Turn Kami Pulak

Tuesday, March 26, 2013 4 comments
Kalau masuk fb, sorang demi sorang post diorang punya vacation.  Siap ke oversea lagi.  Best la kan dapat travel jauh-jauh.  Saya ni kaki travel juga tapi tak pernah pijak luar Malaysia lagi.  Rasanya dah hampir semua pelosok Malaysia saya dah sampai kot.  Cuma Sabah tak berapa habis explore lagi, takat mendaki Gunung Kinabalu & ke Pulau Manukan aje.  Teringin sangat nak terjah Semporna.  Dengar kata pantai kat sini cantik sangat...

Untuk cuti sekolah kali ni, Insyaallah kami pun akan merayap juga. Destinasinya best sebab ini antara tempat yg saya belum pernah jejak lagi.  Tapi macam biasa lah, cuti-cuti Malaysia aje.  Ala.. macam mana nak ke luar sana kalau passport pun takde.  Takkan nak buat passport setakat nak pergi bercuti sekali je kan. Kos passport nya aje dah pening kepala Mama & Babanya.

Pendek kata, kita explore ajelah Malaysia sampai habis dulu.  InsyaAllah ada rezeki & kesempatan, kita explore dunia luar puas-puas.  Kalau boleh mulakan dengan Mekah la dulu kan.  Bukan macam someone tu, dah jenuh ke US, UK, Scotland, Jordan & dah berkali-kali tunai Haji  serta Umrah - (masa dia muda-muda dulu lah)... Ehemm..ehemm.. bila la pula someone ni nak bawak Mama & anak-anak ke sana ekk?)... :P..


Parker House Rolls

Sunday, March 24, 2013 2 comments
Minggu lepas, tiba-tiba teringin nak makan roti.  Macam biasalah, ianya akan menjadi dinner kami.  Sekarang ni lunch saya kerap masak nasi, dinner plak masak mknn yang simple aje.. Lepas belek-belek list resepi, saya teringin nak try Parker House Rolls ni.

Nak rasa juga kesedapannya, kononnya tak sah kalau tak try roti ni kalau ke Boston.  Roti ni dikatakan dicipta oleh Chef pertama Parker House, sebuah hotel ternama di Boston (tempat JFK melamar Jackie lagi tu).  So roti ni dinamakan sempena nama hotel terbabit le.

Banyak sumber resepi rolls ni saya jumpa.  Tapi saya pilih resepi dari Martha Stewart.  Saya paste kan resepinya kat sini ye...

Ingredients

  • 1/4 cup warm water, 100 degrees to 110 degrees
  • 1 package active dry yeast
  • 3 tablespoons sugar, plus a pinch
  • 3/4 cup (1 1/2 sticks) plus 1 tablespoon unsalted butter, melted and cooled, plus more for plastic wrap, bowl, and baking pan (dalam doh letak 7 t/b butter aje tau)
  • 1 cup milk, room temperature
  • 1 tablespoon salt
  • 3 large eggs, lightly beaten
  • 4 1/2 to 5 cups all-purpose flour, plus more for dusting (letak aje 5 cups terus)

