Niat asal nak buat buah melaka. Tiba² teringat pula kelapa parut dalam peti tu dah nak mencecah usia 3 hari. Rasanya tak selamat utk digaul dengan buah melaka nanti. Jadi saya nak berendamkan buah melaka ni. Saya gentel² kan gula melaka (mak aii azabnya nak potong, kena guna lesung batu bagai) dgn bancuhan tepung pulut. Tapi saya buat gedebab sikitla, kalau buah melaka kena buat kiut miut.. hehehe..
Buah melaka yang akan diberendamkan |
Kelapa parut dalam peti tu saya blend utk diperah (cara shortcut).. hehhe |
Biasanya kuih macam ni dipanggil badak berendam. Tapi kuih badak berendam berintikan kelapa, saya dah terlebih rajin, saya letak gula melaka je. Lagipun dah plan nak makan buah melaka, rasa tak best plak makan kuih lain. Ni kira ala² buah melaka jugakla kan..
Ok siap dah.. cuma yg kurg best, time dikorek² boleh pecah. Mungkin lepas ni saya prefer buat badak berendam biasa tu kot.. heheheh.. takpe.. kalau tak try tak tahu kan?
0 comments:
Post a Comment