Vacation dah habis!! Dok kampung memangla best, ramai assistant. Tambah² saya ni tgh fasa loya² jadi buat kerja ikut kemampuan je la. Itupun memang tak plan nak balik jengka. Asalnya my husband demam Khamis tu.. so takkan nak suh gak dia kuar niaga kan. Since lepas tu Jumaat, dah dekat dgn weekend. So.. jomlah balik kg. Saya pun asyik takde idea nak makan apa. Semua makanan tak menaikkan selera.
Nasib baik la dia ambil cuti berniaga, kebetulan pula Jumaat tu husband kena cirit birit, ni mesti gara² soya yg diminum semalam. Teruk jugakla dia berulang alik ke toilet 2 hari tu. Saya dah pesan, pasni toksah minum air dari bazaar lagi, sbb bulan puasa ni asyik kena cirit birit je. Memang sejak niaga bazar ni dia buka puasa dgn minum air di bazaar sana... kalau dibawa balik saya hanya minum air tebu, air² lain boleh buat sendiri, memang saya tak berminat. Lagipun saya bimbang tahap kebersihan air yang diguna tu. Sometimes ada peniaga akan simpan baki yg tak habis untuk dijual esoknya. Saya memang ralat juga lah kalau berniaga macam ni, ye lah.. saya berniaga juga. Tapi tak pernah recycle balik makanan di bazaar coz tak nak pelanggan dapat makanan rosak or tercemar. Kalau tak habis, sedekahkan aje pada org sekitar & masjid.
Balik kampung saya takyah nak fikir menu apa. Mak bawak balik barang, tolong masakkan aje. Biasanya adik akan prepare dulu, saya tukang masak je... hehehe.. best ooo ada assistant ni.. Balik kampung kali ni banyak juga menu best jadi santapan berbuka.. - Pulut Udang, Kuih Lopes, Cucur Udang, cucur badak, cek mek molek & Murtabak dari kedai bapa saudara saya. Lauk pula gulai masam tempoyak ayam, pajeri nanas, tumis tempoyak bilis & petai, sambal sotong, masak lemak ketam & nanas, siput sedut, keli berlada... & banyak lagi.. Alhamdulillah... selera saya ok je (pulakk).. mungkin makan ramai² kot, tu yg sedap jeee...
Hari ni rasa bosannya dok rumah. Lagi seminggu je.. sabarlah wahai tekak. Apalah nak dimasak petang ni ye.. ada juga rasa teringin nak makan spaghetti ni.... tapi lauk dari kampung pon ada dlm peti tu. Ada harapan cuti memasak arini.. yahooo!!!
2 comments:
tak sabar nak balik jugak ni....
lauk2 kampong memang menyelerakan, petai, ulam2an, durian paling ditunggu....hrp2 ada la hendaknya.
ye lah.. memang best. tambah² kalau makan beramai² bukan selalu boleh berkumpul kan..
Post a Comment