Directions

  1. In the detached bowl of an electric mixer, whisk together yeast, water, and a pinch of sugar. Set aside until mixture is foamy, about 10 minutes.
  2. Attach bowl to mixer fitted with the dough-hook attachment. On low speed, add 7 tablespoons melted butter, milk, salt, remaining 3 tablespoons sugar, and eggs. Slowly add enough flour to make a sticky dough. Brush the inside of a mixing bowl with butter. Place dough in bowl; cover bowl with buttered plastic wrap. Set aside until doubled in size, about 2 1/2 hours.
  3. Generously brush a 9-by-13-inch baking pan with butter. Turn dough out onto a floured work surface. Roll into a 12-by-16-inch rectangle. Brush dough generously with 3 tablespoons melted butter. Using a pizza wheel or a sharp knife, cut dough into 6 equal strips lengthwise. Cut dough crosswise into 4 equal sections. You will have 24 elongated rectangles. Fold each rectangle in half, and place in prepared baking pan, 4 across, and 6 down. Brush tops with remaining 3 tablespoons melted butter. Cover pan with buttered plastic wrap. Set aside to rise until dough does not spring back when pressed with a finger, 25 to 30 minutes.
  4. Heat oven to 350 degrees. Bake until golden, 35 to 40 minutes. Cool for at least 5 minutes before turning out of pan.
Ok, ringkasnya macam dekat bawah ni.. :)
Saya naikkan 1 1/2 jam aje, kalau ikut resepi 2 1/2 jam.  Terpaksalah sebab kesuntukan masa.  Dah lewat petang baru saya start buat roti ni..  Doh ni nampak flat insted of meninggi coz adunannya yang lembik & banyak garam.  Tapi tak mecacatkan rasanya....
Doh saya kali ni lembik sangat.  Saya gunakan 4 1/2 cawan tepung aje, next time saya nak letak 5 cawan tepung terus.  Saya terpaksa tambah tepung & uli kembali sebelum dibentuk sbb dohnya meleleh sakan.  
Taburkan tepung banyak-banyak sebelum letak doh sebab doh ni amat lembik
Tabur juga tepung di atas doh & sapu tepung pada pencanai.  Canai nipis (saya agak-agak aje)... Then sapukan butter.  Masa ni langsung tak perasan doh saya ni berbentuk bulat isntead of rectangle.  Memang nak rushing sangat...

Sapukan butter yg dicairkan (3 sudu besar) & potong doh 6x4.  Saya gunakan pizza cutter, cepat kerja.  Kalau takde boleh guna pisau biasa.  Sayangnya bahagian tepi doh ni jadi segitiga sebab saya tak canai elok-elok tadi.. :)

Lipat doh yang dipotong tadi, sapu butter atasnya & rehatkan lagi 25-30 minit

Saya rehatkan di dalam oven aje.  Tapi since dapat sampai 4 loyang, 1 loyang saya naikkan di luar - tapi ditutup kain ( Doh yang dinaikkan jangan dibiarkan terdedah supaya tidak kering).  Lagi 2 loyang saya tutup dengan wrapping cling & simpan dalam peti.  Boleh dibakar bila-bila masa dalam tempoh 3 hari.
Bila doh dah cukup naik (jika ditekan tidak memantul kembali/meninggalkan bekas), bolehlah dibakar.  Preheat oven 180c & bakar selama 25-30 minit.  Pantau-pantau sendiri la ye.
Rolls yang dah masak... Mmmm.. harum sangat... Nak bakar lagi 1 loyang plak..
Pada saya memang berpuashati dengan hasil roti ni.  Teramat gebu dalamnya , buttery but crispy outside... memang special sekali.  Tapi kami kurang suka makan roti ni kosong aje, jadi kena disapu jem.. :) (tekak melayu la katakan..).  Tiha aje suka makan kosong.  Siap bwk bekal 3 biji ke sekolah & habis dimakannya.. (dia memang hantu butter).

Esoknya Tiha request roti ni lagi untuk dinner.  Kali ni saya adjust sedikit, saya picitkan custard sebelum dibakar.  Doh yang dari peti macam ni saya keluarkan sekejap sementara preheat oven & boleh dibakar terus.
Rolls yang ditambah custard.. sedap!!!

Terung Bakar

Friday, March 22, 2013 1 comments
Korek-korek peti ada 2 biji terung.  Mula-mula nak buat masak lemak dengan talang masin tapi ikan talangnya bahagian isi la plak.  Last-last saya nak try grill, jadikan ulam.  Baki sambal belacan masih ada dalam peti (first time buat sambal belacan kat rumah ni.. hehehe).

