Dah masuk 4 hari kami iftar & sahur tanpa nasi. Memang puasa kali ni saya takde idea nak masak lauk... Mujurle orang rumah ni semua tak kisah kalau takde nasi. Fuhh.. senang keje Mama.. hehe... (Mama ni asyik nak keje senang je kan...)
Ni kek puding karamel yang saya buat selasa lepas... Sejak Selasa jugalah kami tak jumpa nasi lagi... Kami berbuka dengan Kek Puding karamel & roti jala aje. Sahurnya makan cheese Omelette dengan roti aje. Resepi Kek Puding Karamel ni saya ikut cara Dr Ezani Masterchef... Alhamdulillah.. menjadi..
Videonya boleh masuk sini ye
Karamel:
60g gula kaster
Puding:
400 ml susu segar
70 g gula
4 biji telur
Sedikit esen vanilla
Kek span:
2 biji telur diasingkan kuning dan putih
60g gula kaster
70g tepung gandum
20g mentega dicairkan
- griskan loyang dgn mentega
- panaskan ketuhar 170 darjah C
- sediakan karamel. Masak gula kaster hingga keperangan. Dengan segera tuangkan ke dalam loyang dan ratakan ke dasar loyang
- sediakan puding. guna periuk yg digunakan utk masak karamel tadi utk memanaskan susu. Panaskan susu dan gula hingga gula larut. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacau bersama esen vanilla. Tuang susu panas ke dalam telur dan kacau. Tapiskan adunan ke dalam loyang
- sediakan adunan kek. Pukul putih telur dgn separuh gula hingga kembang. Pukul kuning telur dgn separuh lagi gula hingga kental dan berkrim. Perlahan2 kaup balikkan putih telur ke dalam kuning telur. Ayakkan tepung ke dalam adunan telur dan kaup balik perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau sebati.
- tuang kek ke atas adunan puding tadi. Kek akan terapung di atas adunan puding
- letak loyang di atas dulang yg besar dan tuang air mendidih ke dalam dulang besar. Bakar dalam ketuhar lebih kurang 35 minit atau hingga kek perangan.
- sejukkan, kemudian boleh keluarkan dari Loyang
Dah siap!!! |
Sedang dibakar.. (saya set 180c selama 35 minit) |
Dah masak!!! |
Nyum! Nyum!!... |
Roti jala dan kari daging as menu berat sekeluarga.. Sekarang ni dah ada tukang gulung... nanti Mama train Tiha menjala pula ye... hehe... |
0 comments:
Post a Comment