Chocolate Chip, Oatmeal, and Pecan Cookies

Tuesday, August 23, 2011 2 comments
Sumber : Marthastewart.com

Kat kampung baru² ni adik request resepi Chocolate Chip Cookies.  Saya pun belek² resepi Martha Stewart yg saya simpan.  Saya suruh dia try satu resepi ni.. nampak macam sedap. Since kesuntukan masa, malam baru start membakar.  Tapi yg bestnya, boleh la merasa cookies tu.. Sedapp!!! Memang tak rugi la try.  Itupun bahan² main grab apa yg ada je.. if ikut betul² mesti lagi sedap.  Cthnya oats tu we all ganti dgn nestum (byk sgt stok nestum), pecan plak diganti dgn almond... okla.. saya share recipe ni kat sini. Saya copypaste je dari sini

Ingredients
  • 1 cup all-purpose flour (spooned and leveled)
  • 1 1/4 cups rolled oats (not quick-cooking)
  • 1/2 teaspoon coarse salt
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon baking soda
  • 3/4 cup (1 1/2 sticks) unsalted butter, room temperature
  • 1 cup light-brown sugar
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 large egg
  • 1 cup chopped toasted pecans
  • 1 cup semisweet chocolate chips

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees, with racks in upper and lower thirds. In a medium bowl, whisk together flour, oats, salt, baking powder, and baking soda. In a large bowl, using an electric mixer, beat butter and brown sugar on high until light and fluffy, about 4 minutes, scraping down bowl as needed. Add vanilla and egg and beat to combine. With mixer on low, gradually add flour mixture and beat just until combined. Fold in pecans and chocolate chips.
  2. Drop dough by tablespoonfuls, 2 inches apart, onto parchment-lined baking sheets. Bake cookies until puffed and golden around edges, about 15 minutes, rotating sheets halfway through. Transfer cookies to wire racks to cool.

Kat KL dah..

Monday, August 22, 2011 2 comments
Vacation dah habis!! Dok kampung memangla best, ramai assistant.  Tambah² saya ni tgh fasa loya² jadi buat kerja ikut kemampuan je la.  Itupun memang tak plan nak balik jengka.  Asalnya my husband demam Khamis tu.. so takkan nak suh gak dia kuar niaga kan.  Since lepas tu Jumaat, dah dekat dgn weekend.  So.. jomlah balik kg.  Saya pun asyik takde idea nak makan apa.  Semua makanan tak menaikkan selera.

Nasib baik la dia ambil cuti berniaga, kebetulan pula Jumaat tu husband kena cirit birit, ni mesti gara² soya yg diminum semalam.  Teruk jugakla dia berulang alik ke toilet 2 hari tu.  Saya dah pesan, pasni toksah minum air dari bazaar lagi, sbb bulan puasa ni asyik kena cirit birit je.  Memang sejak niaga bazar ni dia buka puasa dgn minum air di bazaar sana... kalau dibawa balik saya hanya minum air tebu, air² lain boleh buat sendiri, memang saya tak berminat.  Lagipun saya bimbang tahap kebersihan air yang diguna tu.  Sometimes ada peniaga akan simpan baki yg tak habis untuk dijual esoknya.  Saya memang ralat juga lah kalau berniaga macam ni, ye lah.. saya berniaga juga.  Tapi tak pernah recycle balik makanan di bazaar coz tak nak pelanggan dapat makanan rosak or tercemar.  Kalau tak habis, sedekahkan aje pada org sekitar & masjid.

Balik kampung saya takyah nak fikir menu apa.  Mak bawak balik barang, tolong masakkan aje.  Biasanya adik akan prepare dulu, saya tukang masak je... hehehe.. best ooo ada assistant ni..  Balik kampung kali ni banyak juga menu best jadi santapan berbuka.. - Pulut Udang, Kuih Lopes, Cucur Udang, cucur badak, cek mek molek & Murtabak dari kedai bapa saudara saya.  Lauk pula gulai masam tempoyak ayam, pajeri nanas, tumis tempoyak bilis & petai, sambal sotong, masak lemak ketam & nanas, siput sedut, keli berlada... & banyak lagi.. Alhamdulillah... selera saya ok je (pulakk).. mungkin makan ramai² kot, tu yg sedap jeee...

Hari ni rasa bosannya dok rumah. Lagi seminggu je.. sabarlah wahai tekak. Apalah nak dimasak petang ni ye.. ada juga rasa teringin nak makan spaghetti ni.... tapi lauk dari kampung pon ada dlm peti tu. Ada harapan cuti memasak arini.. yahooo!!!

Kuah Dhal

Thursday, August 18, 2011 2 comments

Saya pun baru first time try masak dhal ni.  Saya ni asalnya Account Exec tapi saya memang handle company F&B aje.  Kalau berkesempatan visit outlet or keluar makan, saya akan menyibuk sekali kat bahagian dapur.  Kebetulan office saya pun attached dengan salah satu outlet, jadi saya banyak berpeluang belajar dari pelbagai tukang masak & chef.

Kuah Dhal ni saya copy dari kuah Dhal restoran tempat kerja saya dulu.  Tukang masak kat sini ada melayu & mamak.  Jadi makanan mamak of course la diselia oleh tukang masak mamak import dari India ni.  Kuah Dhal dia agak sedap, begitu jugak kari ikannya.

