Benggali

Thursday, March 7, 2013
Hari ni saya just nak share proses membuat roti benggali untuk Kina Cafe.  Dah lama saya mention tentang ni kan. Ye la supplier saya tu dah stop operation, jadi terkapai-kapai lah takde supplier.  Nasib baik le saya dah makin mahir buat roti, jadi makin gigihlah saya meroti setiap hari.  Saya buat roti benggali je sbb roti bakar Kina Cafe memang best tau.  Roti tu dipotong tebal & disapu kaya, susu atau gula.

Awal-awal dulu saya uli dengan tangan aje, tapi tak laratla jugak kalau banyak kuantitinya kan.  Last-last saya beli Breadmaker untuk membantu.  Memang berbaloi-baloi sebab setiap hari digunakan! Seawal 8.00 pagi akan  kedengaranlah bunyi breadmaker ni tekun menguli.

Selepas diuli saya naikkan dalam ni juga (tapi melimpah sakan la).  Sebelum² tu saya keluarkan dah transfer dalam bekas, tapi lecehlah sebab nak kena minyakkan bekas, cuci plak.. hehehe.  Jadi saya naikkan dalam BM aje. Saya kena fikir cara yang paling efisien memandangkan ini tugasan setiap hari.  Kalau banyak songeh sgt, saya jugak yang demotivated nanti.
Doh dinaikkan kali pertama.  Memang melimpah sampai terbuka penutup BM tu.  Ni dah turun sbb bhgn atas doh terkoyak (melekat pada penutup) semasa saya buka BM.  Tapi dah naik pon, tak kisahlah kan.
Habis dah colapse lepas saya tarik tangkai BM ni.. hehehe.. takpe.. nak kena uli keluarkan angin pon

Saya uli sekejap (sekadar keluarkan semua ruang-ruang angin dalam doh).
Doh ni untuk 2 loaves jadi saya potong 2 & timbang.  Kalau tak sama beratnya nanti tak sama tinggi plak naiknya
Saya uli lagi sikit & transfer masuk loyang.  Saya tekan-tekan hingga menutupi dasar loyang.  Saya tak minyakkan pon loyang tu.  Crumb roti sebelum tu pun masih ada lagi.  Tapi utk makan sendiri elokla sapu butter or spray minyak sblm masukkan doh.  Saya ni kan dah bereksperimen byk kali, tu yg dah tau teknik.
Doh tadi saya naikkan di dalam oven selama 1/2 jam supaya boleh terus dibakar.. :).  Saya tak preheat pun tau, bila doh dah naik 1/2 atau 3/4 loyang saya start bakar.  (pun jgn buat teknik tak preheat ni untuk roti biasa).. Saya gunakan taktik ni untuk dapatkan 'oven spring' ke atas benggali ni.  Panjang lebar kalu nak story...


Roti tu akan naik lagi masa dibakar.  Kalau dibakar satu biji saja dalam satu masa, roti benggali ni boleh naik mencecah ke penutup pemanas atas tu tau (saya dah alami banyak kali).  Tapi lastly saya decide bakar 2 biji sekaligus supaya jimat kos, masa & tenaga
Dah masak!  Keluarkan dari loyang untuk disejukkan.  Saya lapik jaring penyejuk untuk elak crumb roti bersepah atas meja.. :).  
Esoknya pagi-pagi roti ni akan jadi santapan pelanggan Kina Cafe.  Roti kami ni fresh sbb dibuat setiap hari tau. Kalau nak rasa datanglah ke Kina Cafe di Bangsar Utama.  Nak cari cafe ni senang aje, kami di bawah rem parking Kompleks Niaga Utama (belakang Dataran Maybank Bangsar).  Cafe kami berwarna oren & menghadap kedai Mamak Fatheema.

2 comments:

{ cik chinta } at: March 7, 2013 at 8:53 PM said...

wahh...sonok. pdi wt snri. xyh bli roti kn? kt ske mkn roti, kn blja wat dgn akk ni. sbb d sbh, roti yg jual x sdp

{ Kina } at: March 7, 2013 at 9:24 PM said...

memang seronok kalau roti tu naik geebuuu je.. hehehe.. awak sabah kat bhgn mana ye? kesian dekat org area LD/Semporna... saya doakan semuanya selamat & kembali aman. kalau nak buat sendiri sng aje, insyaallah ok

Post a Comment