Turn Kami Pulak

Tuesday, March 26, 2013
Kalau masuk fb, sorang demi sorang post diorang punya vacation.  Siap ke oversea lagi.  Best la kan dapat travel jauh-jauh.  Saya ni kaki travel juga tapi tak pernah pijak luar Malaysia lagi.  Rasanya dah hampir semua pelosok Malaysia saya dah sampai kot.  Cuma Sabah tak berapa habis explore lagi, takat mendaki Gunung Kinabalu & ke Pulau Manukan aje.  Teringin sangat nak terjah Semporna.  Dengar kata pantai kat sini cantik sangat...

Untuk cuti sekolah kali ni, Insyaallah kami pun akan merayap juga. Destinasinya best sebab ini antara tempat yg saya belum pernah jejak lagi.  Tapi macam biasa lah, cuti-cuti Malaysia aje.  Ala.. macam mana nak ke luar sana kalau passport pun takde.  Takkan nak buat passport setakat nak pergi bercuti sekali je kan. Kos passport nya aje dah pening kepala Mama & Babanya.

Pendek kata, kita explore ajelah Malaysia sampai habis dulu.  InsyaAllah ada rezeki & kesempatan, kita explore dunia luar puas-puas.  Kalau boleh mulakan dengan Mekah la dulu kan.  Bukan macam someone tu, dah jenuh ke US, UK, Scotland, Jordan & dah berkali-kali tunai Haji  serta Umrah - (masa dia muda-muda dulu lah)... Ehemm..ehemm.. bila la pula someone ni nak bawak Mama & anak-anak ke sana ekk?)... :P..


4 comments:

{ cik chinta } at: March 26, 2013 at 8:01 AM said...

kak kina, if dtg sabh, buatkan roti. kt amik kat epot k. hahaha..i hate roti sini okeh. tp tpaksa mkn jg. da suke mkn roti nk wat cane.

{ Kina } at: March 26, 2013 at 1:20 PM said...

alahaii.. siannya ibu mengandung teringin makan roti. setakat ni takde plan ke sana la my dear.. budget takde. pernah jugak ushar tiket, tapi tak mampu le.. sob..sob.. kalau ada rezeki ke sana saya bgtau keh...

{ Aisy Nasiha } at: March 30, 2013 at 7:55 AM said...

Kalau saya, masa anak kecil ni byk faktor kena fikir utk jln2.. Klau ke oversea time ni, cuaca sejuk takut anak lak sakit nanti.. Tgu diorang besar sikit la baru sesuai..nanti kina post entry psal holiday lak ye..

{ Kina } at: March 31, 2013 at 4:26 PM said...

Ye la.. certain budak sensitif sikit. Anak-anak saya memang dah terbiasa diheret sana sini tu yg kuat berjalan. langsung tak buat hal sbb nak make sure diorg dibawak sekali...hehehe

Post a Comment