Istana Negara & Fireworks

Thursday, February 14, 2013
Gambar lama yang asyik lupa nak upload.  Ni kisah malam Tahun Baru 2013 yang sudah.  Cadangnya nak bawak kanak-kanak ribena ni tengok firework, tapi tak naklah dekat sangat coz Misha kecik lagi(biasanya port paling best kat KLCC, siap tepis-tepis muka sebab rasa macam bunga api jatuh atas muka).  Bimbang juga dia terkejut dengar dentuman yang amat kuat tu nanti.  Jadi kami berlegar-legar le.  Masa lepak-lepak dekat Starbucks Hartamas, Manager dia inform dekat situ pun ada firework, then Publika.

Jadi we all decided tuju arah Publika je la sebab rasa macam lama je nak melepak kat Starbucks tu.  Lepas pusing-pusing, tiba-tiba tukar plan plak.  Saya suggest kat husband pusing ke Istana Negara sebab area tu tinggi & lapang plus suasana pun terang. 

Since nampak tak sesak, kami pun turun berlegar-legar sambil tunggu firework.  Ada 2 biji kereta je tengah parking masa ni
Istana Negara bukan main terang benderang dengan spotlight yang dinyalakan menyuluh ke langit



Budak kecik yang suka jual mahal...
Sorry ye.. ini aje gambar fireworks yg clear pun.  Takdelah jelas sangat, tapi okaylah sebab boleh tengok 4 tempat sekaligus - KLCC, Dataran, Publika & area Bukit Bintang.
Bukan main ralit lagi si Mayesha ni tengok fireworks.  Dia dah tido dalam kereta sebelum tu, tapi bila dengar kereta berenti aje, terus terbeliak mata excited nak keluar.  Budak 3 beradik ni memang jenis senang bangun & tak perangai kalau dikejut.  Tu yang nampak diorang ni sentiasa available je tak kira masa.  Kalau hari sekolah memang 9.30pm masuk tido, memang dah train macam tu.  Tiha pun jenis senang bangun, alarm berbunyi dia bangun sendiri.  By the time saya keluar bilik dia dah siap gosok gigi & ready nak mandi.

OKlah... sebut pasal tido..tido... saya pulak rasa mengantuk.  Esok anak-anak bangun, Mamanya pulak yang terbabas... hehehe.. (nasib baik korang tak menurun pengai huduh Mama korang ni.. hehehe)...

2 comments:

{ nazeef nazeem } at: February 14, 2013 at 2:17 PM said...

Salam perkenalan....saya pon dah lama sangat tak tgk fireworks ni..almaklumlah..anak2 kecik lagi....follow me back ya

{ Kina } at: February 14, 2013 at 4:38 PM said...

selamat berkenalan... ok.. no problem!..

Post a Comment