Roti Naan

Tuesday, February 5, 2013


Biasa layan naan dekat mamak aje, kali ni jom try buat sendiri. Banyak sangat resepi naan dalam internet ni, tapi saya nak buat yang letak yogurt. Lama sudah resepinya ku simpan.. huhuu...

350 gm tepung gandum
4 sb yogurt
3 sb gula
1/2 sk garam
3 sb minyak masak
180 ml air suam (bubuh sikit2)
Sepeket yis segera (11 gm)
1 sk baking powder

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan, uli hingga tidak lekat di jari.
Rehatkan dalam mangkuk yang disapu minyak.
Tutup dengan cling wrap (kalau nak cepat naik, katanya letak kat bawah cahaya matahari)
Biarkan naik dua kali ganda.
Kemudian tumbuk2 doh bagi keluar angin. Bahagi kepada 7 atau 8 ketul.
Bulat-bulatkan dan salut dengan margerin.
Rehatkan 30-40 minit.
Gelek doh dengan pencanai.
Guna kuali leper dan bakar hingga masak.
Selepas diangkat boleh sapu dengan butter.

Sudah gebu pun doh tadi, jom kita bulat-bulatkan.. saya leperkan & potong 8


Doh yang dah ready untuk dicanai.  Saya canai terus & naikkan seketika sebelum masak atas pan.  Kalau tak mau kasi melekat gunakan butter/minyak semasa membolakan naan tadi..   baru boleh campak sebekas macam ni
Naan yang dah siap saya hidang dengan kari ayam yogurt tadi.  Ingat nak buat ayam tandoori tapi last minute baru decide nak masak, nanti tak best plak tak perap ayam tu lama-lama.  Lagipun takde kuah, kalau ada dhal boleh serve dgn kuah dhal kan.  Next time la try buat ayam tandoori plak.. Macam inipun dah sedap sangat.  Jauh lagi sedap dari naan mamak tu tau... Tiha boleh makan kosong 2 keping naan ni.  Baby Misha pun bukan main gelojoh lagi makan naan.  Asalnya malas nak offer tapi kesian plak tengok dia terjerit-jerit mintak, bagi sikit.. tak mau stop la pulak.  Isshh... baby ni.. ni makanan adult la.. baby takleh makan lagi benda-benda macam ni tau!!

0 comments:

Post a Comment