Nasi Tomato

Tuesday, August 9, 2011
Puasa kedua lepas saya masak nasi tomato.  Nasi tomato saya simple sangat.  Cukup sekadar masak merah ayam & acar mentah je.

Untuk nasi tomato saya tumiskan :

Bawang putih (3 ulas)
Bawang besar 1/2 biji
Kayu manis, bunga cengkih, pelaga, bunga lawang (serba satu je)

Dimayang dan ditumis dengan minyak sapi (2-3 sudu)
Bahan² ni saya tumis terus dalam rice cooker, saya tak pindahkan atas dapur gas pun
Kemudian masukkan beras yg dibasuh (saya masak 4 cawan rice cooker tu).  Airnya saya anggar sama mcm masak nasi biasa.  Sedikit tomato puree (suku tin), sebelah tomato dipotong  & sedikit garam.
OK.. ni rupanya selepas dimasukkan beras & bahan² lain
Kemudian saya offkan rice cooker then start cooking macam biasa.

Dah masak! Kalau guna beras Basmathi lagi cantik.
Untuk masak merah/tomatonya pula

1/2 ekor ayam (digaul garam kunyit dan digoreng)
1 senduk cili kisar
1 biji tomato segar dipotong (boleh ganti tomato pes)
2sb sos tiram
2 sb sos tomato/sos cili
Bwng merah, bawang putih & halia utk menumis
gula
garam
perasa
(boleh guna rempah 4 sekawan tadi semasa menumis jika suka)

Macam biasa, tumiskan bahan tumisan (bwg, halia, cili) & tunggu hingga cili masak/pecah minyak.  Masukkan tomato yg dipotong, sos tiram, sos cili, sedikit air & perasakan.  Masukkan ayam & gaul rata, tambah bawang besar yg dipotong jika suka.  Boleh juga ditambah kacang peas.

Anggaran cili & tomato tu bergantung kepada sebanyak mana ayam & kuah yg diingini.  Biasanya nisbah cili & tomato lebih kurg sama byk or lebihkan cili jika suka sedikit pedas.  Jgn lebihkan tomato, nanti rasanya masam & kuah seolah² terlalu bersos.  Saya biasa blend lebih & simpan baki cili kisar utk kegunaan lain. Sometimes saya kisarkan terus cili & bwg² tu terus.

Saya tak letak kacang peas, daun sup & daun bawang so nampak very plain.  Tapi  suami tak makan semua benda tu, so saya mmg tak pernah letak

Acar mentah pula sgt senang dibuat.  Potongkan saja semua sayur (timun, carrot, nanas, bawang..) yg anda suka.  Boleh juga disagat.  Renjiskan cuka & gaulkan dengan sedikit garam & gula.  Rasa dulu gulanya seimbang dengan cuka & simpan dalam peti.  Tak perlu letak byk cuka, basah²kan sedikit aje kerana buah² ini tadi akan keluarkan air.  Nanti terlebih berair pula acar mentah tu.

0 comments:

Post a Comment