Dengan penuh excited nya saya mula memasak...

Saya grillkan atas pan aje.  Letak sedikit olive oil & grill.  Pastu was-was plak bimbang tak masak kat tengah, saya tutup pan ni.

Tadaa.. cantik je ada kesan terbakar tu kan... Lepas ni kompem saya buat lagi.  Manis sungguh terung yg digrill ni ye. 
Saya tak pernah lagi makan terung dibuat macam ni.  Kalau grill veggie macam kat Nandos tu pernah le or terung yg digoreng & diletak sambal.  Seronoknya dapat satu lagi resepi yang healthy & mudah macam ni.. :)

Mushroom Soup & Garlic Bread/crouton

Thursday, March 21, 2013 2 comments
Dinner kami.. gambar pun kusam je sbb gelap.. :)
Macam biasa, entry lama.  Bila ada masa baru update.  Masa memasak kali ni ntah nape terlebih rajin ambik gambar jadi macam ada step by step plak.  Padahal resepinya senang aje nak buat (tu pon dah berkurun baru skrg dicuba.. hehehe).

Resepinya saya ambil dari CM.  Saya copy paste kat sini semula for my future preferences ye.. 

BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :-)

200 gram cendawan portobello segar (boleh guna cendawan butang)
600 ml susu rendah lemak
400 ml air
1 camca besar mentega
1 camca besar minyak zaitun
1 kiub pati ayam
1/4 cawan daging ayam yang dipotong kecil (optional)
1 camca besar tepung gandum
Serbuk lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Garam jika perlu
Hirisan daun kucai, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK MUSHROOM SOUP :- Cendawan dicuci, toskan dan hiris. Panaskan minyak zaitun, masukkan mentega dan biar cair. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cendawan dan masak hingga layu. Tambah tepung gandum dan kacau rata. Tuang susu, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian matikan api. Biar suam.
Kemudian kisar hingga halus, tuang kembali ke dalam periuk, masukkan air, kiub ayam, daging ayam dan kacau rata. Masak dengan api perlahan hingga mendidih dan soup pekat sedikit. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Matikan api, tabur lada hitam dan hirisan daun kucai sebelum dihidangkan bersama 'crouton'..

Ok ini cara saya plak, bahannya masih sama tapi saya lebihkan butter aje..  Suka betul simpan lemak ekk.. 
Potongkan garlic, bawang & mushroom.  Kalau memasak apa-apa mskn western saya suka guna bwang holland (yng kuning tu).  
Butter, saya biasa guna Anchor lepas tau Buttercup tu bukan butter.  Tapi simpan gak sok buttercup sbb selalu guna Anchor boleh kempis poket.  Skrg ni mmg byk stok Anchor dlm peti sbb saya borong masa Bagus buat offer...

Letak olive oil dulu then butter & tumiskan segala bawang tadi sampai caramelize (bawang berbau harum & warnanya hampir perang).

Masukkan mushroom pulak & masak sampai wangi jugak... Kemudian masukkan tepung gandum pulak.  Gaul rata sampai tepung masak... 

Saya tambah susu sikit then tutup api.  So saya boleh kisar terus tanpa tunggu mushroom ni sejuk... (shorcut kan..)

Dah kisar, masukkan balik dalam periuk, tambah susu yg selebihnya air & stok ayam.  Tambah blackpepper & garam jika perlu.  Siap!!!!
Supnya dah siap, mari buat crouton pulak.  Tu plan asalnya la, tapi teringat Tiha suka sangat makan garlic bread jadi saya ubahsuaikan jadi crouton berperisa garlic.  Saya gunakan roti benggali yg mendap (so memang padat).  Roti ni saya ingat nak sedekah dekat monyet kat hutan nun, tapi teringat pula sesuai dibuat crouton.

