Saya pun baru first time try masak dhal ni. Saya ni asalnya Account Exec tapi saya memang handle company F&B aje. Kalau berkesempatan visit outlet or keluar makan, saya akan menyibuk sekali kat bahagian dapur. Kebetulan office saya pun attached dengan salah satu outlet, jadi saya banyak berpeluang belajar dari pelbagai tukang masak & chef.
Kuah Dhal ni saya copy dari kuah Dhal restoran tempat kerja saya dulu. Tukang masak kat sini ada melayu & mamak. Jadi makanan mamak of course la diselia oleh tukang masak mamak import dari India ni. Kuah Dhal dia agak sedap, begitu jugak kari ikannya.
|
Saya rebuskan 2 genggam dhal, sebiji kentang (dipotong) hingga lembut & tambah carrot & terung |
|
Potong seulas bwg putih, 1 bwg besar, 1 sk biji sawi, 4 tangkai cili kering. Dibasuh bersih tau.. |
|
Gorengkan dengan sedikit minyak.. sikit je tau. Nak tambah daun kari pon boleh. Tumis hingga terbit bau. |
Tumisan ini kemudiannya saya campurkan ke dalam kuah dhal tadi. Hasilnya kuah dhal jadi harum & menyelerakan. OK siap!!!
2 comments:
waa... sedapnya.... ^.~ teringin nak makan roti canai pulak..
dah follow sini, follow saya pulak yerr.. TQ.. ^,^
http://www.bulatmata.blogspot.com/
ok.. no problem.. thanks
Post a Comment