Kampar Town

Sunday, February 10, 2013
Jangan pelik lak tiba-tiba je kami ada kat Kampar.  Baru je kelmarin kata balik kampung, which is Jengka.  Tiba-tiba entry blog kat Kampar plak kan?  Sebenarnya ni entry tertunda.. rupanya dalam draft blogger saya ada satu lagi gambar saya tak cover.  So sepatutnya gambar ni termasuk dalam koleksi percutian penutup yang lepas le.  

Lepas aje keluar dari kawasan Sungai Jahang Gopeng tu kami kan menuju ke KL.  Kemudian nak try cari capati kat pekan Kampar.  Tapi tak jumpa pon!  Sekali tu saya nampak satu kubah besar yang amat cerah dari jauh.  Dulu saya pernah dah try cari tempat ni, tapi tak jumpa. Memang tertanya-tanya kubah apakah itu?  Tempat peranginan baru ke? Masjid ke?  Rupa kubahnya nampak grand habis.  Terus saya minta suami belok ke arah bangunan terbabit.

Rupa-rupanya di tepi jalan besar tu bukanlah satu-satunya bandar Kampar.  Dah masuk ke dalam ni baru kami nampak kawasan bandar yang agak besar.  Mungkin ini bandar baru, suasananya pun amat cantik.  Jadi saya ajak suami dinner dekat sini aje lah.  Nampak kedai Mamak, saya nak makan capati.. hehehe.. (saya ni memang..  kalau dah plan nak makan itu, itu jugaklah yang saya cari..hehhe).  

Tengah menunggu makanan di kedai mamak.  Tiha & Ieqa seperti biasa order Roti Boom...

Melayan si baby ceria ni... 

Capatinya sedapla jugak.  Tak rugi saya try tapi roti canainya biasa-biasa aje.  Kuah untuk capati pun sedap cicah kentang (kentang ni warna kuning & tidak berkuah) dengan kari sardin.  Saya lupa apa nama kedai mamak tu, tapi sebaris dengan Grand Kampar Hotel.  Dah makan kami ke bangunan berdekatan... Nak tengok lebih dekat 'kubah bercahaya' yang saya nampak tiapkali lalu area Kampar (jalan lama) kalau nak ke utara ni.
Oh.. Grand Kampar Hotel rupanya.. kubah dekat atasnya tu le yang menyala sakan tu...
Budak-budak jakun... ushar dari luar ajelah.. bukan nak menginap sini pun.. 
Muka dah series sebab baru kena marah dengan Mama... Mana taknya dah 5x snap semua bergegar sakan sebab tak dok diam.  Bajunya pulak penuh kesan kari... haiiyaa.. ini budak aaa... 

Nampak boleh tahan grand hotel ni.  Mungkin bermain dengan pencahayaan kot.  Kalau di siang hari tak tau le still nampak grand ke tak.  Puashati dah akhirnya tanda tanya saya pasal kubah tu dah terjawab.  Jom kita balik rumahh!!!... :P

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: February 10, 2013 at 2:27 PM said...

Eh... Ni dekat dengan rumah mentua saya, Temoh... Kami ke tesco je kalau ke kampar tu... Yg hotel tu penah tgk signboard je

{ Kina } at: February 10, 2013 at 2:51 PM said...

Ye ke? Saya pernah dengar kwsn nama Temoh tapi tak tau lak dkt mana. Kalau nak ke K.Kangsar pun ada signboard ke sana.. ada 2 tempat nama Temoh ke? Haa.. malam2 try bawak anak-anak kat sini sebab meriah berlampu. Mostly kat area carpak depan hotel tu..

Post a Comment