Ahad lepas dapat order ketayap dari Ibu Mertua.. rasanya baru je saya hantar ketayap ke rumah Mertua awal puasa lepas. Agaknya tak puas makan, dia order lagi. Tapi kali ni agak bertungkus lumus juga lah saya nak siapkan sebab Ahad ni ada perjumpaan seisi keluarga. Biasalah, pertengahan Ramadhan, Bapa Mertua akan ajak anak menantu berkumpul sebelum bertolak ke Makkah. Setiap tahun Bapa Mertua akan berpuasa & beraya di sana.
Sebenarnya saya agak bimbang tak boleh melaksanakan tugasan kali ni. Ye lah, lepas saya tewas Khamis lepas, keadaan saya still agak weak sehingga Sabtu. Ni nak siapkan at least 50 pieces ketayap. Mampu ke? Tak pelah, in case tak larat sangat, saya gantikan dengan puding jagung ke, lompat tikam ke.. kuih² yg tak ambil masa sangat.
Alhamdulillah.. Ahad tu tiba² semangat nak buat kuih datang. Lagipun saya mmg pantang mungkir janji dengan orang. Selagi daya, saya akan tunaikan. Akhirnya berjaya menyiapkan hampir 70 pieces ketayap. 2 biji di makan Tiha & Ieqa, 6 biji saya hantar ke jiran bujang sebelah ni. Jiran saya ni bujang lagi & dok sorang². So saya takle hantar banyak, kang tak habis plak. Dah la ketayap saya ni besar saiznya.
4 comments:
Nice and yummy, my in laws are long gone, so need to impress them anyone, just my hubby will do.
sorry to hear that.. thanks Nava
Nasib baik la ketayap tak leceh sangat nak membuatnya. Tp jenuh jugak nak mendadar
ye la.. tak leceh, tapi nak kena buat sebiji².. part tu yg malas.. hehehe..
Post a Comment