Saya rebuskan 2 genggam dhal, sebiji kentang (dipotong) hingga lembut & tambah carrot & terung
Potong seulas bwg putih, 1 bwg besar, 1 sk biji sawi, 4 tangkai cili kering.  Dibasuh bersih tau..
Gorengkan dengan sedikit minyak.. sikit je tau.  Nak tambah daun kari pon boleh. Tumis hingga terbit bau.
Tumisan ini kemudiannya saya campurkan ke dalam kuah dhal tadi.  Hasilnya kuah dhal jadi harum & menyelerakan.  OK siap!!!

Kue Teow Goreng

0 comments
Jangan tertipu dengan rupa buruk ku.. rasanya ok je tau.  In fact saya happy sangat sebab saya berjaya makan kue teow ni dengan banyak di dalam keadaan loya yang tengah melanda ni... alhamdulillah...

Wahh.. siap ada kesan comot lagi kat pinggan tu.. heheheh
Saya rasa ramai yang biasa goreng kue teow ni kan.  Ada yang kering & ada yang basah.  Tapi saya belum pernah try buat kue teow basah.  Yang kering ni pon kadang² je.. Puasa kali ni tiba² teringin plak nak makan kue teow goreng. Bahan² simple je..

2 biji bwng putih (diketuk)
3 sb cili kisar
Hirisan daging (boleh ganti ayam, bebola, fishcake..)
10 ekor udang
2 biji telur
1 sb sos tiram
1sb sos cili
Kicap Manis
Kicap Cair
2 sb gula
1sk garam
Sayur (sawi, taugeh or kucai... janji sayur)

Tumis bawang putih sampai wangi, masukkan cili kisar & masak lagi sampai pecah minyak.  Masukkan daging & goreng² sampai masak.  Tambah sos tiram & sos cili.  Tambahkan kicap manis & gula garam.  Masukkan udang, kacau sekejap.
Masukkan kue teow kacau², jika tak cukup gelap, tambah kicap manis tadi.  Pecahkan telur di bahagian tepi/tengah kuali, kacau² hingga hampir kering, baru digaul bersama kue teow & masukkan sayur.  Masinkan dengan kicap cair.

Balik Kampung.. yeaayyy!!

0 comments
Bersemangat saya buat entry hari ni.  Bukannya apa.. last minute decide nak balik kg.  Kat kampung nanti tak tau lah berkesempatan ke tak nak update blog ni.  Lagipun gambar² semua dalam pc ni.  Memory card hp saya pun macam nak buat hal je.  Semalam masa nak ambik gambar buah melaka, tiba² je cakap memory full.  Langsung lah tak logik sebab memory card tu baru je kena wipe clean by Laieqa.  Entah² bukan dia yg format MC tu, mmg memory card tu yg mengong.. wallahualam.

Ada 2 je lagi gambar makanan dlm pc ni.. kuah dhal & kue teow goreng. Tapi gambar kue teow goreng tu teramatlah tak cantik.  Terus terang saya cakap, saya memang bermasalah nak amek shoot menarik utk makanan.  Saya memang jelous tengok blog makanan lain letak gambar² yang menyelerakan.  Tak larat dah saya pusing pinggan tu ke kiri ke kanan, try plak dari angle sana sini... hasilnya tetap sama.. kusam aje!! Huhuhu.. frust kan.  Tapi saya terima lah kekurangan saya tu seadanya.  At the same time saya cuba improve apa yg patut.

Oklah saya nak masukkan resepi dhal & kue teow pula.  Lepas tu nak packing & ready apa yg patut utk balik kg. Yeeaaayyy!!!!

 

Roti Naan Goreng

0 comments
Dah lama teringin makan roti naan.  Search sana sini terjumpa resepi naan ni.  Kebetulan bahan² semua ada & cara buatnya pun nampak senang.  Saya ni jenis kurang rajin buat kuih² yang perlu diuli ni.  Nak uli kulit karipap tu pon rasa malasnya... Tapi resepi ni nampak macam sedap & kebetulan pula saya teringin nak makan kuah dhal.  Haii.. dah start mengidam ke aku ni?? Mmmpphh..

Resepi ni sekali lagi saya cedok dari Myresepi.  Credit pada Kakfida sebab selalu bagi resepi best.  Elok saya paste kat sini resepinya sebab myresepi ni agak busy & susah nak di access bulan² puasa ni.  Agaknya traffic jam kot.. :)


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 500 g tepung gandum/tepung roti (5 1/2 cwn rata) - diayak(akak gune tepung gandum)
  • 2 sk baking powder-diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml air- (10 sb) (kalau sudu rumah saya mau lebih 15 sudu- sudu ikea)
  • 3 sb susu manis - susu pekat
  • minyak masak untuk goreng terendam
Nampak simple kan bahan² dia? 

Gaulkan  bahan pertama tadi - tepung, baking powder, telur & garam
Saya try letak 10 sb & sukat, aiikk.. tak sampai 100ml.  Agaknya saiz sudu saya kecik kot.  Jadi saya letak air 150 ml guna jug penyukat.  Tapi still agak kering.  Maybe lepas ni tepung saya akan letak 5 cawan aje (saya guna cawan 200ml).  Dah siap gaul & uli lebih kurang, tutup dengan kain or plastik & biarkan selama 1/2 jam bagi doh naik.
Agihkan kepada 6-8 ketulan . Nak lagi kecil pon boleh
Canai doh tadi.  Saya letak dlm plastik sbb nak canai direct atas kaunter dapur plus pencanai saya tu diragui status kebersihannya sbb selalu dimain oleh Laieqa. Boleh digoreng terus lepas dicanai.  Tarik² sikit kalau nak bagi lagi panjang.

