PAGAR BUAT SI BUAS

Saturday, August 17, 2013
Rekaan terkini lagi sensasi dari suamiku buat baby notti kesayangan.  Hujung² Ramadhan jualan di Bazar semakin slow, jadi Mr H ada masa la sikit nak memikirkan masalah balkoni yang tak selamat untuk si Misha.

Walaupun balkoni dah ada grill, tapi budak kecik tak makan saman ni masih boleh keluarkan kepala & hulurkan kaki dari situ.   Bimbang aje dia bole terjatuh or tersangkut kat celah ni.  Sebenarnya ada aje screen nyamuk menutupi sliding door, tapi habis dikoyaknya untuk dijadikan laluan.  Terkejut badak Mama & Baba tengok skrin nyamuk tu rabak dikerjakan Misha.  Lubang tu jadi laluan dia keluar masuk balkoni.

Jadi memang susahla nak pantau kalau² dia 'terlepas' keluar nanti.  Tu belum lagi dia dah mula ada habit buang barang dari balkoni.  Banyak kali dah Mama tangkap dia tgh hulur remote tv utk dibuang.  Selipar & hanger Mama selalu dah jumpa kat bawah tu.

Since ada net yg lama terbeli (kononnya nak cover tepi cafe elak silau).  Babanya kerat² & ikat pada gril balkoni.  Si Tiha tukang potong tali.  Separuh hari jugakla nak siapkan bendalah ni.  Nasib baik lepas siap takde la uduh beno rupanya... utuh & kukuh lagi!!  Dah berapa kali Misha try tunjal² dengan kepala & badan, tarik² tapi still tak jadi pape.

Sekarang ni dia dah tak berusaha untuk koyak lagi dah.  Dah terima hakikat hasil kerja Baba ni memang kukuh kot... heheheh...


Net hitam yang jadi safety net untuk baby notti.  Ala.. net yang nursery bunga pakai buat cover semaian tu... 

Haaa.. ni basikal Le Run Limited Edition my husband tahun 80an dulu  (No handle ).  My husband ambik dari umah Maknya konon nak baik pulih.  Tapi sampai sekarang tersadai... merimaskan betul... 


Sekarang ni dah tak bimbang si baby main kat balkoni... ada kandang beb!!!

2 comments:

{ akmaL } at: August 18, 2013 at 8:15 PM said...

kreatif jugak cara ni..boleh guna cara ni suatu hari nanti :)

{ Kina } at: August 19, 2013 at 10:42 AM said...

bley..bley... silakan... hehehe

Post a Comment