Roti tu saya dah simpan dalam freezer pon sbb plan nak bawak balik kg & singgah bagi makan monyet kat area Kg Orang Asli Gombak tu.  So keluarkan balik.  Oh.. lupa nak bgtau, roti ni dense/mendap gara-gara overise or terlebih naik. Sebenarnya masih ada cara nak atasi mslh ni, tapi sblm membakar tu saya sangkakan roti ni belum terlebih ripe.  Time dibakar baru saya nampak dia turun/colapse dengan sadisnya dalam oven... Dah takleh buat apa-apa... sedih I tau...
Butter ni saya dah keluarkan dari peti awal-awal supaya lembut.  Dalam mangkuk tu saya dah letak siap-siap parsley & garlic (pastinya guna garlic press IKEA)..  Masukkan butter & gaulkan.  Takde sukatan, saya letak dlm 3/4 butter ni... Kalau nak sedap, boleh tambah Parmesan Cheese dalam ni

Inilah rupa roti ku yg dense itu... renyuk-renyuk tu kawasan roti tu colapse time dibakar.  Saya lambat bakar 1/2 jam je pon.  Ngengada sikit benggali ni, kalau roti lain takde la senang colapse macam ni (resepi benggali guna banyak yeast tu yg kurang stabil).

Dah dipotong, teksturnya kasar & nampak mcm roti kurang masak pun ada.  Tapi sebenarnya still ok dimakan.  

Saya sapukan garlic sebelah bahagian & tindankan sebelum potong.  Mulanya nak potong kecik as crouton tu.  Tapi... malas pulak.. hehehehe.. lagipun senang sikit nak ambik sorang seketul.

Ready dibakar.. saya bakar lebih sikit sbb nak kasi rangup macam crouton. Kalau dipotong kecik-kecik lagi cepat rangup & renjiskan pula olive oil sblm dibakar untuk extra crispy... (by rite buat crouton tak perlu letak butter, sekadar gaul dgn olive oil) 

Yang ni bakinya tengah tunggu turn dbakar.  Boleh buat stok simpan dalam peti
Dah siap.. 
Makanya semua orang makan dengan riangnya.  Semua orang enjoy je makan terutamanya si Tiha.  Soup tu dia hirup macam sup air tu je.  Berkali-kali tambah.  Naik muak plak saya tengok.  Si Misha pulak menjerit-jerit nak.  Siap baling makanan dia.  Last-last saya bagi jugak walaupun butter tu bkn unsalted.  Ingatkan dia akan main-main aje dgn roti tu.  Rupanya suka pulak!.. isshh.. berkali-kali jugakla kena bagi.

Misha & garlic bread.. gambar bergegar sbb tak reti duduk diam.  Dia tengah buat aksi macam doggy dok gonggong makanan.. (budak ni memang pelik sikit.. hehehe)
Tengah dok beriang ria layan dinner, saya lupa nak cek status garlic bread yg dibakar.  Bila oven dah berbunyik, saya pun nak offkan suis, sekali tu... uuuwwaaa... hanguss!!! Habis jahanam... ni jgnkan kitaorg, monyet pon tak hingin nak makan.  Adoii, sedihnya kena sedekah kat tong sampah.
Habis hangus... saya lupa, kalau nak bakar second round biasanya saya kurangkan time sbb oven tu kan tengah panas, kejap je boleh siap.... :(

Tuna wrap

Wednesday, March 20, 2013 4 comments
Layan wrap lagi, kali ni try dengan tuna plak.  Stok sayur takde, jadi saya letak tomato cherry aje, tu pun dah nak habis & mulai kering.  Tapi tomato cherry yg kering ni sedap sbb manis sikit (tapi khasiatnya tak sebaik yg fresh la kan..).
Just sapukan tuna

Tambahla sayur & sos / mustard or mayonis.. Oh ye, dan cheese.  Boleh letak apa jua jenis cheese pun, terpulang, kita yg nak makan kan.. :)

Gulung & grillkan.  Saya grill dalam microwave oven aje.  Nak grill atas pan pun boleh.
Buat 4 ketul aje, saya 2, suami 2.  Anak-anak makan mushroom soup & garlic bread leftover semalam.  Diorang yang request, senang keje Mama...