Dah siap!! Sedap tau sebab ada rasa lemak² manis hasil dari susu pekat tadi.  Selamat mencuba!!

Lompat Tikam

0 comments
Masa kecik dulu mak saya pernah cakap nak buat lompat tikam.  Saya pelik, macam mana rupanya kuih ni ye.. namanya pelik semacam.  Langsung takleh imagine rupa bentuknya.  Saya tanya mak, "Kuih apa tu??" Mak cakap, "Kuih ni asal dari Kelantan.  Kita orang kedah (tapi dok Jengka) memang tak pernah jumpa la". Bila dah siap, saya dah start mencebik.. "Tak Nak!!!".  Dahla ada lapisan hijau, nak kena makan dengan air gula melaka pulak tu.. eeiii.. dua² benda ni saya cukup anti.

Tapi nak jadi cerita saya tengok bersemangat ayah & org lain menghirup kuih tu.  Rasa rugi pula tak cuba.  Bagi saya tak suka takpe, janji cuba dulu.  Lagipun biasanya masakan mak saya mmg sedap, rugi tak try.  Kalau compare yg beli jaranglah boleh dapat rasa yang sama.  Akhirnya saya try la juga la.  Okla.. memang takkan jadi favourite saya, tapi once in a while, terasa la gak nak makan.

Puasa kali ni saya ingat nak bagi suami saya rasa kuih lompat tikam.  Dia memang tak tau kewujudan kuih ni.  Lagipun saya rasa guilty sebab saya tak pernah penuhi satu permintaan kuih dari husband - kuih lopes.  Saya tau sangat cara membuatnya.. (favourite mak & selalu tengok cara dibuat).  Tapi kuih ni sampai sekarang saya tak pernah rasa.  Bau pandan digabung dengan pulut & dimakan pula dengan air gula... rasanya saya takleh terima kot.  Saya dah cakap dengan husband, kalau nak makan lopes, tunggu balik jengka.  Sebut je, confirm mak akan buatkan.. hehehe.. Kiranya lompat tikam ni ganti lopesla sbb ada rasa pandan lepas tu makan dengan air gula, kira sama la tu kan.. hehehe..

Resepi Lompat Tikam ni saya ambil sepenuhnya dari Myresepi ni.  Saya paste la kat sini supaya senang saya nak refer kemudian nanti sebab hasilnya memang saya puas hatilah.


Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

  • *Lapisan bawah :-
  • 62 g tepung beras ( 8 sb ) - rumbu tau
  • 660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
  • 62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk air kapur
  • *Lapisan atas :-
  • 25 g tepung beras ( 3 sb )
  • 600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
  • 1/2 sk garam
  • *Air gula :-
  • 250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus) - saya ketuk patah 2-3 dengan lesung aje.. heheh
  • 500 ml air ( 2 cwn )
  • 1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara

  1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat. Matikan api.
  2. Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
  3. Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
  4.  Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.

Saya just nak pesan, kuih ni agak lembik.  Jadi paling sesuai kalau guna bekas kecik² & buat individually macam yang dicadangkan ni.  Saya takde bekas, terpaksa guna loyang.  Tapi leceyla sikit time nak makan tu sebab kena cedok & agak comotlah jadinya. 

Tengah panas² ni.. agak cair, mula² bimbang tak beku, saya tambah lagi 1 sudu tepung beras

Alhamdulillah.. mula menyejuk & membeku.  Baru saya berani nak masak kepalanya pula.  Bimbang nak tuang time tengah cair tadi, takut bercampur pula
Pon tengah panas² ni, baru nak membeku. Kepala santan memang senang beku..
Dah siap!! HIdang je dengan loyang² sekali.. hahaha..
Sorry.. buruk sikit ketika dicedok.  Nanti dah masuk bekas, siram air gula, okla.  Tapi saya suka la resepi ni.. hasilnya perfect!! Just macam yang saya idamkan.

Buah Melaka Badak Berendam

0 comments
Niat asal nak buat buah melaka.  Tiba² teringat pula kelapa parut dalam peti tu dah nak mencecah usia 3 hari. Rasanya tak selamat utk digaul dengan buah melaka nanti.  Jadi saya nak berendamkan buah melaka ni.  Saya gentel² kan gula melaka (mak aii azabnya nak potong, kena guna lesung batu bagai) dgn bancuhan tepung pulut.  Tapi saya buat gedebab sikitla, kalau buah melaka kena buat kiut miut.. hehehe..

Buah melaka yang akan diberendamkan

Kelapa parut dalam peti tu saya blend utk diperah (cara shortcut).. hehhe
Kepala santannya senang aje, saya gunakan perahan santan tadi, campur 3 sudu besar tepung beras & 1/2 sudu kecil garam, gaul sebati, tuang dalam loyang tepung pulut tadi & kukus sampai masak.

Biasanya kuih macam ni dipanggil badak berendam.  Tapi kuih badak berendam berintikan kelapa, saya dah terlebih rajin, saya letak gula melaka je.  Lagipun dah plan nak makan buah melaka, rasa tak best plak makan kuih lain.  Ni kira ala² buah melaka jugakla kan..

