Mushroom Soup & Garlic Bread/crouton

Thursday, March 21, 2013
Dinner kami.. gambar pun kusam je sbb gelap.. :)
Macam biasa, entry lama.  Bila ada masa baru update.  Masa memasak kali ni ntah nape terlebih rajin ambik gambar jadi macam ada step by step plak.  Padahal resepinya senang aje nak buat (tu pon dah berkurun baru skrg dicuba.. hehehe).

Resepinya saya ambil dari CM.  Saya copy paste kat sini semula for my future preferences ye.. 

BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :-)

200 gram cendawan portobello segar (boleh guna cendawan butang)
600 ml susu rendah lemak
400 ml air
1 camca besar mentega
1 camca besar minyak zaitun
1 kiub pati ayam
1/4 cawan daging ayam yang dipotong kecil (optional)
1 camca besar tepung gandum
Serbuk lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Garam jika perlu
Hirisan daun kucai, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK MUSHROOM SOUP :- Cendawan dicuci, toskan dan hiris. Panaskan minyak zaitun, masukkan mentega dan biar cair. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cendawan dan masak hingga layu. Tambah tepung gandum dan kacau rata. Tuang susu, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian matikan api. Biar suam.
Kemudian kisar hingga halus, tuang kembali ke dalam periuk, masukkan air, kiub ayam, daging ayam dan kacau rata. Masak dengan api perlahan hingga mendidih dan soup pekat sedikit. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Matikan api, tabur lada hitam dan hirisan daun kucai sebelum dihidangkan bersama 'crouton'..

Ok ini cara saya plak, bahannya masih sama tapi saya lebihkan butter aje..  Suka betul simpan lemak ekk.. 
Potongkan garlic, bawang & mushroom.  Kalau memasak apa-apa mskn western saya suka guna bwang holland (yng kuning tu).  
Butter, saya biasa guna Anchor lepas tau Buttercup tu bukan butter.  Tapi simpan gak sok buttercup sbb selalu guna Anchor boleh kempis poket.  Skrg ni mmg byk stok Anchor dlm peti sbb saya borong masa Bagus buat offer...

Letak olive oil dulu then butter & tumiskan segala bawang tadi sampai caramelize (bawang berbau harum & warnanya hampir perang).

Masukkan mushroom pulak & masak sampai wangi jugak... Kemudian masukkan tepung gandum pulak.  Gaul rata sampai tepung masak... 

Saya tambah susu sikit then tutup api.  So saya boleh kisar terus tanpa tunggu mushroom ni sejuk... (shorcut kan..)

Dah kisar, masukkan balik dalam periuk, tambah susu yg selebihnya air & stok ayam.  Tambah blackpepper & garam jika perlu.  Siap!!!!
Supnya dah siap, mari buat crouton pulak.  Tu plan asalnya la, tapi teringat Tiha suka sangat makan garlic bread jadi saya ubahsuaikan jadi crouton berperisa garlic.  Saya gunakan roti benggali yg mendap (so memang padat).  Roti ni saya ingat nak sedekah dekat monyet kat hutan nun, tapi teringat pula sesuai dibuat crouton.

Roti tu saya dah simpan dalam freezer pon sbb plan nak bawak balik kg & singgah bagi makan monyet kat area Kg Orang Asli Gombak tu.  So keluarkan balik.  Oh.. lupa nak bgtau, roti ni dense/mendap gara-gara overise or terlebih naik. Sebenarnya masih ada cara nak atasi mslh ni, tapi sblm membakar tu saya sangkakan roti ni belum terlebih ripe.  Time dibakar baru saya nampak dia turun/colapse dengan sadisnya dalam oven... Dah takleh buat apa-apa... sedih I tau...
Butter ni saya dah keluarkan dari peti awal-awal supaya lembut.  Dalam mangkuk tu saya dah letak siap-siap parsley & garlic (pastinya guna garlic press IKEA)..  Masukkan butter & gaulkan.  Takde sukatan, saya letak dlm 3/4 butter ni... Kalau nak sedap, boleh tambah Parmesan Cheese dalam ni

Inilah rupa roti ku yg dense itu... renyuk-renyuk tu kawasan roti tu colapse time dibakar.  Saya lambat bakar 1/2 jam je pon.  Ngengada sikit benggali ni, kalau roti lain takde la senang colapse macam ni (resepi benggali guna banyak yeast tu yg kurang stabil).

Dah dipotong, teksturnya kasar & nampak mcm roti kurang masak pun ada.  Tapi sebenarnya still ok dimakan.  

Saya sapukan garlic sebelah bahagian & tindankan sebelum potong.  Mulanya nak potong kecik as crouton tu.  Tapi... malas pulak.. hehehehe.. lagipun senang sikit nak ambik sorang seketul.

Ready dibakar.. saya bakar lebih sikit sbb nak kasi rangup macam crouton. Kalau dipotong kecik-kecik lagi cepat rangup & renjiskan pula olive oil sblm dibakar untuk extra crispy... (by rite buat crouton tak perlu letak butter, sekadar gaul dgn olive oil) 

Yang ni bakinya tengah tunggu turn dbakar.  Boleh buat stok simpan dalam peti
Dah siap.. 
Makanya semua orang makan dengan riangnya.  Semua orang enjoy je makan terutamanya si Tiha.  Soup tu dia hirup macam sup air tu je.  Berkali-kali tambah.  Naik muak plak saya tengok.  Si Misha pulak menjerit-jerit nak.  Siap baling makanan dia.  Last-last saya bagi jugak walaupun butter tu bkn unsalted.  Ingatkan dia akan main-main aje dgn roti tu.  Rupanya suka pulak!.. isshh.. berkali-kali jugakla kena bagi.

Misha & garlic bread.. gambar bergegar sbb tak reti duduk diam.  Dia tengah buat aksi macam doggy dok gonggong makanan.. (budak ni memang pelik sikit.. hehehe)
Tengah dok beriang ria layan dinner, saya lupa nak cek status garlic bread yg dibakar.  Bila oven dah berbunyik, saya pun nak offkan suis, sekali tu... uuuwwaaa... hanguss!!! Habis jahanam... ni jgnkan kitaorg, monyet pon tak hingin nak makan.  Adoii, sedihnya kena sedekah kat tong sampah.
Habis hangus... saya lupa, kalau nak bakar second round biasanya saya kurangkan time sbb oven tu kan tengah panas, kejap je boleh siap.... :(

2 comments:

{ Delima Zamrud } at: March 21, 2013 at 12:04 PM said...

As salam Kina, salam perkenalan dr D5 :).. Ermmm pebret D5 mushroom soup nie, sedap kan kalau cicah ngan garlic bread :)..

{ Kina } at: March 21, 2013 at 12:19 PM said...

W'salam.. :).. thx sudi berkunjung.. selalulah post resepi sedap-sedap ye, saya nak try... :)

Post a Comment