IKEA shopping

Tuesday, March 19, 2013 0 comments
Dah lebih sebulan pun kami bertandang ke IKEA ni.  Tapi baru sekarang baru terfikir why don't I share my purchased & bagi info sikit dari segi kualiti & value fo money.  Kali ni kami pergi bkan untuk shopping pun, more to jalan-jalan & makan-makan.  Saya suka sangat makan Creme Caramel Pudding IKEA tu.  Dulu suka meatballs, sekarang da muak.. hehehe..

Jadi saya grab a few things yang dah lama saya impikan.  Since takde dalam budget bulan ni, saya berkira-kira sikit nak capai apa.  At the same time bleh buat planning untuk next shopping trip.. ngeeeeeee.. :)

Sampai-sampai aje kat sana, laju je kami pegi makan.  Lepas makan, hantar Tiha & Ieqa main kat tempat kanak-kanak tu.  One hour je, pastu my husband akan berlari turun pegi pungut anak-anak.  Sian.. jadi anak-anak pungut plak.  Maka habislah sessi dating Mama & Baba...

1. Garlic Press (RM24.90).

Antara barang yang saya beli hari tu which is saya rasa amat worth it... Garlic Press.  Dulu masa mula-mula tengok, saya terfikir, pemalas betulla, sampai nak potong garlic pun pakai tool.. hehehe.  Tapi saya nekad membelinya lepas tiapkali time makan tengok anak-anak & bapaknya sibuk asingkan potongan garlic dari dalam masakan.  Lepas tu Bapaknya dok complaint dia cukup tak suka tergigit garlic kalau tengah makan.  Tiapkali potong garlic, memang saya potong nipis-nipis, still tak berjaya.

Jadi saya nak beli garlic press ni.  Lepas ni kalau buat garlic bread takde la nampak kepingan garlic, kalau buat aglio olio pun tak nampak garlicnya.. hehehe.  Memang taktik ni berjaya.. I can say, worth every cents that I spent.  
Semestinya saya fully utilise kan alat ni, selain digunakan untuk garlic, saya jadikan jugak ginger press.. setakat nak menumis, memang boleh sangat.  

2. Microwave Lid (RM4.90)

Yang ni saya belikan untuk Mak kat Jengka,  Beli lid aje dulu, microwave nya tunggu ada budget.. hehehe.  Saja beli siap-siap sebab bukan selalu turun IKEA.

Kalau siapa-siapa pakai microwave saya considered as must have.  Sebabnya, makanan yang dipanaskan tidak mengering & tidak memercik dalam microwave.  Jadi takdelah jenuh nak bersihkan dinding microwave tu kan.  Dan juga boleh dijadikan tudung saji.. :) (saiznya kecik aje).
Boleh guna untuk microwave aje tau, bukan setting grill dll...

3.  Baking Mat & Knife (RM35.90)

Sudah lama ku mencari... sebelum beli ni ada ternampak kat bagus tapi rupa parasnya tidak menawan kalbu.  KAt Bagus murah sikit RM21+ rasanya, tapi kualitinya lain & lembik camtu.  Tak tau la which one is better, tapi hati dah berkenan & amat memerlukan, jadi saya grab le.

Saya sebetulnya 'geli' nak menguli atau membentuk roti atau counter top walaupun sudah dilap bersih.  Maklumle sometimes terjumpa najis cicak le, nampak dia berlari-lari le, semut.. dll... Jadi walaupun dah lap bersih sebelum menguli, still saya ada rasa was-was.  Jadi dengan adanya mat ni saya tak payahle susah-susah sanitize kan kawasan kerja tu kan, letak aje mendalah ni.  
4.  Carving Board (RM39.90)

Awal-awal lagi nak bagitau saya rasa membazir je beli board ni.  Actually saya dah buat kesilapan besar, saya sangkakan ianya ialah Chopping Board!  Masa nak membeli saya dok belek-belek & terfikir juga kayunya tahan ke?  Tapi bila memikirkan produk IKEA agak reliable (tak kesemuanya), jadi saya grab.