Ok siap dah.. cuma yg kurg best, time dikorek² boleh pecah.  Mungkin lepas ni saya prefer buat badak berendam biasa tu kot.. heheheh.. takpe.. kalau tak try tak tahu kan?

Ayam Goreng berempah

Wednesday, August 17, 2011 4 comments
Ayam goreng berempah ni saya kisarkan semua bahan & gaulkan aje.  Takde la bersukat mana.  Saya anggar  cukup² utk ayam aje.  Bahan² yg saya letak

2 batang serai
2cm halia
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1sb ketumbar
1sb jintan manis
1sb jintan putih
(dikisar)
serbuk kunyit
rempah kari
serbuk cili (boleh guna cili kisar)
garam

Gaulkan semuanya dengan ayam.  Jika ada daun kari lagi umphh.. kadangkala nak bagi ekstra rangup, saya tambah telur sebiji & sesudu tepung jagung dalam perapan tadi.  Perapla setengah jam atau lebih & sedia digoreng.  Awas.. ayam ni senang hangus, pantau api anda!! :)


Bronok @ Kuih Sagu

0 comments
Kuih ni antara paling senang nak buat.  Kosnya pon teramat murah.. hehehe.. selama ni saya panggil kuih sagu, lepas kawen baru tau kuih ni dipanggil bronok juga (adik ipar saya la yg cakap..).  Ni antara favourite anak²..

Bahan²nya

2 cawan sagu
2 cawan air
Pewarna merah
1/2 cawan gula
Daun pandan (jika suka)
Kelapa parut (digaul sedikit garam)

Basuh sagu & toskan.  Didihkan air bersama pewarna, gula & daun pandan.  Dah gelegak, slowkan api, masukkan sagu.  Terus kacau hingga sagu bertukar jadi jernih & pekat.  Jgn kuatkan api ye nanti sagu melekat ke kuali/periuk, rugi tau.
Kacau jangan tak kacau
Dah masak, tuang dalam loyang yg diletak sedikit air.  Supaya kuih tu tak melekat & lembut.
Nak makan nanti, potong & gaulkan dengan kelapa parut tadi.. senang kan???

Ketayap untuk Mertua

Tuesday, August 16, 2011 4 comments
Ahad lepas dapat order ketayap dari Ibu Mertua.. rasanya baru je saya hantar ketayap ke rumah Mertua awal puasa lepas.  Agaknya tak puas makan, dia order lagi.  Tapi kali ni agak bertungkus lumus juga lah saya nak siapkan sebab Ahad ni ada perjumpaan seisi keluarga.  Biasalah, pertengahan Ramadhan, Bapa Mertua akan ajak anak menantu berkumpul sebelum bertolak ke Makkah.  Setiap tahun Bapa Mertua akan berpuasa & beraya di sana.

Sebenarnya saya agak bimbang tak boleh melaksanakan tugasan kali ni.  Ye lah, lepas saya tewas Khamis lepas, keadaan saya still agak weak sehingga Sabtu.  Ni nak siapkan at least 50 pieces ketayap.  Mampu ke?  Tak pelah, in case tak larat sangat, saya gantikan dengan puding jagung ke, lompat tikam ke.. kuih² yg tak ambil masa sangat.

Alhamdulillah.. Ahad tu tiba² semangat nak buat kuih datang.  Lagipun saya mmg pantang mungkir janji dengan orang.  Selagi daya, saya akan tunaikan.  Akhirnya berjaya menyiapkan hampir 70 pieces ketayap.  2 biji di makan Tiha & Ieqa, 6 biji saya hantar ke jiran bujang sebelah ni.  Jiran saya ni bujang lagi & dok sorang².  So saya takle hantar banyak, kang tak habis plak.  Dah la ketayap saya ni besar saiznya.




Seri Muka

0 comments
Panaskan kukusan
Saya rendam 3 cawan beras pulut (guna cawan rice cooker) 4 jam. Tapis beras pulut, masukkan dlm loyang, tambahkan air santan 3 cawan, garam & minyak (1 sb).  Santan tu saya guna 1/2 kotak.
Dah siap kukus... tiba² alamak!! mcm banyak sgt pulut ni.  Nanti terlebih tebal , tak larat nak makan beb!! So saya transfer sebahagian pulut tadi ke dalam spring foam untuk dikukus bersama bahagian kepalanya. 
Balance pulut tadi.  Pulut ni habis dimakan dengan telur dadar  oleh anak².  Tak payah Mama fikir apa nak bagi they all makan tengahari ni.. hehehe..
Cerita seri muka ni terbantut di sini kerana gambar² selebihnya lesap dari memori hp.  Seri Muka yang biasa saya buat di rumah ni berlainan dengan seri muka biasa tu.  Saya tak gunakan pandan atau air gula merah sebagai lapisan atas.  Sebaliknya Milo atau coklat. Mula² dulu husband agak ragu² bila saya nak buat seri muka mcm ni.  Tapi lepas rasa.. hmm.. setengah loyang besar ni dia boleh habiskan.

Saya copy paste resepi Hanieliza je la ye sbb saya refer kat sini asalnya.  Tapi saya ubahsuaikan certain bahan cthnya saya gantikan pandan dengan serbuk coklat.  Telur juga saya tambah ektra sebiji.

KUEH SERIMUKA

Lapisan Bawah:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam (saya guna 2 cawan air santan + garam je)

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
(kukus sekitar 20-30 minit)
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.



Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat - saya jadikan 3 cawan (daripada 1 1/2 kotak santan)
1/2 cawan jus pandan + warna hijau (tak letak, ganti dengan 1sb serbuk coklat)
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad (saya gantikan dgn tepung jagung)
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.



Semuanya saya satukan, whisk & tuang atas pulut yg dikukus tadi.  Pulut tu saya ratakan dulu & tuang bahagian atasnya ketika pulut masih panas (saya tak keluarkan pulut dari kukusan, tuang direct aje).

Seri muka ni saya masak dalam springfoam (bekas cheesecake).  Oleh kerana springfoam saya tu dah tercedera,  saya terpaksa tanak pulut dalam loyang lain dulu, then baru transfer.  Kalau tak, habis meleleh air santan tu.. huhuhu.. sedihla.. baru berapa kali pakai springfoam IKEA ni.  Boleh tahan koman juga yea.

Yang bestnya buat kuih² kukus dlm springfoam ni,  kuih senang dipotong sbb boleh buka terus dari bekasnya & rupanya tersangatlah cantik.  Sayang plak nak potong.. hehehe..

Macam Mana ni...

Friday, August 12, 2011 2 comments
Baru masuk 12 hari umat islam berpuasa.  Malangnya saya sudah mulai semput.  Ianya bermula dari awal² puasa lagi.  Saya amat kurang berselera makan.  Buka puasa hanya dgn kuih sebiji dua, pukul 10 makan beberapa senduk nasi (biasanya saya makan sepinggan besar nasi).  Sahur langsung tak boleh sentuh nasi. Sekadar sekeping dua roti.  Habit ni berlarutan hingga kini.  Nak buat macam mana,  takde selera sangat.  Sebutlah apa nama makanan, takde satu pun buat selera saya terbuka.  Camno tu?

Sebelum puasa excited juga nak try masak itu ini, nak beli itu ini kat bazaar.  Tak disangka, masuk bulan puasa selera gila saya hilang sekelip mata.  Ayam percik ke, rendang ke, murtabak ke.... saya pandang sepi aje.  Day by day saya rasa makin weak. Semua makanan bersantan/berempah/berserai kena letak jauh².. bahaya.. saya akan start loya.  Alamakk.. ini dah lain macam je!!! Buat PT.. sah positif!!.  Patutlah.. teramatlah patut kenapa perut saya tiba² menjadi amat pemilih.

Nampaknya Laieqa terpaksa beralah dgn adiklah.  Tak boleh breastfeed lagi.  Alhamdulillah.. berjaya berhentikan dia dari menyusu badan di sebelah siang.  Malam saya masih menyusu lagi, tak nak drastik sgt berhenti.  Kasihan juga.  Cuma sukar sikit nak tidurkan dia waktu tengahari, resah gelisah aje.  Nasib baik dia minum aje susu botol sama² dgn kakaknya.

Kelmarin bukan main excited saya masak kuah dhal dgn roti naan.  Resepi roti naan ni saya jumpa masa tengah belek² resepi.  Nampak sedap!! Malangnya bateri saya semakin habis.  Selepas berjaya rebus dhal & uli roti naan (saya uli lebih kurg je sbb dah nak colapse sgt dah).  Terus melepek kat depan.  Langsung tak bermaya nak bangun.  Last² saya decide, bukak puasa je dulu dgn sirap bandung, kurma & epal.  Lepas tu sambung memasak.

Lepas makan, saya start menggigil, tak boleh berdiri dah.  Masuk bilik baring, ambik termometer.. suhu makin tinggi.  Saya demam!! Sepanjang malam hingga dari hari ni still weak.  Terpaksa saya korbankan puasa.  Saya langsung tak larat berdiri, terus nak pitam.  Nak memasak pun tak larat ni... sedihnya.  Saya belum tahu apa nak dihidang bila husband balik nanti. Most probably ajak makan luar je (eeiii.. sebut je makan.. start la loya ni..).

Esok macam mana? Ya Allah.. bagilah aku kekuatan.  Saya benar² nak puasa penuh Ramadhan kali ni.  Bukan selalu dapat peluang macam ni.  Biasanya mesti ada MC.  Harap² malam ni selera makan saya kembali... AMIN..

Bubur Kanji

Wednesday, August 10, 2011 0 comments
Bubur kanji utara - cara mak
Bubur kanji ni ala² bubur lambuk juga, tapi bahan dan rasanya ada kelainan.  Dua²pun saya suka.  Since saya dah terbiasa dgn bubur kanji, saya teruslah buat.  Kalau bubur lambuk tu saya kena belek resepi sana sini dulu la sbb kurang pasti cara penyediaannya.

Saya ada juga tengok resepi bubur kanji ni di blog org lain, rata² ditumis.  Ada yg ditumis dahulu, ada yg ditumis kemudian.  Tapi saya suka cara mak sbb tak perlu ditumis.  Rebus aje mcm bubur biasa tu.  Rasanya sedap.  Anak² pun suka..

Bahan²
1 cawan beras direbus hingga lembut (agak² 4/5 cawan air)
1/2 sudu kecil halba
1/2 biji bawang besar dihiris
1cm halia dihiris
1 batang serai dititik
Sedikit udang segar (saya letak 10 ekor & dipotong 3)
Setengah kotak santan
Garam

Saya rebus dulu beras tadi hingga hampir menjadi bubur dan kemudian saya tambahkan halba, bawang, serai & halia.  Kacau² sebentar, masukkan udang.  Agak² udang hampir masak, masukkan santan & perasakan dengan garam.  Boleh tambah air jika terlalu pekat.

