Berat hati betul nak buka FB sekarang ni... Nak tak nak, kena tengok kekejaman Israel terhadap Palestin. Frankly, dari kecik saya memang sensitif dengan perang. Bila keluar berita luar negara segmen perang, saya akan lari masuk bilik tekup telinga dengan bantal sebab tak nak dengar bunyi tembakan/bom. Suami saya pun dah tau, saya tak kan tengok cerita yang libatkan perang. Memang saya tak tahan tengok kanak² yang jadi mangsa perang, isteri yg hilang suami, anak yang hilang ayah... Tapi walau macam mana pun, itulah hakikat hidup, kita kena terima & cubalah bantu mereka yang tertindas sehabis daya. Doa, derma, boikot, kempen... mana yang kita mampu.
Cuma di dalam kita cuba memperjuangkan nasib saudara kita sesama Islam... Janganlah kita terlalu memainkan isu Agama kerana kita sepatutnya cuba meraih sokongan satu dunia. Kalau dengan memaki hamun, menyindir dan sebagainya... tidak akan menarik orang lain untuk sama-sama menentang penindasan ini. Ianya menjadikan peperangan ini hanyalah antara Islam & Yahudi. Namun jika kita letakkan ianya adalah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan membantu bangsa yang ditindas. InsyaAllah kita akan dapat sokongan yang lebih besar....Wallahualam...
Ni kisah menu tanpa nasi kami lagi. Kami makan naan, kari daging tandoori chicken... Resepi tandoori saya ambil dari Youtube.. Bila ada masa nanti saya salinkan resepinya ye...
Sedang diperap...
Saya panggang dalam Magic Pan aje... Bila ayam dah masak, saya buka penutupnya & terbalikkan ayam untuk garingkan bahagian luarnya..
Roti naan ni pula saya masih kekalkan resepi sebelum² ni... Boleh refer di sini ye...
Doh yang dah naik... Bulat²kan & canai...
Masak atas pan & disapu butter untuk rasa yang lebih sedap...
Naan yang dah siap!
Saya buat 2 adunan terus... Baki yang tak nak dimakan lagi tu saya masak sekejap atas pan, wrap dalam wrapping foil & smpan dalam freezer. Makin padat stok makanan dalam freezer saya... hehehe.. Best!
Macam yang saya war²kan.. Saya masih di fasa 1 induksi. Kononnya kali ni nak pecah rekod. Kalau dulu saya buat sampai 54.7kg aje. Kali ni...
Welcome
Thx for visiting!! Nothing much about this blog.. just to share some of my recipes & tips that I think might be useful. Pls feel free to drop any comment & ideas!! :)
Followers
About Me
Kina
Suka memasak, makan & travel. Those are the main topics in this blog. Selain dari menyimpan koleksi resepi, my journey & opinion, dapat juga mengisi masa terluang. Sejak grad pada tahun 2000 terus berkecimpung secara serius dalam bidang F&B. Minat & pengalaman ini direalisasikan dengan pembukaan Kina Cafe, Bangsar Utama pada 2010.
0 comments:
Post a Comment