Saja gatal tangan sbb nak perabis white chocolate.... Ni balance yang dah dimakan & diagih kat orang.. bakal disimpan dalam peti... :) |
Dah 8 tahun kawen tapi tak pernah lagi saya terajin buat anniversary kek. Saya ni dengan kek memang malas sikit then skill pun tak berapa bagus tu yang menambahkan malasnya tu. Anak² plak bukan kaki makan benda² macam ni sangat...
Tapi Anniversary kali ni saya nak try jugak spend masa sikit buat kek untuk husband. Tambah² a day before that we all kononnya pergi lunch di Coffe Bean (Lunch @ 5pm!) ... Memang pelik bunyinya sbb sini bukan tempat untuk lunch kan.. tapi entah kenapa saja gatal nak makan kat sana. We all really love salad kat sini... but semuanya turn out tak ok sangat... I mean dengan amount yang we all spent & dengan anak² yg tak nak jamah makanan & air, memang tak worth it!!
Kek ni pun sbb nak cover balik kisah luka semalam & permintaan anak² yang nak kek tapi tak dipenuhi masa kat Coffee Bean tu (tak nak spend duit lagi dah sbb air & makanan diorang langsung tak luak...). Diorang ni sibuk request kek tu pun sbb nampak cantik, bukan sebab nak makan sangat pun.
Tapi kena belek resepi yang menggunakan bahan yang ada kat rumah sajalah. Lepas ku belek² jumpalah resepi Red Devil cake yang nampak mengancam tapi senang nak buat... hehehe.. Toppingnya pulak saya nak try macam resepi Kak Ita dalam resepi Devil's Food Chocolate. Buat 2 layer topping, cream cheese & chocolate... macam sedap je kan...
Resepi Red Devil Cake ni saya ambik dari blok CikMat (asalnya cupcakes)
1 cawan susu soya (mat guna susu segar)
1 camca teh "cider vinegar" = cuka epal
1 1/4 cawan tepung gandum*
2 camca besar serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan gaul rata)
1 cawan gula halus (mat kurang kan 2 camca besar)
1/3 cawan minya canola (mat guna minyak jagung)
1 camca besar pewarna makanan merah
1 camca teh coklat emulco
2 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh esen badam (tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan susu dengan cuka epal, ketepikan dan biar sampai mendadih (jadi seakan yogurt), teknik ini penting untuk tindak balas soda bicarbonate.
Dalam satu bekas, satukan gula, minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanilla, esen badam (kalau guna) dan bancuhan susu + cuka epal tadi. Kacau rata hingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata, kacau satu arah sahaja.
Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, bakar 18 - 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dihias ikut kreativiti masing. Lagi sedap dimakan keesokkan harinya.
Dah sejuk disapu pula cream cheese... Resepinya kat bawah ni eekk |
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
Chocolate Ganache (Blog Masam Manis)
200 ml double cream with at least 30% fat content250 g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
Dah siap disapu Cream Cheese, saya simpan sekejap dalam peti ais. Sambil tu bolehlah ready chocolate toppingnya plak... Oh Ye... saya terpaksa gunakan susu segar sebab kat rumah takde whipping cream. Kemudian saya tambah butter utk pekatkan & mengilatkan coklat tu. Tapi topping saya agak meleleh le.. tak secun macam guna whipping cream. Coklatnya pun guna milk chocolate coz recycle apa yg ada kat dapo aje... hentam saja la labu !
Tuang aje ganache tadi atas kek... Deep inside bimbang aje coklat ganache ni cair sakan bila dipotong nanti.. (tawakal ajela!) |
Selepas disejukkan dalam peti & ready dikeluarkan dari loyang! |
Syukurr... walaupun agak meleleh, ganache tu masih stay atas kek!... hehehe... |
Tak puas hati dengan potongan yang comot tadi, saya try panaskan pisau & potong semula... Waahh!! Memang senang & amat licin. Menyesal tak potong macam ni tadi. |
0 comments:
Post a Comment