Kalau last minute sangat saya masuk dapur, kuih macam ni la biasanya bakal jadi hidangan.. Kuih yang senang & cepat! Saya buat separuh adunan aje sebab bimbang anak² tak nak makan. Lagipun pati daun pandan masih banyak dalam peti jadi makin mudah kerja ku.. :).
Saya memang ada bad habit sikit, suka buat kerja last minute plus saya jenis nak makan benda yang baru dimasak. Jadi biasanya betul² dah nak azan baru complete & kelam kabut menghidang.... Tu yg kadang² salah timing, memang marathon sakan la nak siap masak sebab mengejar masa. Tapi kalau dah bad habit, memang susahlah nak buang kan...
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar
pewarna hijau atau esen pandan
1 sudu kecil air kapur
Cara-cara
Tepung beras( yg 1 cwn), air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat, guna api sederhana ya.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Bahan B
4 sudu besar tepung beras(rata)
4 cawan santan
sedikit garam
Cara-cara
Sementara itu satukan santan, tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan. Setelah sejuk bolehlah di makan.
Haaa.. kan mudah nak membuatnya tu... tak sampai 1/2 jam dah siap. Boleh start masak menu berat pula.
0 comments:
Post a Comment