Cara Atasi Bubuk...

Wednesday, February 6, 2013
Rasanya saya dah pernah membebal pasal bubuk ni.  Masa tu kononnya nak banteras bubuk ni habis-habisan.  Mana taknya habis semua stok makanan saya dikerjakannya - pasta, lasagna sheet, tepung, beras..etc.  Pastu topik tu terhenti kat situ aje.  Tapi diam bukan tanda menyerah tau, diam saya tu sebab saya dah ada cara nak atasi bubuk.

Ok kalau nak tau bubuk ni antara makhluk yang susah sangat kita nak get rid, macam kutu, pijat dan seumpamanya lah.  Jadi bagi saya kalau dah nampak bubuk menyerang, menghalau bubuk tu bukanlah penyelesaiannya.  Then how about anak-anaknya yang masih ada dalam tu.  Cthnya kalau dalam beras, bubuk ni akan bertelur dalam beras, kemudian diorang akan tutup balik telur tu dengan air liur diorang tau.  Selama ni saya dok ingat bubuk ni memang jadi dari dalam beras.. hehehe.  Jadi kalau kita nak asingkan bubuk tu dari beras memang kerja mustahil lah kan..

Ni antara teknik yang pernah saya guna dulu-dulu :

1) Jemur bawah matahari sehingga semua bubuk tu lari.  Memang hasilnya memuaskan hati, boleh nampak semua bubuk ni melarikan diri & menjauhi beras.  TAPI... doesn.t means diorang takkan menyerang makanan lain pulak kan?  Dorang lari dari beras, diorang pegi makan pasta pulak.. heheheh.. Anak-anak bubul pun masih ada dlm tu. Jadi anytime boleh membiak semula.

2) Letak segala mak nenek herbs cthnya - bay leave, daun pandan, cili kering..etc.. frankly it doesn't works for me too.  Tak tau le saya letak tak cukup banyak ke.  Tapi makin hari makin beranak pinak si bubuk tu.  Sampai cili kering tu pulak yang membuat onar, habis berabuk sakan beras saya.  Tanakkkkk.. leceh!

3) Last but not least.....jeng..jeng..jeng...


Hambik ko! Satu tong beras masuk peti beku.. kakakaa... 
Teknik membeku bubuk untuk menghapus sepenuhnya makhluk-makhluk itu!  Actually saya tak pernah lagi bekukan bubuk dengan bekas-bekas sekali.  Ni first time saya buat kerja ni tau.. hehehe.  Kejadian ni berpunca time saya tengah kepenatan nak rushing memasak, si Misha plak dah start panjat-panjat kaki nak menyusu & tido.  Tuang beras dari plastik, terus berkeliaran bubuk-bubuk kelihatan.  Tanpa berlengah terus saya sumbat dlm freezer.  Aduhai... biasanya saya pack dalam plastik kecik, ikat & simpan dalam peti beku.  Nak pakai saya keluarkan 1 pek.  Tapi kali ni 5kg beras ada bubuk. Dahla saya tengah hangin & letih ni... Nasibla ko bubuk.

Oh ye.. lepas bekukan 3 hari, bolehlah keluarkan & simpan macam biasa.  Bekukan untuk bubuk ni mati aje & 3 hari ialah tempoh selamat nak make sure takde langsung survival.  Kalau tepung, bila dah keluar peti saya ayakle bila nak guna.  Beras lak, time basuh buang beras yang terapung & bubuk yg mati pun akan terapung sekali.

Kalau semuanya dah mati, termasuk telur-telurnya, takde la bubuk ni boleh ,membiak &  jalan-jalan cari makan kat almari lain pulak kan.  Tu sebabnya saya tak halau lagi dah, halau kejap, ada balik.  Pengsan!

Setakat ni saya takde masalah dengan ancaman bubuk lagi.  Kalau ada bubuk pun semuanya datang dari pasaraya.  Rumah ni tak ternak bubuk lagi dah... hehehe..


3 comments:

{ cik chinta } at: February 6, 2013 at 9:17 PM said...

pehh...da mcm cara national geography bunoh katak...msuk freezer je

{ Kina } at: February 6, 2013 at 11:54 PM said...

hehehe.. ganaz sangat ke? uiikkss.. pesal plak nak bunuh katak yg tak berdosa tu??.. ishh..isshh..

Anonymous at: December 25, 2014 at 7:03 PM said...

bgus teknik ni

Post a Comment