Macam Mana ni...

Friday, August 12, 2011
Baru masuk 12 hari umat islam berpuasa.  Malangnya saya sudah mulai semput.  Ianya bermula dari awal² puasa lagi.  Saya amat kurang berselera makan.  Buka puasa hanya dgn kuih sebiji dua, pukul 10 makan beberapa senduk nasi (biasanya saya makan sepinggan besar nasi).  Sahur langsung tak boleh sentuh nasi. Sekadar sekeping dua roti.  Habit ni berlarutan hingga kini.  Nak buat macam mana,  takde selera sangat.  Sebutlah apa nama makanan, takde satu pun buat selera saya terbuka.  Camno tu?

Sebelum puasa excited juga nak try masak itu ini, nak beli itu ini kat bazaar.  Tak disangka, masuk bulan puasa selera gila saya hilang sekelip mata.  Ayam percik ke, rendang ke, murtabak ke.... saya pandang sepi aje.  Day by day saya rasa makin weak. Semua makanan bersantan/berempah/berserai kena letak jauh².. bahaya.. saya akan start loya.  Alamakk.. ini dah lain macam je!!! Buat PT.. sah positif!!.  Patutlah.. teramatlah patut kenapa perut saya tiba² menjadi amat pemilih.

Nampaknya Laieqa terpaksa beralah dgn adiklah.  Tak boleh breastfeed lagi.  Alhamdulillah.. berjaya berhentikan dia dari menyusu badan di sebelah siang.  Malam saya masih menyusu lagi, tak nak drastik sgt berhenti.  Kasihan juga.  Cuma sukar sikit nak tidurkan dia waktu tengahari, resah gelisah aje.  Nasib baik dia minum aje susu botol sama² dgn kakaknya.

Kelmarin bukan main excited saya masak kuah dhal dgn roti naan.  Resepi roti naan ni saya jumpa masa tengah belek² resepi.  Nampak sedap!! Malangnya bateri saya semakin habis.  Selepas berjaya rebus dhal & uli roti naan (saya uli lebih kurg je sbb dah nak colapse sgt dah).  Terus melepek kat depan.  Langsung tak bermaya nak bangun.  Last² saya decide, bukak puasa je dulu dgn sirap bandung, kurma & epal.  Lepas tu sambung memasak.

Lepas makan, saya start menggigil, tak boleh berdiri dah.  Masuk bilik baring, ambik termometer.. suhu makin tinggi.  Saya demam!! Sepanjang malam hingga dari hari ni still weak.  Terpaksa saya korbankan puasa.  Saya langsung tak larat berdiri, terus nak pitam.  Nak memasak pun tak larat ni... sedihnya.  Saya belum tahu apa nak dihidang bila husband balik nanti. Most probably ajak makan luar je (eeiii.. sebut je makan.. start la loya ni..).

Esok macam mana? Ya Allah.. bagilah aku kekuatan.  Saya benar² nak puasa penuh Ramadhan kali ni.  Bukan selalu dapat peluang macam ni.  Biasanya mesti ada MC.  Harap² malam ni selera makan saya kembali... AMIN..

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: August 12, 2011 at 9:11 PM said...

byk2 bersabarlah ye..dugaan pregnant tambah dgn bulan puasa...arap2 nya xla berlarutan keadaan ni...

{ Kina } at: August 12, 2011 at 10:21 PM said...

Insyaallah.. dugaan nak dpt baby kan... Thanks Aisy!!

Post a Comment