port makan char kue teow pilihan saya kat Bukit Mertajam (BM). Ala seberang hotel Summit BM je.. glamer tempat tu. Adik saya yang ada di utara yg intro - kat utara ni banyak GILA port makan tau. Ada lagi pot char kue teow lain cthnya macam Permatang Pauh, but char kue teow BM tetap di hati..
Saya mula kenal char kue teow ni masa belajar kat UUM. Masa tu tiap-tiap hari la nak makan char kue teow. Bila Pak Cik tu masak, saya dok dekat-dekat dengan kuali & tengok sebijik-sebijik prosesnya. Nampak senang sungguh!! Ketung..ketang.. ketung ketang.. dah siap! Tapi.. saya tak tau apa bahannya dalam cecair warna hitam yg biasa diorang letak tu. Takkan kicap cair je kan. Lama juga lah saya cuba mencari jawapan & banyak juga resepi yg saya jumpa. Sayangnya tidak meyakinkan saya.
Sampailah saya ternampak resepi ni di beberapa blog. Setelah lama ku peram, terlaksana lah impian nak masak char kue teow sendiri. Lagipun suami ku kurang suka noodles, jadi saya bimbang juga kalau hasilnya kurang sedap, makin phobia dia nak makan noodles nanti.. hehehe.
resepi asalnya tu ye, sbb olahan saya tu tak bersukat, main picit itu ini masuk dalam kuah kicap tu.
Bahan-bahanUntuk Paste
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sk petis
2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
2 suduckecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
1 sudu kecil gulaUntuk Mee
300 gm kuey teow
1 sudu besar cili boh
kerang-tak letak
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
UTK PASTE- Rebus udang dan kulit udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....asingkan udang dan kulit.
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge. (saya tak pekatkan...)
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oh ye, saya tak pekatkan paste tu. Sebaliknya saya jadikannya sebagai kuah. Selepas menumis bwg putih & 1 sk cili, saya masukkan 3 senduk kecil kuah kicap tu diikuti bahan-bahan lain, pecah telur & gaul rata. Tutup api. Beberapa saat je dah siap. Api mau besar, masak mau pantas.. hehehe..

Yang pastinya suami saya suka sgt char kue teow ni. Mintak tambah lagi (padahal saya dah buat portion besar utk dia). Saya goreng sepinggan, sepinggan utk mengekalkan keaslian rasa & teknik membuat char kue teow ni (maklumla tiap-tiap hari tonton pak cik kat UUM tu masak).
Esoknya pulak, saya angkut bahan nak buat char kue teow ke rumah Mertua pulak. Menggorenglah saya untuk Parents in law & adik-adik ipar.
Sebenarnya hari tu sessi menziarah aje, takde plan pun nak masakkan dinner utk diorg. Tapi kebetulan Mak M. Mertua ku demam, adik ipar pun tak sihat, jadi saya volunteer masak dinner utk they all. Since dah last minute baru plan nak masak, jadi saya buat char kue teow je le sbb baki kerang, garlic, chilli paste serta tauge/kucai masih ada.
Happy tengok everybody enjoy makan. FIL saya hantu kue teow, suami saya cakap dia puji sedap (saya dok sibuk menggoreng di dapur). Adik Ipar yang bongsu tu pon saya tengok habis licin dimakannya walaupun tengah tak sihat. Cuma Mak Mertua je makan tak habis sbb takde selera. Kesian plak nampak dia weak sangat...
Sekian saja lah kisah char kue teow dari saya... ;) bubye..
5 comments:
pandainya kina masak char kue teow sdiri... kat uum mmg byk makanan sedap.. kina grad tahun bpe? saya pun teringat juga makanan sedap kat sana, cuma tak pernah terfikir nak masak..
baru je menjadi.. sblm ni tak tau cara nak buat. ehh.. awak budak uum gak ke? saya grad 2000, matrik uum tahun1996. saya amek accounting...
mohon share cara buat paste dia puan...
step2... huhu
ala.. rebuskan aje bahan² kat atas tu... then cara goreng macam yang saya mention kat bawah tu.. :)
cmne nk bagi pekat? mcm mana nk kira sukatan ntuk buat byk? ntuk meniaga hehe.. kalau ikut sukatan di atas tu hnya tuk 2 org je kn
Post a Comment