IKEA shopping

Tuesday, March 19, 2013
Dah lebih sebulan pun kami bertandang ke IKEA ni.  Tapi baru sekarang baru terfikir why don't I share my purchased & bagi info sikit dari segi kualiti & value fo money.  Kali ni kami pergi bkan untuk shopping pun, more to jalan-jalan & makan-makan.  Saya suka sangat makan Creme Caramel Pudding IKEA tu.  Dulu suka meatballs, sekarang da muak.. hehehe..

Jadi saya grab a few things yang dah lama saya impikan.  Since takde dalam budget bulan ni, saya berkira-kira sikit nak capai apa.  At the same time bleh buat planning untuk next shopping trip.. ngeeeeeee.. :)

Sampai-sampai aje kat sana, laju je kami pegi makan.  Lepas makan, hantar Tiha & Ieqa main kat tempat kanak-kanak tu.  One hour je, pastu my husband akan berlari turun pegi pungut anak-anak.  Sian.. jadi anak-anak pungut plak.  Maka habislah sessi dating Mama & Baba...

1. Garlic Press (RM24.90).

Antara barang yang saya beli hari tu which is saya rasa amat worth it... Garlic Press.  Dulu masa mula-mula tengok, saya terfikir, pemalas betulla, sampai nak potong garlic pun pakai tool.. hehehe.  Tapi saya nekad membelinya lepas tiapkali time makan tengok anak-anak & bapaknya sibuk asingkan potongan garlic dari dalam masakan.  Lepas tu Bapaknya dok complaint dia cukup tak suka tergigit garlic kalau tengah makan.  Tiapkali potong garlic, memang saya potong nipis-nipis, still tak berjaya.

Jadi saya nak beli garlic press ni.  Lepas ni kalau buat garlic bread takde la nampak kepingan garlic, kalau buat aglio olio pun tak nampak garlicnya.. hehehe.  Memang taktik ni berjaya.. I can say, worth every cents that I spent.  
Semestinya saya fully utilise kan alat ni, selain digunakan untuk garlic, saya jadikan jugak ginger press.. setakat nak menumis, memang boleh sangat.  

2. Microwave Lid (RM4.90)

Yang ni saya belikan untuk Mak kat Jengka,  Beli lid aje dulu, microwave nya tunggu ada budget.. hehehe.  Saja beli siap-siap sebab bukan selalu turun IKEA.

Kalau siapa-siapa pakai microwave saya considered as must have.  Sebabnya, makanan yang dipanaskan tidak mengering & tidak memercik dalam microwave.  Jadi takdelah jenuh nak bersihkan dinding microwave tu kan.  Dan juga boleh dijadikan tudung saji.. :) (saiznya kecik aje).
Boleh guna untuk microwave aje tau, bukan setting grill dll...

3.  Baking Mat & Knife (RM35.90)

Sudah lama ku mencari... sebelum beli ni ada ternampak kat bagus tapi rupa parasnya tidak menawan kalbu.  KAt Bagus murah sikit RM21+ rasanya, tapi kualitinya lain & lembik camtu.  Tak tau la which one is better, tapi hati dah berkenan & amat memerlukan, jadi saya grab le.

Saya sebetulnya 'geli' nak menguli atau membentuk roti atau counter top walaupun sudah dilap bersih.  Maklumle sometimes terjumpa najis cicak le, nampak dia berlari-lari le, semut.. dll... Jadi walaupun dah lap bersih sebelum menguli, still saya ada rasa was-was.  Jadi dengan adanya mat ni saya tak payahle susah-susah sanitize kan kawasan kerja tu kan, letak aje mendalah ni.  
4.  Carving Board (RM39.90)

Awal-awal lagi nak bagitau saya rasa membazir je beli board ni.  Actually saya dah buat kesilapan besar, saya sangkakan ianya ialah Chopping Board!  Masa nak membeli saya dok belek-belek & terfikir juga kayunya tahan ke?  Tapi bila memikirkan produk IKEA agak reliable (tak kesemuanya), jadi saya grab.

Bukannya takde chopping board tapi yang sedia ada tu plastik & abis tercalar balar tiapkali saya menetak/memotong ayam.  What if kalau plastik tu masuk dalam makanan?  Haa.. kan bahaya tu... then saya mencari chopping board yang ada tebing kat tepi untuk mengelak dari cecair tumpah.

Jadi tak payahle nak lap seluruh kawasan, tambah-tambah kalau meleleh jatuh dari counter top.  Malas betul nak mengelap.  So sekarang ni nak potong tembikai or benda berdarah dah tak bimbang meleleh atas kaunter.  Malangnya Carving Board ni dah bercalar balar kesan percubaan saya memotong ayam.. huk..hukk.. pantang betul kalau barang saya ada kesan calar.. :(
Sungguh ku keciwa, baru aje dipakai kayunya sudah menggelembung walaupun saya keringkan setiap kali diguna.  Malahan saya siap sapu 'minyak/wood treatment' yang dibeli dekat IKEA ni berkali-kali sebelum guna.  :(


5.  Wood Treatment (RM19.90)

Beli ni sebab nak make sure carving board tu long lasting le kononnya.. tapi satu lagi kerugian sebab baru terbaca dekat situ boleh aje sapu minyak sayur dekat carving board tu.  Alaa.. kalau ku tau, tidak ku beli.  Baik guna minyak jagung aje.  Wood Treatment ni gamak-gamak bleh replace minyak sayur dalam masakan tak??..hehehe


6.  Knife Sherpener (RM16.90)

Saya sedang berkira-kira nak beli pisau seramic, sampailah saya nampak pisau seramik yang mak saya pakai ada terserpih.  Kecik aje serpihan tu... so saya terfikir, kalau masuk kat dalam makanan kan ke bahaya.  Dah le seramik.. tajam!  Jadi saya postpone dulu nak beli pisau seramik.  Kena buat kajian lebih lanjut sebelum membeli.  

Makanya saya beli sharpener ni.  Sebelum ni saya dah ada sharpener batu old school tu.. hehehe.. tapi saya tak rajin mengasah & tak berapa pandai.  Lepas asah, tajam sikit aje dari sebelumnya.  So saya pun try pengasah IKEA ni.

Fuhh!!! Lega.. memang praktikal.  Pisau jadi tajam & senang bukan main nak guna.  Letak aje pisau & tolak ke depan & ke belakang dengan laju. Memang takyah bersusah payah.  Worth it!
Pisau ku tidak tumpul lagi!!
Ini aje yang saya beli kot.. ingat-ingat lupa dah.  Tadi ingatkan nak letak gambar kanak-kanak riang ni kat IKEA tapi si Misha dah start datang tarik-tarik ajak tido.  Tengah tak habis-habis lagi membebel, tapi dia tengah ralit dok main benda lain.  Mulut je dok bising kat Mama... Kacau daun betul... hehehe

* Semua gambar saya ambik dari web IKEA

0 comments:

Post a Comment