Bukannya takde chopping board tapi yang sedia ada tu plastik & abis tercalar balar tiapkali saya menetak/memotong ayam.  What if kalau plastik tu masuk dalam makanan?  Haa.. kan bahaya tu... then saya mencari chopping board yang ada tebing kat tepi untuk mengelak dari cecair tumpah.

Jadi tak payahle nak lap seluruh kawasan, tambah-tambah kalau meleleh jatuh dari counter top.  Malas betul nak mengelap.  So sekarang ni nak potong tembikai or benda berdarah dah tak bimbang meleleh atas kaunter.  Malangnya Carving Board ni dah bercalar balar kesan percubaan saya memotong ayam.. huk..hukk.. pantang betul kalau barang saya ada kesan calar.. :(
Sungguh ku keciwa, baru aje dipakai kayunya sudah menggelembung walaupun saya keringkan setiap kali diguna.  Malahan saya siap sapu 'minyak/wood treatment' yang dibeli dekat IKEA ni berkali-kali sebelum guna.  :(


5.  Wood Treatment (RM19.90)

Beli ni sebab nak make sure carving board tu long lasting le kononnya.. tapi satu lagi kerugian sebab baru terbaca dekat situ boleh aje sapu minyak sayur dekat carving board tu.  Alaa.. kalau ku tau, tidak ku beli.  Baik guna minyak jagung aje.  Wood Treatment ni gamak-gamak bleh replace minyak sayur dalam masakan tak??..hehehe


6.  Knife Sherpener (RM16.90)

Saya sedang berkira-kira nak beli pisau seramic, sampailah saya nampak pisau seramik yang mak saya pakai ada terserpih.  Kecik aje serpihan tu... so saya terfikir, kalau masuk kat dalam makanan kan ke bahaya.  Dah le seramik.. tajam!  Jadi saya postpone dulu nak beli pisau seramik.  Kena buat kajian lebih lanjut sebelum membeli.  

Makanya saya beli sharpener ni.  Sebelum ni saya dah ada sharpener batu old school tu.. hehehe.. tapi saya tak rajin mengasah & tak berapa pandai.  Lepas asah, tajam sikit aje dari sebelumnya.  So saya pun try pengasah IKEA ni.

Fuhh!!! Lega.. memang praktikal.  Pisau jadi tajam & senang bukan main nak guna.  Letak aje pisau & tolak ke depan & ke belakang dengan laju. Memang takyah bersusah payah.  Worth it!
Pisau ku tidak tumpul lagi!!
Ini aje yang saya beli kot.. ingat-ingat lupa dah.  Tadi ingatkan nak letak gambar kanak-kanak riang ni kat IKEA tapi si Misha dah start datang tarik-tarik ajak tido.  Tengah tak habis-habis lagi membebel, tapi dia tengah ralit dok main benda lain.  Mulut je dok bising kat Mama... Kacau daun betul... hehehe

* Semua gambar saya ambik dari web IKEA

Roti Naan & Ayam Tandoori beserta Dalca

Sunday, March 17, 2013 0 comments
Dinner kami.  Try buat tandoori chicken & dalca.  Roti naan masih mengekalkan resepi roti dulu tapi kali ni saya masak atas pan tanpa butter.  Kelebihannya roti naan ni tak hangus tapi rasa gebu instead of rangup sikit di luar.  Butter saya sapu selepas roti naan masak.

