Sri Niara Seafood

Friday, August 5, 2011
Sehari sebelum puasa sempat menyinggah makan dekat restoran area rumah saya.  Kawasan ni di panggil Klang Gate rasanya (tepi Melawati je).  Bagi saya makanannya standard restoran siam biasa tapi food presentation & kedainya nampak cantik, harganya pon tidak terlalu mahal. Inilah menu saya pilih baru² ini. Biasa saya order nasi putih, ayam goreng kunyit, sup cendawan, telur bistik & kailan ikan masin.  Walaupun ni restoran siam, saya kurg gemar rasa tomyam nya.  Tapi sup cendawan mmg best!

First time try Nasi Goreng Sri Niara - nasinya ada rasa udang  kering, telur dadar, isi ayam hancur digoreng (tapi manis-saya x suka), salad (carrot & kobis parut)& bwg, mangga muda beserta cili merah satu set RM6.  Frankly.. saya lagi suka makan nasi putih dgn sup cendawan je.. tak suka la combination ni.  

Nasi goreng ikan masin - RM4.00

Sup cendawan (must try) - RM3.50 or RM4.00 (tak sure)
Oh ye, anak² share nasi goreng pataya, biasa² juga la rasanya.  Saya sebenarnya suka sgt ikan goreng pedas kat sini.  Tapi suami saya tak suka ikan yg disalut kuah.  Bagi saya rasanya mmg sedap sebab ikan digoreng garing disaluti kuah pedas (cili padi & daun limau purut, serai).. haaii.. terliur la pula.  Menu ni kena pilih ikan & harga berdasarkan saiz & jenis ikan tu.

Menu makanan di Sri Niara ni memang banyak, ada tomyam yg dihidang di dalam kulit kelapa la, ayam pandan, tom yam perahu pecah la.. etc.. kedainya pun besar sangat & servis agak laju. Pinggan mangkuk yg digunakan pon unik² & pelbagai.

Sesuai kalau nak belanja kawan² or family sbb ruangan yg besar & tak malu la tgk makanan yg dtg, gempak gitu.. harganya takde la buat tukang belanja tepuk dahi.. hehehe..

0 comments:

Post a Comment