak jugak).  

Namanya macam gempak aje, tapi resepinya langsung tak mencabar tau.  Kalau tak caya cuba u all try... frankly saya kurang suka pun rasanya yg plain.  Tapi untuk kanak².. hhmmm.. memang licin diorang balun.

Rebuskan pasta dengan sedikit garam sampai lembut

Toskan & pindahkan dalam bekas tahan panas.  Gaulkan dengan dengan sedikit butter & cheese.  Renjiskan juga dengan blackpepper.. siap!!! 
Butter & cheese tu akan cair once terkena macaroni yang panas tu.  Jadi gaul je la rata².  Kalau guna parmesan pon best.  Ini ikut tekak budak² ni la... Mama lagi suka hati sebab senang kerja!!



SALAM RAMADHAN

Thursday, July 11, 2013 4 comments
Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang berpuasa... Yang tak puasa tu syohh jauh².. hehehe..

Dah nak masuk hari ketiga, baru nak greet salam Ramadhan.. ketinggalan keretapi betul la kan... Actually Ramadhan kali ni kami suami isteri (ececeh...) bertungkus lumus buat projek membungkus... hehehe... Pendek kata start dari lepas sahur sampai le tengahari,  baru le siap projek bungkus-membungkus.

Alhamdulillah... sambutan untuk menu baru amat menggalakkan.. sesilap haribulan,  we all berdua tak sempat nak buat ikut demand.  So far by 5.30 semua makanan dah hampir habis.  Nampaknya kami kena makin ligat menaikkan volume barangan jualan.

Hot stuff kat gerai kami ialah cucur udang... memang q panjang le kalau nak membeli.  Then tahun ni baru start intro pulut udang.  Pulut udang ni la yang buat kami laki bini tak cukup tido sbb demand yang makin meningkat saban hari.  Apa pun syukur kepadaNya yang mendatangkan rezeki dengan pelbagai cara & tanpa disangka...

Oklah.. nak rest dah.. 4.30a.m. dah kena start punch card kat dapur... niteee...

JOM MANDI

Tuesday, July 9, 2013 0 comments
Hari ni baby Misha 'membuang' awal, jadi awal la jugak Mama kasi mandi.  Kalau tak tunggu dia 'uukk' dulu, elok je tukar diapers, terbau plak haruman ajaib.. hehehe... 

Kakak² semua dah pandai mandi sendiri, dia pon dah mula tak nak dimandikan.  Kalau Mama kata jom take bath,  laju je dia datang & angkat tangan suruh bukak baju.  Dah takde baju, terus berlari masuk bilik air & request buka kan air.  Dan inilah gayanya budak 15 bulan mandi sendiri.. heheheh...  

Tepuk² stomach & apa yg patut ditepuk..

Basahkan kepala

Berpusing² 360 darjah sampai pening...

 Lompat² sambil jerit²

Tadah air

Ehh.. belum sabun... Japp Mama sabunkan...

Bilas shampoo... 

Ratakan air seluruh badan...

Bilas lagi sampai puas hati.

Ok.. bilasan terakhir sebelum gosok gigi & kena hambat keluar dengan Mama.. 
Macam ini la rupanya baby Misha mandi.  Mama pantau & tolong syampu, sabun & brush teeth aje.  :)


MID VALLEY

Monday, July 8, 2013 2 comments
Aktiviti santai di hari Jumaat.  Semalam melencong ke Mid Valley lepas menyelesaikan urusan kat Cafe.  Jarang sekali saya ke cafe sekarang ni kecuali jika ada masakan baru nak diajar atau ada hal penting perlu dibincangkan dengan staf.  

Since Kina Cafe letaknya amatlah berdekatan dengan Mid Valley, jadi di sini lah destinasi berjalan² kami kali ni.  Bukan ada plan nak beli apa pun, window shopping pun tak.  Berjalan sambil melayan budak² ni aje.  Then dinner kat Subway.  Saya ni kalau ke Shopping Complex memang dilemma sikit bab makan coz saya kurang suka Fast Food.  

Lepas makan we all just round² & budak² ni pastinya nak layan lampu² kat luar Mid Valley tu... Dari kecik lagi, ni memang favourite spot Tiha.... Biasanya Mama & Baba lepak kat tepi sambil layan Coffee & budak² lak Mama suapkan pretzel... Jadi sambil Mama & Baba lepak2, diorg akan ke sana-sini sbb dok ulang alik nganga mulut mintak suap...hehehe..

