Kurma Telur

Friday, August 5, 2011
Kurma telur yg simple
Resepi ni tercipta masa zaman remaja dulu² kerana terlalu banyak stok telur rebus tiapkali balik kenduri.  Dah jemu buat telur masak kicap or sambal, terciptalah kurma telur yg simple ni.  Tak sangka lepas tu jadi favourite & saya mmg tak pernah buat kurma daging or ayam sejak dari hari tu.  Macam matching lak telur ni dikurmakan.. :)

Bahan²

1/2 biji bwg besar (or 3 ulas bwg merah)
2 ulas bawang putih
1cm halia
5 biji telur rebus (dikupas & dibelah dua)
1 paket rempah kurma
1/2 kotak santan
sedikit air (cukup utk menutupi telur)

Bawang, bwg putih & halia dimayang dan ditumis dgn sedikit minyak.  Dah wangi, masukkan rempah (boleh bancuh dgn sedikit air) & tunggu hingga pecah minyak.

Masukkan air, santan, garam & telur.  Dah siap!!!

Kalau suka rasa rempah ratus yg lain bolehlah guna bhn tumisan sup tulang seperti bunga lawang, buah pelaga, kayu manis sbg bahan tambahan.  Saya tak letak pun.  Namanya pun kurma simple kan...

0 comments:

Post a Comment