Daging antara bahan wajib utk resepi ni.  Kalau ada daging, bolehlah direbus bersama beras supaya daging lembut.  Saya tak letak sbb takde stok daging.  Rasa bubur kanji ni lemak² masin bercampur manis udang.  Makanan favourite ayah saya untuk berbuka ni!!

Nasi Tomato

Tuesday, August 9, 2011 0 comments
Puasa kedua lepas saya masak nasi tomato.  Nasi tomato saya simple sangat.  Cukup sekadar masak merah ayam & acar mentah je.

Untuk nasi tomato saya tumiskan :

Bawang putih (3 ulas)
Bawang besar 1/2 biji
Kayu manis, bunga cengkih, pelaga, bunga lawang (serba satu je)

Dimayang dan ditumis dengan minyak sapi (2-3 sudu)
Bahan² ni saya tumis terus dalam rice cooker, saya tak pindahkan atas dapur gas pun
Kemudian masukkan beras yg dibasuh (saya masak 4 cawan rice cooker tu).  Airnya saya anggar sama mcm masak nasi biasa.  Sedikit tomato puree (suku tin), sebelah tomato dipotong  & sedikit garam.
OK.. ni rupanya selepas dimasukkan beras & bahan² lain
Kemudian saya offkan rice cooker then start cooking macam biasa.

Dah masak! Kalau guna beras Basmathi lagi cantik.
Untuk masak merah/tomatonya pula

1/2 ekor ayam (digaul garam kunyit dan digoreng)
1 senduk cili kisar
1 biji tomato segar dipotong (boleh ganti tomato pes)
2sb sos tiram
2 sb sos tomato/sos cili
Bwng merah, bawang putih & halia utk menumis
gula
garam
perasa
(boleh guna rempah 4 sekawan tadi semasa menumis jika suka)

Macam biasa, tumiskan bahan tumisan (bwg, halia, cili) & tunggu hingga cili masak/pecah minyak.  Masukkan tomato yg dipotong, sos tiram, sos cili, sedikit air & perasakan.  Masukkan ayam & gaul rata, tambah bawang besar yg dipotong jika suka.  Boleh juga ditambah kacang peas.

Anggaran cili & tomato tu bergantung kepada sebanyak mana ayam & kuah yg diingini.  Biasanya nisbah cili & tomato lebih kurg sama byk or lebihkan cili jika suka sedikit pedas.  Jgn lebihkan tomato, nanti rasanya masam & kuah seolah² terlalu bersos.  Saya biasa blend lebih & simpan baki cili kisar utk kegunaan lain. Sometimes saya kisarkan terus cili & bwg² tu terus.

Saya tak letak kacang peas, daun sup & daun bawang so nampak very plain.  Tapi  suami tak makan semua benda tu, so saya mmg tak pernah letak

Acar mentah pula sgt senang dibuat.  Potongkan saja semua sayur (timun, carrot, nanas, bawang..) yg anda suka.  Boleh juga disagat.  Renjiskan cuka & gaulkan dengan sedikit garam & gula.  Rasa dulu gulanya seimbang dengan cuka & simpan dalam peti.  Tak perlu letak byk cuka, basah²kan sedikit aje kerana buah² ini tadi akan keluarkan air.  Nanti terlebih berair pula acar mentah tu.

Sotong Masak Kicap

0 comments
Alahai.. senangnya memasak!!!
Memang la senang, buat masak kicap je pun.  Tapi saya letak juga lah resepi ni.  Just tambah kan idea time pening² pk nak masak lauk apa.

Bahan²

Bwng merah & putih utk menumis
Sotong (4-5 ekor)
Sos tiram (1-2 sudu bsr)
Kicap
Cili padi/merah
Bawang besar
Air

Tumis bwg dgn sedikit minyak, dah wongi tu.. campak je sotong.  Goreng² sikit, masukkan sos tiram & kicap.  Kicap tu tuang sesedap rasa, kalau nak xtra kuah, tuang le lebih.  Tambah air sikit, garam, aji, cili & bawang besar.  Siap!!!

Kalau nak pekatkan lagi & rasa pedas, tumis cili boh sikit or boleh letak sos cili.  Saya suka guna sos tiram je..

Habislah...

0 comments
Habislah semua koleksi gambar² masakan saya.. hhmmpphh.. apa mau buat, salah mama juga suka bagi si kenit main hp.  Selama ni kalau dia buka hp, biasanya utk tgk gambar² & video dalam tu.  Setakat lock hp tu, selamba je dia buka (agaknya dia perhati mcm mana saya unlock).  Dia tau mana port mama sorok hp time tido.. dia akan seluk tangan perlahan² supaya mama tak sedar ada tangan kecil tgh cari hp dr bawah bantal mama.  Jadi mama kena sentiasa alert, setakat atas meja makan, dia dah boleh panjat pun.  Haiii.. boleh jadi spiderwoman baby gurl mama sorg ni...

Sometimes mama nampak dia tgh excited explore hp, mama biarkan juga, kesian pula sbb dia tgh belajar something new.  Setakat nak buka lagu, nak belek gambar or video, selamba je dia slide hp mama tu.  Tak pernah lagi dia buat aktiviti kurg sihat.  Adala sekali sekala terdial org, tapi cepat² dia jerit "Mama.. Mamaaa!!!" sambil tunjuk hp.  Taulah Mama, adalah org yg dia dah tercall tu..