Untuk resepi ayam tandoori & dalca ni bolehlah ikut resepi ini.  Dalca nya teramat sedap, cuma saya prefer kalau tak letak kentang dalam ni kot.  Kalau nak letak pun sikit aje sbb dal nya ditenggelami kentang pulak.

Ayam tandoori tu saya ngelat, plan asal nak ikut resepi kat sini jugak tapi daun pudina plak takde pastu tengah kemalasan (maklumlah bukan main panjang list bahannya).  Jadi saya cuma letak yogurt, daun ketumbar, jintan manis, bawang, bwg putih, halia, serbuk cili & serbuk kunyit (semuanya saya kisar)- garam & pewarna jgn dilupa.  Rasanya not bad.  Lepas diperah limau, dah sama macam tandoori Mamak.. hehehe.. Lain kali boleh cuba lagi.

Kalau siapa-siapa rajin bolehlah ikut resepi Chef Nizam tu.  Nampak lagi yummy.  Jangan malas-malas macam saya.. ;)

P/s : saya tak copy paste sbb resepinya panjang & siap ada gambar step by step.  Lagi senang kalau u all refer link tu ok.

Oats with Kiwi & Honey

0 comments
Ambik gambar kejap sebelum suap dalam mulut.  Gelap sikit sbb pagi lagi.. hehehe.. Buat oats ni sebab nak perabiskan stok kiwi masam.  Untuk rasa yang lebih sedap saya picitkan sedikit honey dalam oats ni.  Kalau tak mesti takleh makan sbb kiwi tu terlajak masamnya.

Dulu saya tak pernah jadikan oat as breakfast sbb kenangan masa kecik dulu, oats tak sedap.  Tapi mungkin masa tu tak pandai buat kot, pegi masak oats tu sampai lembik then dicampur pula susu pekat manis, mana tak jadi bubur & muak.

Sekarang ni tau dah, cukup sekadar panaskan susu (saya panaskan dalam microwave aje) then masukkan oats.  Kemudian bolehlah dicampur honey, kismis, kurma atau buah-buahan segar.  Boleh tahan sedap.  Yang penting, amat baik untuk kesihatan.  Ayuh amalkan gaya hidup sihat!!

Cannelloni with broccoli

Saturday, March 16, 2013 0 comments
Entry fasal cannelloni lagi.  Gatal tangan sangan pegi beli cannelloni sampai sekotak, haa.. jenuhla nak makan.  Kali ni saya dah kehabisan stok spinach.  Jadi saya gantikan dengan sayur yang ada dalam fridge.  Saya nak try kalau cannelloni ni kena sumbat dengan broccoli & cauliflower pulak.  Cara membuatnya masih sama macam ni..
Geram je tengok rupa sayur yang tengah segar bugar ni..  

Proses memasaknya lebih lama la dari spinach tu sebab cauliflower dengan broccoli ni lebih keras...
Sementara sayur tadi sejuk saya buat white sauce nya pulak.  Tapi kali ni saya gantikan cream dengan susu sbb takde stok cream kat rumah.

Kemudian tomato sauce nya pulak... 
Sayur tadi dah sejuk, bolehlah dikisar / dilenyek




Dah ready semua tu, bolehlah dilapis dengan dimulai dengan tomato sauce, cannelloni (disumbat sayur) & white sauce.  Boleh tabur lagi parmesan atau mozarella jika suka.

Kali ni dapat 2 casserole, satu kecik & satu besar.  Satu dibakar, satu lagi saya masukkan dalam peti beku.
Lepas ni tak mo buat cannelloni lagi dah... Muak!!.. hehehe...  Kalau saya, lagi sedap lasagna kot.  Rasa pun lebih kurang aje tapi cannelloni lebih leceh sbb nak bersumbat inti. Lasagna boleh di layer banyak-banyak tapi cannelloni lebih sesuai dibakar selapis aje.. tu yg sampai dapat banyak bekas.

Apa pun syok dapat belajar dan rasa satu lagi makanan baru! I like!

