Dah lama saya pening dengan kuih² yang dimasak guna waterbath method tak beku! Pada mula² dulu, kuih² yang saya masak tu elok aje jadinya. Tapi lepas² tu takde satupun yang menjadi! Puas saya google & bertanya di sana sini, namun masih tak dapat jawapan. Nak dikatakan resepi yg tak betul, bila saya kukus, elok aje bekunya.
Selepas berkali² kecewa & hampir berputus asa. Saya cuba lagi dengan teori baru... adakah kepanasan tak cukup? Mungkin juga loyang air yang saya gunakan kecil jadi tak cukup untuk memasak kuih tu?? Hanya baru² ni saya terfikir nak cuba cara macam ni pula... Masa tu saya try buat Kek Puding Karamel... Happy sangat sebab kek tu masak dengan jayanya.
Jadi baru² ni saya cuba buat puding cheese karamel pula... kali pertama buat elok kejadiannya. Kali kedua saya buat, bila ditelangkupkan.. puding tu berkecai macam bubur! So.. ni kali ketiga saya try & guna kaedah ciptaan terkini saya.. :)
Saya letakkan air dalam bekas (saya gunakan bekas pie IKEA).. nak guna loyang pun boleh... |
Alhamdulillah... beku dengan jayanya... |
Menjadi jugak Caramel Cheese Pudding ni... Lepas ni saya dah tak ragu² nak memasak guna waterbath method lagi dah.... |
0 comments:
Post a Comment