Tapi kali ni still kekenyangan, so skip coffee & pretzel.. :)  

Ieqa dah phobia dgn batu besar coz penah tertonggeng sekali.. budak clumsy mcm tu la.  

Suka betul budak kecik ni siap tepuk² tangan lagi... hehehe...


Tengok tu.. kalau dilepas, mmg jenuh nak tangkap... laju je lari.  Tak padan dgn kecik!!!  
Ieqa je duduk dgn penuh sopan-santun, kalau boleh nak peluk batu tu kuat² sbb takut jatuh... kuang..kuang.. Padan muka! 



Budak kecik ni tak pernah rasa jatuh dr sini lagi.. tu yg eksen tak nak Baba pegang... 
Itu aje la aktiviti Jumaat lepas.  Nanti masuk puasa we all akan ber hibernate kat rumah aje.  Kalau keluar pon pegi Bagus beli barang.  Baju raya dah ada sorang 2 lai.. cukupla tu kot..  Kasut takyah la.. semua boleh pakai lagi.. hehehe...


ROTI GULUNG BERSOSEJ RANGUP

Friday, July 5, 2013 2 comments
Mari kita tengok sessi membuat roti gulung bersama Tiha & Ieqa.  Roti gulung ni dah lama Mama tengok staff tempat kerja Mama dulu buat.  Tapi dah lebih 10 tahun, sekarang baru Mama tergerak nak buat.  Senang aje & Mama pasti budak² akan suka.  Since keje senang, Mama bagi dua budak kecik ni aje handle.

Dalam minggu lepas, Mama keluarkan baki sosej dari freezer (6 pcs) then panggil Tiha & Ieqa.  Tugas Ieqa menggelek roti guna pencanai & tugas tiha menggulung roti dengan sosej.  Roti tu dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum & air sebagai gam.  Mama plak sibuk menggulung roti sambal.  Yang sambal takleh bagi they all handle, nanti messy!!

Dah siap, Mama bekukan semuanya.  Takleh lagi nak masak aritu sbb untuk dinner dah ada makanan lain... hehehe... So this week Mama kehabisan idea nak makan untuk dinner.  Mama pun keluarkan Roti gulung sosej & sambal dari freezer.  

Roti yang digulung bersama sosej, bersedia untuk digoreng.  Boleh tahan kemas kerja budak 2 orang ni.  Roti tu Mama suruh diorang gelek dulu supaya tak patah/pecah ketika digulung.  

Bahan² saduran luar, telur & breadcrumbs.  Kalau takde breadcrumbs boleh blend apa² biskut yg ada kat rumah atau guna oats, nestum, roti kering etc... Kalau ada baki roti expired pun boleh.  Toast /bakar sampai kering & kisar.

Pukul sikit telur, celup roti sosej.  Kemudian gelekkan dalam breadcrumbs.  Ieqa tukang celup telur, Tiha pula sadurkan roti.  Roti sambal Mama buat salutan lain (bancuhan telur dan tepung mcm resepi lama)

Dah siap pun tugas Ieqa, Kak Tiha tengah siapkan roti yg terakhir.  Baki telur Mama campur sedikit tepung & air untuk sadur roti sambal pulak

Ok.. sudah siap dinner malam ni.  Sungguh rangup roti sosej tu.  Bukan main suka kanak² ribena ni makan.  Tiha makan dengan blackpepper sauce & Ieqa cicah dengan ketchup.  

Roti sosej ada baki 2, roti sambal pula berbaki 1 yang tak habis dimakan.  Masuk peti, esoknya Mama grill untuk rangupkan semula & dijadikan bekal Tiha ke sekolah.  Roti sambal Mama buat breakfast,  tapi baby jerit² nak, terpaksa beralah.  Dengan selamba badak Misha makan roti sambal.... kadang² tersedak sbb pedas.. hahaha... tapi makan tetap makan.  Adoi laa...

Lepas ni kalau nak buat maybe Mama nak adjust sikit, nak tambah sikit pepper dalam bancuhan telur & picit mayonis dalam gulungan roti sosej tu... :)