Hari ni nak tayang sikit hasil kreativiti & idea bersama saya & si suami. Biasanya atas dasar borak-borak kosong, dapat idea & kemudian diaplikasikan.. hehehe.. Bagi saya pulak, sayangnya nak beli baru kalau yang lama masih ada!! Biarlah buruk pun, tapi selagi berguna jangan disia-siakan. Tapi of course le tak sanggup nak hadap benda buruk hari-hari kan..
Haa.. meh saya intro salah satu benda yang si suami ku buat. Kalau di kira, rasanya dah berpuluh barang telah diubahsuai kami.. Kalau ramai orang macam kami, mau bankrap tokey perabot.. hehehe...
1. Sinki Magik
Sinki magik ni boleh dijumpai di Kina Cafe.. gambar ni diambil masa baru siap, tengah test kelasakan, ketirisan dsbgnya. Sinki ni masih bertahan sampai sekarang & menarik perhatian customer.. hehehe |
Nak tau kenapa wujudnya sinki magic ni? Sebenarnya sinki, khemah, rantai besi or apa saja yang diletak di luar kedai asyik dicuri aje. Sinki asalnya tu buruk tahap gaban dah pun, siap kemek sana sini, pun kena curik (sbb stainless steel kan). Last-last suami saya beli besen plastik, tebuk lubang lebih kurang... siaplah sinki kiut ni... hihihi... Meja tu dikutip juga, ada orang campak kat carwash belakang cafe. Masih elok pun tapi ada office nak pindah, dia buang ajelah perabot lama. Haa.. kan jimat!!
2. Rak pelbagai guna
Ini le bilik saya zaman bujang, nak duk sorang sebilik jadi dapatle bilik paling kecik. Cuba perhatikan almari yang tinggi sebelah kipas tu.... then compare dengan kat bawah ni... |
Koleksi almari IKEA semasa berniaga kiosk dulu banyak gunanya... |
A. Rak Kasut |
Selepas di potong & di varnish.. inilah hasilnya. Rak kasut baru kami!!! |
Sekarang ni semuanya simpan kat atas ni aje lepas rak tergantung ni wujud. |
C. Rak bawah kaunter (takde gambar)
Bukan tu saja tau, dekat bawah kaunter cafe tu semuanya ada rak. Rak ni pun diambil dari rak IKEA kiosk kami tu. Satu rak tu di potong dua, jadi dari 2 rak dapat 4.
D. Rak pelbagai (island)
Sebelum... botol-botol kicap, sos dll diletak atas kaunter aje |
Selepas... kami tambah 'island' (pun dari rak kiosk IKEA) in between chiller & kaunter. So lebih space di ruang kaunter. P/s : gambar loyal customer ni aka friend my husband |
E. Rak TV & pelbagai (takde gambar - time mencari ni memangla tak jumpa...)
Rak ni kononnya sementara aje sbb masa awal pindah dulu kami kan takde kabinet, jadi kami pun guna balik apa yang ada. Tapi till now still pakai sebab takde idea & budget utk upgrade. Kononnya nak tunggu beli tv baru (sekarang ni tv pesen lama, takleh gantung) sebab kami dah ada idea serba sikit. Tapi akan ambil masa berkurun la sebab LAMBAT LAGILAH TV tu NAK ROSAK.. hahahah...
F. Rak..??? (kita tunggu & lihat...)
Now kat bawah katil saya ni ada lagi sikit baki rak. Saya dah ada idea apa nak buat, tapi tunggu suami free dulu. Kesian gak kat dia kalau every weekend ada je projek baru. Tengkius my dear... as u said, we complete each other.. kan..kan... ;).
4. Rak transform
Inilah rak stok barang dekat laundry room. Baru setgh tahun di pasang selepas hampir 5 tahun dalam kotak!!! Saya ambil gambar ni masa nak top up stok, biasanya rak ni penuh dgn stok dapur!! |
Rak barang saya ni sebenarnya rak buku. Rak ni kepunyaan suami ku untuk office dia dulu. Beli kat Tesco aje, tapi agak solid (my hubby pandai tgk kualiti kayu/perabot, sblm beli apa-apa saya suruh dia cek kualiti dulu). Saya mintak dia pasangkan lepas rimas tengok kotak rak tu tersandar aje kat dinding, menyemak aje. Lepas di pasang & di susun, memang puashati sangat. Oh ye.. apa yg buat rak ni nampak menarik? Haa.. taktiknya barang yg colourful & partition rak tu purposely di susun berterabur. Biasakan orang susun sama aras aje, for me it's boring...
Selain dari tu, saya sibuk dok cakap rimas dengan stok hanger yg teramat banyak. Saya jenis menyidai baju guna hanger sebab jimat space & sng dikutip. Kalau hujan tiba-tiba, saya seret & angkat semuanya sekali... hehehe.. (sayakan suka kerja express). Tapi rimasnya bila tengok hanger bergantungan dekat ampaian, semak habis!!
Jadi suatu hari dia ajak saya ke IKEA, tapi lepas 3x pergi, kami amat kuciwa. Barang yg kami nak tu masih out of stock. Saya suspense jugak nak tengok apa barang yg dia nak surprise kan saya tu. Lastly... IKEA top up jugak hook dia ni. Ingatkan tak merasa dah saya tgk idea suami saya ni dilaksana. Lepas tawaf IKEA buat sekian kalinya.. kami jumpa pun...
Ini rupa hooks nya... we all beli 6 terus. Harganya RM2.90 aje (sebenarnya ni toilet paper holder tau). Gambar ni saya cilok dari web IKEA |
Inilah hasilnyaa....
5. Hanger Organizer cap Suami Mithali
Padahal di mata kasar rumah kami tu lengkap dining table (meja mesyuarat yg patah yg ditinggalkan kami ubahsuai - siap boleh lipat ke dinding lagi), coffee table (meja kecik tak berkaki - pon ditinggalkan, old speaker yg rosak jadi kakinya), kabinet dapur pun buat sendiri, katil (kami gunakan pelapik kayu sebagai alas tilam, ala-ala futon gitu... hehehee...)... dll.
Jadi bila pindah, takde satu perabot pun perlu di bawa kecuali rak masa zaman bujang. Cuma sayangnya takde gambar plak sebagai kenangan. Walaupun semuanya buatan tangan tapi saya rasa takde sapa yang perasan, nampak macam beli you... hahahah.. (kelakar plak bila ingat-ingatkan...).
Okaylah... saja je nak appreciate hasil idea bersama kami ni. Anak-anak Mama & Baba semua... jangan senang-senang buang barang tau. Fikir dulu kalau-kalau boleh recycle semula kayy...