Until saturday lepas, Mama hairan sbb picure dalam tu 0.  Semua incoming call keluar bunyi pelik².. aikk.. belek punya belek... HABIS..Habislah semuanya... Memory card Mama kena wipe clean.  Tiada apa pun yg tinggal.  Ieqa oh Ieqa sayang.  nasib baikla Ieqa ni baby lagi...

Semalam my husband yg tolong tension, pagi² dia nampak si Ieqa dok selok bantal Mama.  Mama still nyenyak.. last² dia setkan password lock terus.. hehehe.. sekarang ni Laieqa mama tension je sbb takleh nak main hp lagi.  Sekejap je dia pegang, try unlock dan tak berjaya, terus campak.  Hehehe.. kenapa la mama tak tefikir nak buat camni dulu???

Sri Niara Seafood

Friday, August 5, 2011 0 comments
Sehari sebelum puasa sempat menyinggah makan dekat restoran area rumah saya.  Kawasan ni di panggil Klang Gate rasanya (tepi Melawati je).  Bagi saya makanannya standard restoran siam biasa tapi food presentation & kedainya nampak cantik, harganya pon tidak terlalu mahal. Inilah menu saya pilih baru² ini. Biasa saya order nasi putih, ayam goreng kunyit, sup cendawan, telur bistik & kailan ikan masin.  Walaupun ni restoran siam, saya kurg gemar rasa tomyam nya.  Tapi sup cendawan mmg best!

First time try Nasi Goreng Sri Niara - nasinya ada rasa udang  kering, telur dadar, isi ayam hancur digoreng (tapi manis-saya x suka), salad (carrot & kobis parut)& bwg, mangga muda beserta cili merah satu set RM6.  Frankly.. saya lagi suka makan nasi putih dgn sup cendawan je.. tak suka la combination ni.  

Nasi goreng ikan masin - RM4.00

Sup cendawan (must try) - RM3.50 or RM4.00 (tak sure)
Oh ye, anak² share nasi goreng pataya, biasa² juga la rasanya.  Saya sebenarnya suka sgt ikan goreng pedas kat sini.  Tapi suami saya tak suka ikan yg disalut kuah.  Bagi saya rasanya mmg sedap sebab ikan digoreng garing disaluti kuah pedas (cili padi & daun limau purut, serai).. haaii.. terliur la pula.  Menu ni kena pilih ikan & harga berdasarkan saiz & jenis ikan tu.

Menu makanan di Sri Niara ni memang banyak, ada tomyam yg dihidang di dalam kulit kelapa la, ayam pandan, tom yam perahu pecah la.. etc.. kedainya pun besar sangat & servis agak laju. Pinggan mangkuk yg digunakan pon unik² & pelbagai.

Sesuai kalau nak belanja kawan² or family sbb ruangan yg besar & tak malu la tgk makanan yg dtg, gempak gitu.. harganya takde la buat tukang belanja tepuk dahi.. hehehe..

Kurma Telur

0 comments
Kurma telur yg simple
Resepi ni tercipta masa zaman remaja dulu² kerana terlalu banyak stok telur rebus tiapkali balik kenduri.  Dah jemu buat telur masak kicap or sambal, terciptalah kurma telur yg simple ni.  Tak sangka lepas tu jadi favourite & saya mmg tak pernah buat kurma daging or ayam sejak dari hari tu.  Macam matching lak telur ni dikurmakan.. :)

Bahan²

1/2 biji bwg besar (or 3 ulas bwg merah)
2 ulas bawang putih
1cm halia
5 biji telur rebus (dikupas & dibelah dua)
1 paket rempah kurma
1/2 kotak santan
sedikit air (cukup utk menutupi telur)

Bawang, bwg putih & halia dimayang dan ditumis dgn sedikit minyak.  Dah wangi, masukkan rempah (boleh bancuh dgn sedikit air) & tunggu hingga pecah minyak.

Masukkan air, santan, garam & telur.  Dah siap!!!

Kalau suka rasa rempah ratus yg lain bolehlah guna bhn tumisan sup tulang seperti bunga lawang, buah pelaga, kayu manis sbg bahan tambahan.  Saya tak letak pun.  Namanya pun kurma simple kan...

Cempedak Goreng

Thursday, August 4, 2011 0 comments

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa semua!!! Dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa, barulah saya berkesempatan masukkan N3 utk blog saya ni.  Biasanya sepanjang puasa saya takde lah masak special sangat.  Setakat 1 jenis kuih & satu jenis makanan berat seperti nasi, mee, roti... je.  Time puasa memanglah semuanya teringin, tapi bila berbuka, sepinggan nasi pun belum tentu boleh habis.

Puasa pertama hari tu saya tak memasak.  Suami ajak ke tapak Bazar rakannya di Jalan Telawi Bangsar.  Kawannya dapat 5 tapak & kami bercadang ambil 1 daripadanya.  Jadi hari tu saya ambil kesempatan berjalan di Bazar Ramadhan Jalan Telawi sambil membeli makanan.  Saya beli rojak ala Penang (cucur², udang, sotong, telur yg dicelup tepung & digoreng) & berkuah kacang.  Beli tepung Pelita Inn, kuih keria, karipap (ni permintaan anak²) & murtabak.  Biasalah kalau beli ni, tak semuanya menepati citarasa.  Rojak & tepung pelita je saya puas hati.  In fact tepung pelita tu superb bagi saya sbb saya dah lama tak makan tepung pelita yg sedap begini.  Kuih² & murtabak tu mmg jadi penghias meja sbb rasanya kureennggg gitu..

