Alahai.. dah habis pun Night Floria kali ni. Plan asal nak upload sebelum Floria ni berakhir. At least sapa² yg teringin pergi tau la what to expect kat sini. Overall mmg best! Cuma float (bot² brhias) waktu malam tu agak membosankan. Saya tak stay lama tgk bot tu (asalnya nak tgk fireworks). Malangnya firework ada malam minggu je.. huhuhuu.. sadis la..
Saya sampai ke Putrajaya almost 6.00 p.m, jalan² kat show bunga²an, dah dekat Maghrib saya bawa anak² dinner kat Taman Warisan Pertanian. Makanan kat sini sedap & murah. Biasanya kat Putrajaya sini la port makan we all. Masakan panas ala siam, nasi lemak, roti John Unan, Sate Kajang Samuri, Char Kue Teow, etc.. Plus toilet & surau kat sini pon ok. Konsep makan secara open (tapi sedikit gelap daa).. & pelbagai gerai quite a good idea. Suasananya tak macam foodcourt biasa.
Oleh kerana phone kami berdua ni cap ayam. Jadi gambar² di waktu gelap mmg tidak digalakkan. Jadi lupakan saja lah nak tgk rupa tempat makan Taman Warisan ni, maklumla suasananya mmg agak suram.
|
Ni baru je masuk, tu yg jakun semacam |
|
Salah satu taman buatan hasil kerja budak² U |
|
Saya suka taman ni - Perbadanan Negeri Johor |
|
Bunga plastik ni.. dari jauh saya ingatkan fresh flower |
|
Pemandangan di Taman Perbadanan Putrajaya.. siap ada angsa lagi berenang² dgn 2 ekor babynya.. saya tak letak gambar small pond tu sbb tak nampak jelas angsanya |
|
Dalam Pavillion - byk negara² mempamerkan hasil kreativiti. Ralit tgk deko dlm ni |
|
Bot² bergerak perlahan .. (terlalu perlahan sampai naik bosan u!) |
|
Inilah hasilnya jika menggunakan kamera cap ayam.. |
Kalau sesiapa sukakan bunga & hiasan taman, elok sgtlah datang itupun kalau tahun depan Putrajaya buat lagi lah...
0 comments:
Post a Comment