Fettucini for Misha

0 comments
Haa.. makanan baby lagi... nak perabis entry dalam draft saya ni.  Rimas dah tengok.. hehehe... Ni saja nak tukar selera untuk Misha.  Sbb malam sebelumnya dia sibuk makan char kue teow.  Saya kemam kuahnya & bagi kue teow kosong kat dia, kemain excited dia makan... Memacam je la...

Saya fikir maybe dia muak kot makan bubur, org lain makan macam-macam.  Hari ni saya rebuskan pasta (baby 8 bulan ke atas baru boleh start makan pasta)... Saya rebus fettucini ni sampai betul-betul lembut, renjiskan olive oil & parsley, black pepper serta cheese.  Gaul rata-rata..

Bukan main excited dia makan.  Tapi yg bahayanya dia slurp pasta tu macam pro aje.. susah hati tau.. jadi saya potong pendek-pendek sikit.  Cheese tu saya letak parmesan yg grated tu.. harum kemain bau pasta Misha, mengundang selera kakak-kakaknya.

Last-last si Ieqa & Tiha berebut makan.  Isshh.. tak cukup plak jadinya.  Bagi Misha plak, memang dia excited makan pasta ni.  Tapi bila saya hitung jumlah yg dimakan tak sebanyak mana, maybe dia rasa letih nak mengunyah.  Jadi lepas makan lebih kurang, sessi ramas & baling pulak.  Hadooiii... Dah-dah.. esok Mama masak bubur balik!!

Bubur Baby

0 comments
Makanan standard baby Malaysia la ni kan.. bubur nasi... untuk Misha ni saya masak segenggam beras aje.  Tu pon boleh guna sampai 2 hari... Saya rendam dulu beras tu kejap sambil-sambil prepare bahan buburnya.

Buburnya tu saya pelbagaikan, tiapkali masak saya ubahsuai.  Yang pasti sentiasa ada kombinasi karbohidrat (beras), protein (bilis, daging atau ayam) & veggie (carrot, cauliflower, sawi dll).

Untuk bagi flavourful sikit saya suka tambah sedikit black pepper atau parsley ke.  Sometimes saya letak halia sikit kalau bubur tu ada ayam.  Kadang-kadang saya gunakan batang celery untuk harumkan buburnya.  Jadi setiapkali masak, bahan kat dalam tu berubah-rubah supaya dia tak bosan.

Walaupun macam tu, Mama still tolong bosan tengok bubur dia.. hehehe.. Nak tukar menu lain macam nampak dia makan ala kadar aje.  Jadi makanan ruji dia tetap bubur nasi.  Makanan lain tu kira sampingan aje.  Lagipun nampak lebih senang dia nak telan, gigi pun baru 4 batang.. budak kecik gigi beso!!.. hahaha..

Baby Finger Foods

Friday, March 15, 2013 0 comments
Bunyiknya macam canggey je kan.. Ni makanan Misha bila nak kasi dia tak membingit time org lain tengah makan.  Senang aje nak membuatnya... ape tu?

Tengah asyik makan lagi ni...

Dah sessi makan & luah balik.. 

Ni baki yg tinggal...
Ala... takat roti biasa yg saya grill kan aje.  Kalau bagi yg lembut biasa tu dia akan sumbat sampai tercekik.  Jadi saya potong kekecik then grill sampai garing.  Roti tu dipotong kecik-kecik supaya senang dia pegang & makan selain dari TAK MEMBAZIR sangat kalau dicampaknya.. hehehe..

Biasanya saya potong 6 utk sekeping roti.  Dia akan makan 3 aje, bakinya simpan dalam peti.  Bila nak kasi dia dok diam saya bagi satu.  Skrg ni saya stop dulu bagi kat dia, agaknya dah muak.  Asal bagi je, terus dia baling tanpa ragu-ragu.. hahaha..  Macam-macamla baby ni kan??