Okla.. berbalik pada cempedak goreng ni.  Saya guna bancuhan sama macam N3 keledek goreng sblm ni..

2 cawan tepung beras (saya suka cap gajah - tak kisah lah yg 1 or 5 ekor ke..)
1-2 cawan air (bergantung kepada kepekatan dikehendaki)
1/2sk garam
1 sb air kapur (jika pekat, letak 1/2 sudu je)

Bancuhkan semuanya sambil tuang air sikit demi sedikit, berhenti jika nampak bancuhan sudah cair. Kalau terlajak air, tambah 1 @ 2 sudu tepung beras & tambah air sedikit jika terlalu pekat. Saya prefer tepung tu menyaluti tebal buah kerana saya kurg suka buahnya.  Time menggoreng, saya akan titiskan lagi tepung di atas gorengan buah, tapi tidaklah terlalu padat, sekadar memenuhi ruang yg kosong. Jika buahnya dah habis, saya akan goreng keraknya sahaja utk diratah.  Caranya titiskan tepung tu di dalam minyak panas.  Seeloknya titisan halus/panjang utk hasilkan kerak yg cantik.

Gunakan minyak yg banyak utk menggoreng & minyak haruslah betul² panas utk hasilkan kerak yg kembang & rangup. Titiskan sedikit tepung dlm minyak panas, jika tepung terus kembang & timbul, minyak sudah cukup panas. Goreng hingga warna tepung menjadi kuning/gelap supaya tepung betul² rangup.  Sebaiknya pisahkan setiap biji cempedak supaya hasil gorengan rangup & masak sama rata.

Saya goreng hingga gelap (plus kualiti kamera yg kureeng bila malam).  Saya goreng 1/3  biji cempedak je, bakinya saya bekukan & guna semula bila teringin nak makan.
Kalau terlebih kapur, gorengan akan berbuih² sehingga melimpah kuali.  Guna kuali yg besar, cedok & tuang minyak berulangkali supaya buih tidak membuak² (seolah² utk elak kuah yg hendak meruap).  Kalau tak berjaya juga tutup api, keluarkan gorengan & tambah minyak.  Panaskan semula minyak, goreng semula. Boleh juga adjust semula bancuhan tepung dgn menambah tepung beras & air sedikit.

Tapi kalau terkurang kapur lain pula ceritanya, kerak akan jadi keras.  Biasanya saya lihat pada warna bancuhan.  Jika bancuhan bertukar warna sedikit kekuningan & berbuih halus, ok la tu.  Kadangkala saya titiskan dulu dlm minyak panas, jika tak kembang cantik, tambahkan lagi sedikit kapur.

Apapun cubalah dulu.  Biasanya beginilah lebih kurang sukatan yg saya guna.  Hasilnya tidak menghampakan. Cempedak goreng yg tak habis, simpankan sahaja dalam peti.  Panaskan dalam oven toaster or grillkan dalam microwave or gorengkan semula (tapi akan oily sedikit).  Keraknya akan rangup kembali.

Floria 2011, Putrajaya

Monday, August 1, 2011 0 comments
 Alahai.. dah habis pun Night Floria kali ni.  Plan asal nak upload sebelum Floria ni berakhir.  At least sapa² yg teringin pergi tau la what to expect kat sini.  Overall mmg best!  Cuma float (bot² brhias) waktu malam tu agak membosankan.  Saya tak stay lama tgk bot tu (asalnya nak tgk fireworks).  Malangnya firework ada malam minggu je.. huhuhuu.. sadis la..

Saya sampai ke Putrajaya almost 6.00 p.m, jalan² kat show bunga²an, dah dekat Maghrib saya bawa anak² dinner kat Taman Warisan Pertanian.  Makanan kat sini sedap & murah.  Biasanya kat Putrajaya sini la port makan we all.  Masakan panas ala siam, nasi lemak, roti John Unan, Sate Kajang Samuri, Char Kue Teow, etc.. Plus toilet & surau kat sini pon ok.  Konsep makan secara open (tapi sedikit gelap daa).. & pelbagai gerai quite a good idea.  Suasananya tak macam foodcourt biasa.

Oleh kerana phone kami berdua ni cap ayam.  Jadi gambar² di waktu gelap mmg tidak digalakkan.  Jadi lupakan saja lah nak tgk rupa tempat makan Taman Warisan ni, maklumla suasananya mmg agak suram.
Ni baru je masuk, tu yg jakun semacam

Salah satu taman buatan hasil kerja budak² U

Saya suka taman ni - Perbadanan Negeri Johor




Bunga plastik ni.. dari jauh saya ingatkan fresh flower

Pemandangan di Taman Perbadanan Putrajaya.. siap ada angsa lagi berenang² dgn 2 ekor babynya.. saya tak letak gambar  small pond tu sbb tak  nampak jelas angsanya

Dalam Pavillion - byk negara² mempamerkan hasil kreativiti.  Ralit tgk deko dlm ni




Bot² bergerak perlahan .. (terlalu perlahan sampai naik bosan u!)


Inilah hasilnya jika menggunakan kamera cap ayam.. 
Kalau sesiapa sukakan bunga & hiasan taman, elok sgtlah datang itupun kalau tahun depan Putrajaya buat lagi lah...