Telur Kicap

Saturday, February 16, 2013
Hari ni mari kita tengok apa yang saya akan masak kalau banyak leftover dalam peti.  Biasanya leftover ni serba sedikit aje, tapi sayang nak buang.  Jadi saya akan simpan baki lauk pauk yg sedikit tu saya akan create satu menu lain pulak.  

Selepas dikorek peti, adala berbaki benda-benda berikut- terubuk masin sarawak yg dah digoreng (bhgn ekor aje sikit), carrot yang dah didadu & kacang panjang beserta kobis, sardin seekor & sedikit kuah.
Bila tengok pada bahannya, sesuailah dijadikan bumbu nasi goreng.  Terubuk sarawak tu dibuang tulang & saya tumbuk cili kering & bawang yang ada dalam tu.  Then saya potong sedikit bawang putih & bahan besar untuk ditumis.  Kemudian campak cili tumbuk & ikan masin, sardin, kacau rata.  Baru masukkan nasi & sayur.  Cek rasanya.  Kalau tak ok adjust le dengan garam or any perasa (cukup rasa ke, kicap ke, perisa bilis atau ayam dll ye..).  

Ini salah satu contoh aje le, saya ni memang jenis menyimpan baki lauk.  Baki steak, ikan goreng, ayam goreng, telur dadar dan lain-lain memang tak pernah dibuang hatta seciput.  Nanti saya tunjuk apa saya buat dengan baki steak yang tak boleh dimakan sebab liat & terperam lama dalam peti beku pulak.. hehehe.. :)
Ok dah sedia utk dimakan.  Si Ieqa & Tiha layan nasi goreng cina aje.  Then ada plak lauk favourite.. benda paling simple & paling disukai.. telur kicap.
Korang pernah try buat tak telur kicap macam ni?  Masa kecik dulu saya kemaruk sangat dengan telur kicap sampai jadi bekal masa sekolah rendah.  Saya masak sendiri aje telur ni & cedok sikit nasi putih Mak masak, menu ciptaan pertama.. hehehe.  Nak buat senang aje, pecahkan telur & tambah kicap.  Panaskan minyak sedikit (satu sudu pun dah ok) then tuangkan telur, kacau-kacau sampai telur masak.   Kena cukup gelap untuk bagi sedap.  Boleh tambah bawang besar kalau suka.  Telur kicap ni sesuai dimakan dengan apa jua nasi.  Senang kan?  Rasanya budak-budak memang akan suka.  Try le... :)

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: February 18, 2013 at 10:30 AM said...

saya pun suka telur kicap ni kalau terasa malas nak masak... senang dan sedap

{ Kina } at: February 19, 2013 at 4:31 PM said...

a'ah.. tapi saya tak masak selalu, secret weapon time malas ni.. hehehe

Post a Comment