KUIH BAKAR DAGING KAK JEE

Thursday, July 24, 2014
 Kebosanan juga kalau asyik buat kuih manis... Tambah² bagi yang berbuka dengan kuih aje macam kami ni.  Tapi menu kuih 'masin' or savoury ni macam agak limited pula... Ini antara kuih yang tak manis saya cuba.  Ambil dari blog Kak Jee.  Pernah juga terlintas nak order kuih ni dari Kak Jee since dia pun tinggal di Taman Melawati juga.  Tapi saya ni memang kurang suka beli, kepuasan menghasilkan sendiri tu yang buatkan saya susah nak beli kuih dari luar.  Akhirnya saya buat sendiri juga...

Kuih bakar ni sepatutnya dimasak di dalam acuannya sebelum dibakar pula dalam oven.  Tapi saya takde acuan, plus tak cadang nak beli sbb saya tak fikir akan gunakan selalu acuan tu.  Jadi saya bakar dalam muffin tray aje.  Mula² saya cuba buat macam kuih cara, tapi rasa renyah & lambat pula.  Bakar dalam muffin tray terus ajelah... lagi senang.. :)

Kuih bakar yang dibakar dalam muffin tray... Saya spray/minyakkan loyang, letak batter & sudukan isi daging banyak².  Saya bakar pada 180c selama 40-45 minit untuk betul² garing...

Saya try buat as cara berlauk pada mulanya... tapi macam lambat je nak siap... Yang di sekeliling tu ialah Kuih Cara Gula untuk anak² kalau² diorang tak nak makan Kuih Bakar Daging ni..

Haa.. bukan main banyak kuih terhidang.. Semuanya habis kecuali Beko Pandan yang berbaki 3 biji dari 6 biji dimasak.  Beko Pandan tu saya bagi kepada MIL pula... Kuih bakar & kuih cara tak sempat bertandang ke sana pun... :)
Ini resepinya yang saya ambil dari Blog Kak Jee... :

BAHAN2NYA:

250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.


P/s : Saya hanya bancuh separuh dari batter ni & dapat bukan main banyak lagi kuih bakar daging & kuih cara... Batter nya amat lembut.. Saya akan gunakan resepi ni bila nak buat Kuih Cara lepas² ni... 

2 comments:

{ Sue Bee } at: July 25, 2014 at 6:34 AM said...

mmg kenyang la makan kuih yang camni..tak perlu hidang nasik dah

{ Kina } at: July 26, 2014 at 2:01 AM said...

betul tu SB.. mcm mana la nak makan nasi kalau dah asyik melantak kuih je... hehehe..

Post a Comment