Habislah...

Tuesday, August 9, 2011
Habislah semua koleksi gambar² masakan saya.. hhmmpphh.. apa mau buat, salah mama juga suka bagi si kenit main hp.  Selama ni kalau dia buka hp, biasanya utk tgk gambar² & video dalam tu.  Setakat lock hp tu, selamba je dia buka (agaknya dia perhati mcm mana saya unlock).  Dia tau mana port mama sorok hp time tido.. dia akan seluk tangan perlahan² supaya mama tak sedar ada tangan kecil tgh cari hp dr bawah bantal mama.  Jadi mama kena sentiasa alert, setakat atas meja makan, dia dah boleh panjat pun.  Haiii.. boleh jadi spiderwoman baby gurl mama sorg ni...

Sometimes mama nampak dia tgh excited explore hp, mama biarkan juga, kesian pula sbb dia tgh belajar something new.  Setakat nak buka lagu, nak belek gambar or video, selamba je dia slide hp mama tu.  Tak pernah lagi dia buat aktiviti kurg sihat.  Adala sekali sekala terdial org, tapi cepat² dia jerit "Mama.. Mamaaa!!!" sambil tunjuk hp.  Taulah Mama, adalah org yg dia dah tercall tu..

Until saturday lepas, Mama hairan sbb picure dalam tu 0.  Semua incoming call keluar bunyi pelik².. aikk.. belek punya belek... HABIS..Habislah semuanya... Memory card Mama kena wipe clean.  Tiada apa pun yg tinggal.  Ieqa oh Ieqa sayang.  nasib baikla Ieqa ni baby lagi...

Semalam my husband yg tolong tension, pagi² dia nampak si Ieqa dok selok bantal Mama.  Mama still nyenyak.. last² dia setkan password lock terus.. hehehe.. sekarang ni Laieqa mama tension je sbb takleh nak main hp lagi.  Sekejap je dia pegang, try unlock dan tak berjaya, terus campak.  Hehehe.. kenapa la mama tak tefikir nak buat camni dulu???

0 comments:

Post a Comment